Ulasan Mengenai Windows 8 Consumer Preview



Windows 8 Consumer Preview sebenarnya masih BETA. Selepas ini Microsoft akan mengeluarkan Windows 8 Release Candidate dan akhirnya Windows 8 RTM pada bulan oktober 2012 ini. XLAWS akan cerita dan terangakan fungsi-fungsi yang ada pada Win 8 CP ni mengikut pengalaman sendiri.

Boot Screen


Paparan Betta Fish kelihatan ketika proses boot Windows 8 dan semakin laju, boot laptop ni sampai ke desktop hanya mengambil masa 5 - 6 saat sahaja. Sungguh pantas!.

Aplikasi Metro




Pada Metro UI pula kita boleh pin kan software, games dan pelbagai lagi. Nak pin sebanyak mana pun boleh, kerana ruang pada Metro UI ni besar. Korang juga boleh susun software korang mengikut cita rasa masing-masing. Untuk mencari software atau sesuatu file, cuma buka Metro UI dan terus tulis file yang korang nak cari tu.

Windows 8 Desktop


Inilah dia paparan desktop Windows 8 CP. Clean je tengok.

Lock Screen


Lock Screen berserta masa dan tarikh. Pada lock screen ini juga terpapar email dan internet connection. Apa yang bagusnya, boleh tukar apa-apa wallpaper yang korang suka.

Photo




Apps Photo pun sudah tampak bergaya dengan reka bentuknya yang simple. Nak lihat guna Windows Photo Viewer pun masih boleh lagi.

Music



Apps Music pula pun dah macam ala-ala Zune. Interface pun simple je. Tapi apa yang tak bagusnya susah nak search lagu, sebab tiada search box pula.

Multitask


Fungsi multitask dengan mudah menggunakan kekunci Win + Tab pula sudah bertukar, tak seperti Win 7 ada fungsi animated. Kalau korang halakan mouse ke bahagian tengah atas desktop tu nanti boleh snap ke kiri atau kanan.

Snap




Korang boleh snap Metro apps dengan desktop atau aplikasi lain.

Charm Bar




Halakan mouse ke bahagian hujung kanan untuk menggunakan fungsi charm bar. Buat masa ni fungsinya pun biasa-biasa je, tak banyak. Tapi selalu digunakan untuk connect WiFi dan Shutdown/Restart laptop ni.

Windows Explorer




Windows Explorer pun ada sedikit perubahan seperti, fungsi untuk menguruskan file/data korang lebih mudah dengan menggunakan sama konsep dan interface dari Microsoft Office.

Smart Copy



Sistem Smart Copy untuk proses pemindahan file pun dah makin banyak perubahan dan penambahan. Nampak lebih kemas. Kerja-kerja pemindahan file dengan banyak dapat dilakukan dalam satu tempat. Terdapat satu fungsi baru iaitu, boleh pause ketika proses pemindahan file. Selain itu, pengguna juga boleh lihat kelajuan ketika proses pemindahan file dengan lebih mendalam.

Task Manager




Paparan Task Manager semakin mudah dan lebih terperinci untuk digunakan. Matikan proses hanya klik end task dengan sekali klik sahaja. Selain itu, korang juga boleh lihat performance CPU/Memory/WiFi/HDD secara terperinci. Nak disable Startup pun semakin mudah, tak perlu nak taip "msconfig" lagi pada cmd atau menggunakan software lain.

Control Panel Versi Metro




Windows 8 telah didatangkan dengan dua Control Panel pada mod yang berbeza. Satu Control Panel untuk Desktop sama seperti Win 7 dan satu lagi Control Panel dari Start Screen. Segala tetapan telah disatukan dalam antara muka Metro yang kemas dan ringkas.

Games
Setakat ini semua games boleh dimainkan dengan tanpa sebarang masalah "lag" dengan settings grafik paling tinggi. Antara games yang XLAWS sendiri sudah cuba adalah:

(Shift 2)

(GTA 4)

(Unreal Tournament 3)

(Crysis 2)

Dan apa yang peliknya, games lama seperti Dota dan online games RYL 2 tidak dapat dimainkan dengan lancar dan sering tersekat-sekat. XLAWS pun tak tahu kenapa.

Penggunaan bateri laptop juga amat menjimatkan. Windows 8 kurang menggunakan tenaga walaupun telah setkan kepada high performance. Bateri dapat bertahan selama 3 jam.

Akhir kata, Microsoft telah membuahkan hasil selepas menerima banyak maklum balas dari pengguna versi Windows yang sebelumnya. Dan inilah hasilnya sangat memberangsangkan. Diharapkan Windows 8 versi akhir nanti dapat menampilkan wajah baru sekaligus dapat mengukir namanya sekali lagi di dunia ini.

~ Serius seronok guna WINDOWS 8 ~


We Appreciate Your Comments

4 Respones to "Ulasan Mengenai Windows 8 Consumer Preview"

Anonymous said...

xbest rr ryl xleh main


March 25, 2012 at 1:36 PM
XLAWS said...

Ni kan versi beta, final product nanti mesti boleh.


March 25, 2012 at 1:41 PM
collb9 said...

application laen macam mne?? support x??
macam photoshop ilustrator sume 2 bole install x??
ni ko install kat laptop ke PC???


March 25, 2012 at 1:59 PM
XLAWS said...

apps lain sumer boleh install. xde masalah setakat ni. aku install kat laptop. PC and laptop kedua-duanya sama je.


March 25, 2012 at 2:03 PM

Post a Comment

Blog Fansub XLAWS

J-Rock | J-Pop | Visual-Kei Fansub
 
Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Edited By XLAWS