Modular Pc Razer adalah Next-Gen Pc?



Hari ini Qz nak cerita tentang hardware. Qz tidak tahu menahu dalam pekara berkaitan hadware dan software, Qz lebih kepada falsafah tetapi hari ini Qz nak cerita sedikit mengenai Hardware daripada Razer. Bagi mereka yang gemar bermain game pasti kenal dengan Brand tersebut.

Kenapa Qz nak sentuh pasal Razer adalah disebabkan mereka telah mengenalkan modular pertama yang mengaplikasikan sepenuhnya cecair sebagai penyejuk malah bagi mereka yang tiada pengetahuan mengenai motherboard, cpu, graphic card dan sebagainya, ini mungkin menjadi satu jawapan kepada mereka yang menginkan Next-Gen walaupun tidak mempunyai pengetahuan mendalam dalam hardware.


Cuba bayangkan, potensi modular ini, bagaimana pengguna hanya perlu menukar apa yang ingin ditukar, contohnya , motherboard Asus terbaru telah dikeluarkan, tanpa perlu menghantar ke kedai untuk pemasangan dan keluarkan duit untuk upah, pengguna hanya perlu menukar kotak yang mengandungi motherboard lama kepada yang baru, ianya mudah untuk ditanggalkan dan dipasang semula. Begitu mudah sekali. Bukan itu sahaja, Razer telah membuka satu ruang baru untuk diterokai di mana ianya akan menyumbang kepada evolosi Pc , sama ada, dalam reka bentuk, pemasangan, penggunaan, harga dan sebagainya yang akan memberi kesan kepada industri tersebut.


Buat masa ini, ianya hanya pada peringkat beta, serta masih tidak diketahui sekiranya Razer menjadikannya reka bentuk tersebut sebagai satu standard official secara terbuka untuk semua orang atau ianya hanya exclusive untuk Razer sahaja. Sekiranya Razer berjaya dalam menghasilkan Modular yang boleh menarik pengguna untuk membelinya ,maka, boleh dikatakan Razer macam Apple semasa mereka mengalahkan syarikat lain dengan keluarnya Mac.

Nak tahu lebih lanjut boleh layari di web berikut:
http://www.razerzone.com/christine


We Appreciate Your Comments

0 Respones to "Modular Pc Razer adalah Next-Gen Pc?"

Post a Comment

Blog Fansub XLAWS

J-Rock | J-Pop | Visual-Kei Fansub
 
Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Edited By XLAWS