Google Inc dan Oracle Corp kini sedang berhadapan di mahkamah persekutuan San Francisco, AS, berkaitan masalah hak cipta. Oracle menuduh Google telah menggunakan teknologi Java untuk membangunkan sistem operasi Android tanpa lesen.
Menurut Oracle, sejak tahun 2005, Google tahu bahawa syarikatnya perlu mempunyai lesen untuk menggunakan program Java bagi Android, namun syarikat gergasi internet tersebut tidak melakukannya.
Untuk itu, Oracle berniat meminta ganti rugi sebanyak US $ 1 bilion kepada Google serta melarang peredaran produk-produk yang menggunakan sistem operasi Android.
Sementara itu, peguam Google, Robert van Nest, membela diri dengan menyatakan bahawa pihaknya tidak perlu meminta lesen untuk menggunakan teknologi Java. Menurutnya, Java boleh digunakan dan dikembangkan dengan bebas oleh para developer untuk pelbagai sistem operasi.
Java merupakan sebuah software yang dibangunkan oleh Sun Microsystems pada pertengahan tahun 90. Pada tahun 2010, Oracle memperoleh Sun Microsystems bernilai US $ 7.4 bilion sehingga lesen Java kini menjadi milik Oracle.
Category:
Info


Previous Article


We Appreciate Your Comments
1 Respones to "Google Bantah Curi Teknologi Java Untuk Android"
betul.. kalau extras app android sama mcm java
August 3, 2012 at 6:35 PM
Post a Comment