Apa yang saya boleh buat dengan Whiteboards di pejabat?





Ungkapan "Teratur, Teknologi Rendah tetapi memberi Kepuasan yang tinggi" adalah cukup untuk memberi gambaran konsep dan idea di sebalik kegunaan Whiteboards.


Whiteboards sentiasa dapat dilihat, ia sentiasa ada dengan saya, saya boleh menggunakannya di mana-mana hari, mahaupun minggu, malah bertahun-tahun dan ianya sentiasa menanti saya 24/7 jam sehari. Dimana, saya menggunakannya untuk melakarkan konsep dan idea untuk keseronokan dan kepuasan diri. Dengan kemudahan ini, saya dapat membantu "saya" memetakan projek. Saya boleh melukis  gambar rajah atau menghasilan gambaran visual terhadap workflow kerja saya. Inilah sebahagian daripada perancangan dalam menambah baik perjalanan kerja dan kekal dalam landasan kerja yang betul, selain itu, ianya memberikan perasaan "saya yang mengawal kerja saya" dan bukan sebaliknya.

Dengan menggunakan Whiteboard, saya dapat memastikan "saya" melakukan tugas yang sepatutnya. Apa yang perlu dibuat, Apa yang perlu dilakukan sekarang dan Apa yang perlu disiapkan. Daripada situ, saya dapat memastikan apakah perlu menjadi keutamaan. Dengan mengatur langkah kerja, saya dapat mengesan agenda, dalam erti kata lain, supaya terus dimaklumkan mengenai keadaan sebenar. Kerja-kerja harian dapat disiapkan pada waktu yang sepatutnya. Tiada hilang arah. Selain itu letakkan tarikh dan masa, kalau rajin, lukis komik.
Bukan itu sahaja, kalau perlukan sesi sumbang saran, apa lagi, disinilah whiteboard dapat memainkan fungsi. Apabila datang sahaja inspirasi sumbangkan di atas Whiteboard dan idea ini akan bercampur lalu membentuk idea baru. Masa inilah juga, kreativiti saya dapat diluahkan. Saya juga boleh melontarkan idea saya tanpa menggunakan suara kerana whiteboard adalah medium "suara" saya.

Sebenarnya, selain daripada whiteboard, wujunya pilihan lain, kalau saya mampu, saya mahukan benda ini di pejabat saya: 


Dengan menggunakan kaca, ianya lebih cantik dan nampak bersih. Serta, nampak macam gempak.
Saya juga ada pilihan kedua iaitu Idea Paint


Zaman kanak-kanak dulu, kita conteng dinding, tidak tahu kenapa budak-budak suka conteng dinding, lepas itu kena marah, sedangkan ianya adalah luahan kreativiti. Terima Kasih kepada Idea Paint. Kita conteng pada dinding pejabat sekalipun, tiada orang nak marah.

Saya juga ada belajar tips:
1. Ambil gambar mana-mana kerja yang penting, ada orang padam, menangis.
2. Setiap minggu padamkan dan letak idea baru, kalau rajin setiap hari.

Kebaikan:
1. Orang tahu kita buat kerja.
2. Kita tahu kita buat kerja.
3. Kerja kita berjalan.

Sekian.


We Appreciate Your Comments

0 Respones to "Apa yang saya boleh buat dengan Whiteboards di pejabat?"

Post a Comment

Blog Fansub XLAWS

J-Rock | J-Pop | Visual-Kei Fansub
 
Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Edited By XLAWS