Membina "Penamat Cerita"





Dalam kehidupan seharian, kita tidak dapat lari daripada membuat pilihan, setiap masa, pasti akan timbul keadaan dimana kita harus membuat pilihan. Ini adalah lumrah kehidupan kita sebagai seorang manusia. Membuat pilihan adalah satu pekara yang mudah tetapi kesan daripada pilihan tersebut yang menakutkan kita untuk membuat pilihan. Kita adalah makhluk yang jahil dan masih mentah, usia kita , jika dibandingkan dengan Nabi Adam a.s. seumpama pepatah "baru setahun jagung".

Namun, keadaan akan sentiasa memaksa kita membuat pilihan, pelbagai pekara mula merungsingkan fikiran, pada masa itu,  situasi dianalisa, apakah jawapan yang terbaik? Adalah kebiasaanya, psikologi manusia takut kepada kegagalan, mereka membayangkan bagaimana negatif keadaannya apabila mereka kecundang. Ini samalah seperti zaman persekolahan, pelajar dipulunkan dengan buku teks dan latihan, semuannya adalah persediaan demi menghadapai dewan peperiksaan. Mereka disediakan dari segi mental, fizikal dan rohani. Segala teori dan insentif digunakan seperti solat hajat, kelas tamabahan, kem motivasi dan sebagainya, ianya supaya murid dapat menghadapi situasi tersebut dan membuat pilihan yang tepat. Namun, kita kena sedar bahawa dunia ini bukan hanya semata-mata "Hitam dan Putih", dunia ini juga adanya dunia "kelabu". Inilah yang menyukarkan kita untuk membuat pilihan.


Seharusnya, kita terlebih dahulu mengetahui bahawa dunia ini adalah mengenai membuat pilihan, dimana kita perlu faham akan "pilihan" kita, dengan memilih "pilihan" tersebut, maka, kita telah memilih bagaimana berakhirnya sebuah "cerita". Setiap "pilihan" dibuat akan memberi kesan kepada dunia sekeliling kita, malah, ianya mungkin akan mengubah hidup anda secara drastik. Tidak kira besar atau kecil "pilihan" tersebut, kita perlu membuat keputusan. Dengan memahami keputusan tersebut, kita akan dapat memahami bagaimana ianya akan membawa kepada pengakhiran sesebuah "cerita". Jadi, bagaimana anda mahukan, "cerita" anda diceritakan?

Ingin Qz ingatkan, ianya bukan mengenai betul atau salah dalam membuat "pilihan" tetapi kesan akan akibatnya memilih "pilihan" tersebut. Walaupun, skala marginnya adalah kecil namun ianya tetap akan menghasilkan riak diatas permukaan air. Pasti akan ada yang terkena dengan akibatnya tanpa mengira sesiapa. Namun, kita tidak boleh menjadikannya sebagai alasan untuk lari daripada keadaan tersebut, mahu atau tidak, keputusan mesti dibuat.




We Appreciate Your Comments

0 Respones to "Membina "Penamat Cerita""

Post a Comment

Blog Fansub XLAWS

J-Rock | J-Pop | Visual-Kei Fansub
 
Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Edited By XLAWS