Part III : Proses Encode PV



Proses yang terakhir. Bahagian untuk setting x264 Hi10P dan Audio AAC.

Video Encoding
Tukar File Format kepada MKV.
Pada Encoder settings, pastikan anda pilih x264: *scratchpad* dan tekan Config.


Pada Settings seterusnya anda cuma ikut saja, buat sama seperti imej-imej di bawah ini.

Main
Untuk encode PV sesuai gunakan 2pass kerana kita dapat menetapkan size PV (MB) yang kita mahukan. Contoh, size .vob adalah 300MB. Kita boleh tetapkan kepada 80MB apabila sudah di encode kepada .mkv.

Bitrate 1000 tu biarkan saja, kerana Bitrate Calculator akan kirakan secara automatik mengikut size yang ditetapkan. Yang ini semua akan diterangkan kemudian.

Apa yang penting, anda ikut saja seperti imej-imej di bawah.

Pembetulan (Updated 23/4/2012)
Encoding Mode sila pilih automated 2pass bukan 2pass - 2nd pass. Harap maklum.


Frame-Type


Rate Control


Analysis


Misc


Jangan lupa tekan New untuk save preset ini dan OK.

Audio
Nero AAC merupakan audio untuk video yang terbaik setakat ini.
Pada Encoder settings, pastikan anda pilih Nero AAC: *scratchpad* dan tekan Config.


Anda cuma perlu mengubah:-
1. - Gunakan audio yang jenis VBR (Variable Bitrate). Setkan kepada (Q=0.79) ianya juga dikenali sebagai AAC VBR (~320kbps).
2. - AAC Profile tukar kepada AAC-LC
3. - Save preset anda dan OK.


Bitrate Calculator
Macam yang diterangkan tadi, Bitrate Calculator akan membenarkan anda untuk setkan berapa MB yang anda mahukan untuk output. Kualiti Bitrate dengan CRF adalah sama sahaja.

Pergi ke Tools > Bitrate Calculator
Lihat imej di bawah.


Standard XMS menggunakan 80MB. Output PV tidak tetap 80MB seperti yang kita setkan. Kadang-kadang dapat 79/85/90/95 MB. Paling tinggi adalah 114MB. Sebab kenapa? kandungan dalam setiap PV tidak sama. Sesetengah PV mempunyai pergerakan yang banyak dan laju. Contoh, pergerakan banyak semasa di konsert. Pergerakan laju pula, seperti ribut salji.

- Semakin banyak pergerakan, semakin besar size PV
- Semakin banyak pergerakan, semakin banyak bitrate yang diperlukan.


Tekan Yes je.


Langkah akhir sekali.
Apabila sudah siap setting video dan audio wajib tekan AutoEncode.


Nanti akan popup Automatic Encoding. Cuma terus tekan Queue saja. Tak perlu nak setting lagi kerana anda sudah pun buat pada Part I.


Tunggu proses encode sehingga siap dan enjoy!. Nak lihat hasilnya sila pergi ke:
http://xlawsmusicsekai.blogspot.com/


Inilah hasil pembelajaran XLAWS mengenai encoding video selama 8 bulan. Kualiti Video dan Audio mantap. Korang dibenarkan untuk menggunakan resipi encode dan post di website masing-masing. Tapi dengan SYARAT sila kreditkan kembali dengan website Sharing Knowledges ini dan fansub XLAWS Music Sekai.

Contohnya:

Credit To:
http://xlawsknowledges.blogspot.com/
http://xlawsmusicsekai.blogspot.com/


Kalau ada yang tak kreditkan nanti takut ilmu ni jadi tak berkat. Hargai lah usaha orang lain OK?. Penat buat ketiga-tiga part setengah hari tanpa henti.

Tanya jika tak paham OK?.

Sekian. Terima Kasih.


We Appreciate Your Comments

2 Respones to "Part III : Proses Encode PV"

R.H said...

berat tak kalau nk enconde movie?? brapa lama ya /


April 16, 2012 at 4:04 AM
XLAWS said...

Bergantung pada durasi video yg R.H nak encode.
Semakin panjang durasi video, semakin lama masa diperlukan utk proses encode.


April 18, 2012 at 8:33 PM

Post a Comment

Blog Fansub XLAWS

J-Rock | J-Pop | Visual-Kei Fansub
 
Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Edited By XLAWS