Perintis Bandar WiFi



PETALING JAYA: Penduduk di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) kini tidak perlu bimbang mengenai kos perkhidmatan Internet apabila kawasan tempat tinggal mereka dipilih sebagai perintis projek jalur lebar (WiFi) percuma di negeri itu.

Di bawah projek Perkhidmatan Awam Berintegrasi Selangor (Spins), penduduk Selangor khususnya di kawasan Petaling Jaya dijangka menikmati kemudahan itu di lebih 200 lokasi mulai Jun depan.


Pada pelancarannya baru-baru ini, Datuk Bandar, Datuk Mohamad Roslan Sakiman berkata, projek itu bukan saja di kawasan Petaling Jaya, malah turut membabitkan 4,000 lokasi termasuk kawasan terpencil seluruh Selangor yang kebanyakannya didiami golongan kurang berkemampuan mendapatkan perkhidmatan Internet.

(Tiang WiFi seperti pokok)

Beliau berkata, ia dijangka siap secara keseluruhannya pada 2015 dengan menyaksikan Taman Datuk Harun sebagai lokasi perintis bagi projek terbabit yang siap pada 29 Februari lalu.

Tinjauan Metroplus ke Taman Datuk Harun, di sini mendapati orang ramai tidak melepaskan peluang menggunakan kemudahan itu di merata tempat termasuk kedai makan.

Ia membuktikan projek terbabit mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai, malah memudahkan mereka mendapatkan maklumat terkini pada bila-bila masa walau di mana mereka berada.

Bagi penduduk, Adnan Khan Ali Khan, 29, dia gembira dan pada masa sama berbangga apabila kawasan perumahannya dipilih menjadi lokasi pertama pelaksanaan perkhidmatan itu.

Katanya, jika sebelum ini dia perlu membayar untuk mendapatkan perkhidmatan itu, namun melalui pemberian WiFi percuma ternyata mampu mengurangkan kos perbelanjaan bulanan, malah membolehkannya menjalankan urusan harian dengan lebih mudah.

“Oleh kerana saya seorang peniaga, Internet menjadi platform penting kepada saya khususnya dalam membuat pembayaran bil serta mempromosikan produk.

Justeru, apabila MBPJ melancarkan perkhidmatan mengakses Internet secara percuma, bagi saya ia pendekatan terbaik yang dapat memajukan rakyat di samping meluaskan lagi pengetahuan khusus bagi golongan muda,” katanya ketika ditemui.

Penduduk lain, Muizzuddin Muhamad, 24, berkata, sejak pelancarannya pada 29 Februari lalu, kemudahan WiFi percuma itu terus memberikan perkhidmatan yang baik dengan kelajuan mengakses Internet sangat memuaskan walaupun bilangan pengguna di kawasan itu ramai.

“Saya sangkakan masalah akan timbul apabila ramai orang mengakses Internet pada satu-satu masa apatah lagi kawasan ini penduduknya memang ramai, tertanya kelajuannya tetap sama dan saya cukup berpuas hati.

“Diharapkan kemudahan WiFi ini akan diteruskan kerana ia banyak memberi manfaat kepada penduduk setempat terutama pelajar apabila mereka boleh menggunakan kemudahan teknologi maklumat dengan percuma tanpa membebankan ibu bapa,” katanya.

Syarikat Beta Excelsior Sdn Bhd yang diberi tanggungjawab menguruskan projek berkenaan sudah membina tiang pelbagai guna (Monopoles) untuk menyediakan perkhidmatan ini. Tiang berkenaan boleh berhubung terus dengan pusat kawal selia yang bertempat di ibu pejabat MBPJ. Ini sekali gus boleh membantu Beta Excelsior dan MBPJ memantau sebarang masalah yang bakal berlaku. Alatan penggunaan digunakan adalah peralatan sistem berteknologi terkini yang diperbuat dari Australia. Oleh itu, penggunaan alatan ini mampu meningkatkan tahap teknologi setaraf dengan bandar raya membangun di negara lain.



We Appreciate Your Comments

3 Respones to "Perintis Bandar WiFi"

Anonymous said...

kerajaan cuma perlu mengumpulkan duit rakyat melalui pembayaran cukai untuk menjadikan negara ini sebagai negara wifi percuma, dalam erti kata lain, kerajaan cuma amik duit dari rakyat lepas tu tolong bayarkan, itu je..


March 21, 2012 at 10:35 PM
Mr SxH said...

ala...
slangor je?
kat perak x wat kew?
T.T


May 19, 2012 at 5:24 PM
XLAWS said...

 lama kelamaan ada la tu.


May 21, 2012 at 1:36 AM

Post a Comment

Blog Fansub XLAWS

J-Rock | J-Pop | Visual-Kei Fansub
 
Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Edited By XLAWS