Part II: Membuat Script Pada PV



Untuk encode PV pastikan sumber video RAW, mesti dari .vob/.ts/.m2ts/.mpg. Sebab untuk mendapatkan kualiti video dan audio yang mantap.

Boleh gunakan dari sumber .avi/.mp4/.mkv sekiranya memang betul-betul tiada yang RAW.

Pada MeGUI
Pergi ke tools > File Indexer

Tekan "..." untuk pilih PV apa yang nak encode dan tekan Queue.


Proses File Indexer sedang beroperasi.


Maka akan popup la dua screen seperti di bawah.


Tetapi kita akan fokuskan dulu pada di sebelah kanan.
Di bahagian tab I/O. Pada Avisynth profile: tekan Config.


1. - Pastikan semua setting anda sama macam imej dibawah.
2. - Selepas selesai yang pertama, tekan New untuk save preset tersebut.


Save preset. Letak nama lain pun boleh.


Pada PV tersebut mempunyai dua masalah, iaitu:-
  • Black Bar (Bar hitam pada penjuru PV)
  • PV interlaced (Garisan-garisan horizontal)

Sekarang ni kita perlu hapuskan kedua-dua masalah ini.

Remove Black Bar
Kalau anda perasan, ada masalah black bar yang ditandakan kotak merah pada PV tersebut. Jadi, kita perlu membuangnya.


Pada fungsi Crop & Resize.
1. - Tick Crop.
2. - Tekan Auto Crop. Secara automatik black bar akan hilang.
3. - Tick Apply Auto Preview.

Jika black bar tidak hilang secara automatik. Anda kena hilangkan secara manual dengan edit nilai disebelah Crop tu.


Deinterlace
Proses dienterlace adalah untuk menghilangkan garisan-garisan horizontal pada PV.

Pergi pada tab Filters pula.
1. - Tick jika PV mempunyai effect grafik.
2. - Tekan Analyse untuk auto detect dan fix masalah pada PV.
3. - Masukkan subtitle jika mahu. (Selalunya untuk Hardsubs).
4. - Preview AVS Script untuk lihat kualiti dan hasil PV selepas encode.


Inilah bakal hasil PV nya. Tengok, cantik kan?!


Script
Pada tab script biasanya digunakan untuk resize resolution dan resize ratio video serta menambah plugin. Imej dibawah adalah script asal PV tadi.

Apa yang kita nak ubah adalah.
  • Ratio
  • Resolution
  • Tambah plugin istimewa FFT3D Filter.


Mengubah Ratio
Biasa zaman sekarang guna ratio 16:9 untuk memuatkan video pada satu screen desktop/laptop.
Jadi kita perlu menukarkan:-

Tukarkan nilai Set DAR in encoder to 71 : 39 kepada 16 : 9

Tukarkan sekali nilai untuk global MeGUI_darx = 71 kepada 16.
dan global MeGUI_dary = 39 kepada 9.

Mengubah Resolution
Bergantung pada sumber asal.
  • Jika sumber PV dari 1920x1080 maka hendaklah resize kan kepada 1280x720.
  • 1440x1080 resize kan kepada 1280x720.
  • Kalau memang dah 1280x720, tak payah resize pun ok.
  • 720x480 (Biasanya sumber dari .vob) boleh resize kepada 848x480.
  • Sesetengah PV lama tidak sesuai resize sehingga 848x480. Jadi paling minimum guna 720x480 baru nampak ok.

Untuk menerapkan kepada script, anda cuma perlu mengubah pada nilai:-
Spline36Resize(720x480) kepada Spline36Resize(848x480)

Menerapkan Plugin Istimewa FFT3D Filter (Wajib digunakan pada setiap PV)

Kebaikkan
Plugin inilah yang akan remove grain dan noise yang terdapat pada PV serta akan mencantikkan lagi kualiti PV tersebut.

Keburukan
Akan memanjangkan masa untuk proses encode.

Cara menggunakannya, pada bahagian bawah script ada Load DLL. Tekan "..." dan masuk ke folder FFT3D dan pilih "FFT3DFilter.dll".

Dan akhir sekali, masukkan script FFT3D Filter di bahagian akhir sekali.



Maka inilah rupa script selepas di edit tadi.


Tekan Preview AVS Script. Jika anda berpuas hati dengan keputusannya. Sila Save. Nanti akan popup lagi screen Preview AVS Script, close saja.


We Appreciate Your Comments

2 Respones to "Part II: Membuat Script Pada PV"

lokoko said...

Salam...Bro Xlaws, knp aku punya kat step last skali tu dia naip pop-up mcm ni a?
"AviSynth script error:
FFTDFilter: Can not load FFTW3.DLL"


April 18, 2012 at 12:01 AM
XLAWS said...

Sila rujuk balik part 1 bahagian install FFT3D Filter. kalau ikut betul2 xde masalah tu.


April 18, 2012 at 8:40 PM

Post a Comment

Blog Fansub XLAWS

J-Rock | J-Pop | Visual-Kei Fansub
 
Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Edited By XLAWS