Windows 8 Akan Dilancarkan Pada Oktober 2012




Dahulu, Windows adalah OS paling teratas dalam senarai mana-mana Operating System, OS yang paling terkenal di dunia, namun ia telah mengalami kejatuhan dalam tahun demi tahun sejak kebelakangan ini. Dengan bangkitnya Apple sejak sepanjang satu dekad yang lalu, produk syarikat dan perisian mereka telah menjadi sebahagian daripada perbualan dunia teknologi, dengan kehebatan Mac Apple telah mejatuhkan reputasi produk berpengalaman Windows.

Sejak beberapa tahun yang lepas para pengguna sudah mula melupakan produk Microsoft. Mereka lebih gemar menggunakan telefon pintar dan PC tablet dari OS seperti Android dan iOS sebagai peranti pengkomputeran utama mereka. Pengenalan Windows 8 adalah jawapan Microsoft untuk perubahan trend ini, ia diharapkan bahawa sistem operasi yang radikal direka semula akan membolehkan mereka untuk bersaing dengan Apple dan Android dalam seluruh pasaran PC desktop, telefon pintar dan tablet.

Windows 8  bakal menjadi sangat popular dan telah mendapat bilangan peminat yang besar yang tidak sabar lagi menunggu pelancaran rasmi produk yang yang telah siap. Bloomberg mendakwa bahawa Microsoft akan menghabiskan pembangunan Windows 8 pada musim panas ini menjelang Oktober tahun 2012  ini.

Jika laporan ini adalah tepat, pelancaran oktober akan datang adalah sebenarnya tiga tahun tepat selepas pelancaran Windows 7. Microsoft berminat untuk terus menggunakan jadual setiap tiga tahun mereka. Jika ia dilancarkan pada Oktober ini, ia merupakan salah satu strategi perniagaan yang baik dari Microsoft, yang membolehkan mereka yang ingin menikmati percutian musim panas dengan membeli tablet Windows 8 yang baru atau komputer riba di untuk digunakan bersama ahli keluarga dan orang yang disayangi.





We Appreciate Your Comments

5 Respones to "Windows 8 Akan Dilancarkan Pada Oktober 2012"

nKhaR said...

lambatnye Oct.. xsabar ni.. tpi pirate pnya agak2 bile kuar? dlm Oct jgk ke XLAWS?


March 24, 2012 at 8:16 PM
Anonymous said...

Bleh updred x dri window 7 ke windows 8??


March 25, 2012 at 8:39 PM
XLAWS said...

boleh. tp lebih bagus terus format win 7 dan install windows 8 terus. full format ok.


March 25, 2012 at 9:53 PM
Anonymous said...

Agak2 apa spec mcm mna yg elok untk window 8


May 28, 2012 at 9:23 PM

Post a Comment

Blog Fansub XLAWS

J-Rock | J-Pop | Visual-Kei Fansub
 
Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Edited By XLAWS