The Unyielding Flame in The Thirst For Knowledge




    Bagi mereka yang tidak fasih berbahsa Inggeris, makna tajuk diatas ialah "Api yang tidak akan pernah padam dalam kedahagaan mencari Ilmu". Qz memilih penggunaan bahasa inggeris dalam tajuk kerana makna yang lebih jelas dan singkat. Jadi, kenapa Qz nak sentuh isu tentang kedahagaan Ilmu dan apa kaitannya dengan api yang tidak akan padam.

Agak-agak boleh jumpa Ancient Civilization?
     Dalam pencarian Ilmu, kita akan menempuhi pelbagai dugaan, Ilmu adalah lautan luas, bukan mudah untuk berlayar di lautan ini, apatah lagi, ianya mempunyai tuan milik, jika, Dia berkehendak, kita pasti akan tewas dalam perlayaran ini dan terus karam dalam lautan dalam, maka, mintalah pertolongan daripadanya, ianya sama seperti meminta izin memasuki rumah orang, kita hanyalah tetamu. Beradaplah dalam berilmu.

   Seperti belayar, kita mestilah mengetahui cara-cara mengemudi kapal, cara membaca kompas, cara menetapkan hala tuju, cara meredah lautan yang bergelora, erti kata lain, apabila kita hendak berlayar di lautan ilmu, kita hendaklah terlebih dahulu memiliki ilmu bagaimana hendak berlayar. Jika tidak maka perlayaran menjadi sukar, apatah lagi, jika kita masih muda dan mentah, masih tidak mempunyai pengalaman dalam delegasi merentasi lautan Ilmu.

Qz nak Goku ajar kame-hame-Ha!
    Disebabkan itu, kita perlukan mentor, mereka yang terlebih dahulu daripada kita, tapi, janganlah kerana itu, kita tidak mahu memasuki kawasan yang tidak pernah diterokai, hanyalah kerana tidak pernah ada yang memasukinya, walaupun bahaya, namun, demi semangat dan jiwa yang suka kepada Ilmu, maka, redahlah lautan yang tidak pernah kita jelajah, terokailah ia dan fahamilah selok-beloknya dan hasilkan peta supaya mereka yang kemudian tidak akan sesat ataupun setidaknya dapat menyambung perjuangan-mu dalam meneroka lautan yang luas ini.

   Perjalanan ini semua berlaku atas dasar kedahagaan Ilmu, kita adalah sama seperti peneroka atau delegasi mencari benua baru, seperti pelayar-pelayar di lautan ketika zaman dahulu, mereka tidak tahu apakah yang berada di penghujung lautan yang luas, mereka yang tidak pernah pergi di luar kaki langit, hanya dapat mendengar cerita dongeng atau tidak lengkap, namun, ada di antara mereka yang ingin tahu dan perasaan ini membuak-buak, lalu, mereka mula dahagakannya; apakah yang berada di sebalik kaki langit tersebut? persoalan demi persoalan timbul, akhirnya, daripada sebuah persoalan timbulnya teori, pelbagai jawapan diberikan, kemudian, adanya mereka yang berani mempertaruhkan nyawa dalam meneroka alam lautan yang tidak diketahui.

Dapat sebiji boleh bawa belayar, mana nak samakan dengan...
   Demi mengharungi lautan yang luas, seseorang terlebih dahulu memerlukan kapal, jika kita memiliki kapal yang kecil, maka, janganlah pergi terlalu jauh sehingga ketempat-tempat yang kita tahu akan mengancam keselamatan, apatah lagi jika krew tidak ramai, serta kapten kapal masih mentah. Ukurlah kekuatan, kapasiti dan bertindaklah mengikut kemampuan. Oleh itu, setelah berjaya mengharungi lautan yang bergelora berhentilah seketika di perlabuhan, penuhkan semula stok makanan dan sebagainya, berehat dan kembalikan tenaga dan jika mampu, belilah kapal yang lebih kuat dan besar, tambah krew-krew kapal dan kapten kapal kini telah berpengalaman, kini, bukannya dia yang mendengar cerita, kini, dia yang menceritakannya.

Kalau bumi musnah cari planet lain.
   Jadilah seperti api, yakini sejenis api yang tidak mudah padam, jika, Qz nak katakan; "api yang tidak akan padam", ini akan bertentangan dengan konsep; setiap sesuatu pasti ada pengakhirannya, jadi, jika ianya terpadam, maka, nyalakan api itu semula. Tidak kira berapa kali ianya terpadam, nyalakannya semula.

   Keinginanlah yang menjadi minyak kepada api tersebut, semakin berkualiti minyak tersebut, semakin bersemangat ianya terus membakar dengan berkobar-kobar. Maka, terus meneruslah menghasilkan minyak yang berkualiti. Cahayanya akan menakutkan anasir-anasir yang tidak elok. Panasnya dapat memanaskan hati kita supaya kita tidak beku. Namun, api ini hendaklah dikawal, kerana api ini juga bersifat membinasa. Berhati-hatilah apabila bermain dengan api.

    Disebabkan itu, kita perlu belajar adap apabila hendak belajar dan cara-cara apabila kita berguru. Kesemua ini adalah demi keselamatan kita juga. Kenapa Qz berkata begini, kerana Qz sendiri telah ditegur, malah beliau telah mengenalkan Qz sebuah buku. Buku ini sesuai bagi mereka yang ingin mendalami ilmu, namun, tidak tahu ataupun tidak kenal akan adap dalam berilmu. 

    Kitab ta’lim muta’alim adalah sesuai sebagai panduan dalam menuntut ilmu. Qz ada jumpa link yang boleh dikongsikan akan ringkasan kitab, jika tidak pun, belilah buku tersebut dan kongsilah apa yang anda faham dan mengerti akan maksudnya. Sekian daripada Qz. P/s: Jangan karam macam Titanic.



We Appreciate Your Comments

0 Respones to "The Unyielding Flame in The Thirst For Knowledge"

Post a Comment

Blog Fansub XLAWS

J-Rock | J-Pop | Visual-Kei Fansub
 
Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Edited By XLAWS