Mengenali Mastermind



 
Apa itu Mastermind?
Mastermind digunakan untuk merujuk kepada seseorang yang mampu mengawal, merancang dan mengarahkan sesuatu aktiviti mengikut kehendaknya, secara semula jadinya Mastermind mampu mencorak dan menyediakan strategi-strategi yang melibatkan banyak langkah dan operasi yang kompleks.Mastermind sentiasa berubah-ubah pergerkannya kerana Mastermind sentiasa bersedia untuk mengubah pergerakan A kepada B atau C dan jika perlu D juga akan digunakan. Bilangan Mastermind adalah sedikit, ini kerana walaupun Mastermind hebat dalam merancang strategi, ini tidak bermakna Mastermind berminat untuk memimpin malah mereka langsung tidak bersemangat, contohnya shikimaru daripada Naruto adalah contoh yang terbaik, shikimaru adalah seorang Mastermind namun seorang yang pemalas.

Percaya atau tidak kita dapat mengetahui sifat-sifat seseorang Mastermind melalui permainan kegemaran mereka dengan memahami pergerakan yang digunakan kerana secara pisokologinya permainan dapat membebaskan diri kita yang sebenar, selain itu, garisan apakah yang digunakan untuk menetapakan kemenangan dan kekalahan, disebabkan itu kebiasaannya permainan tersebut mestilah melibatkan 2 orang:

Chess
"In Chess, as it is played by masters, chance is practically eliminated. - Emanuel Lasker"
Mastermind yang gemar bermain permainan ini adalah seseorang dapat memahami dan melihat kekuatan dan batasan serta dapat melihat sama ada mereka dapat berkerjasama antara satu sama lain atau tidak. Mereka menggunakan kekuatan dan kelemahan tersebut sebagai sesuatu yang bernilai. Ianya membantu mengelakkan kesilapan yang tidak diperlukan daripada berlaku. Malah, ianya digunakan untuk membuka peluang untuk pergerakan yang lebih lama dan panjang.


"Chess is a sport. A violent sport. - Marcel Duchamp".
Selalunya terdapat dua mindset pemain chess iaitu individualist dan collective, mereka menggunakan apa sahaja cara untuk mencapai matlamat mereka, kadangkala mereka akan bersifat kejam ; Mastermind selalu melihat ; Pawn( mudah, terhad, berkerja keras), Rook( logik, pergerakan lurus dan luas seperti meriam), Bishop (Seperti sniper, sentiasa membuat pengiraan dan sasaran), Knight( mempunyai kreativiti dan minda yang tajam), Queen (Multi-tasking, mempunyai kedudukan yang kukuh, biasanya general) dan King (Pemberi Kuasa, keberlangsungan permainan bergantung kepada individu ini). Anime yang sesuai untuk sebagai rujukan ialah High School DxD.

"In his 1986 pilot study, Dr. Ferguson found that it is possible to enhance achievement by focusing on individuals' modality strengths, creating an individualized thinking plan, analyzing and reflecting upon one's own problem solving processes, sharing his/her thinking system with peers, and modifying the system to integrate other modalities."


Othello@Reversi@Lagno
Mastermind yang gemar bermain permainan ini adalah seseorang yang simple tetapi complicated, Mastermind ini biasanya mampu menukar keadaan yang tidak menyebalahinya kepada keadaan yang diinginkannya secara dramatic berdasarkan setiap kali pergerakan dibuat, startegi yang digunakan adalah abstract, mereka biasanya tidak suka mendedahkan diri, setiap keputusan dibuat melalui pergerakan adalah tidak terhad, berpengalaman dalam membuat jangkaan, mempunyai corak utama dan keperibadian serta mempunyai naluri.


Matlamat permainan ini adalah memenuhi papan dengan kepingan cip, pemain mestilah memiliki kepingan lebih banyak daripada lawan, permainan ini adalah mengenai bagaimana pemain mengawal keadaan mengikut kehendak mereka, pemain boleh menukar serangan mereka sama ada aggresif,defensive,attacker, dan defender. Berapa banyak cip anda ada pada permulaan dan pertengahan permainan adalah tidak penting, sebaliknya ialah berapa banyak cip yang anda miliki pada penamat permainan, semuanya bergantung kepada cip yang mempunyai pergerakan yang tidak terhad dan mengawal berapa banyak cip yang anda kehendaki.


Go
Mastermind yang gemar bermain permainan ini adalah seseorang yang menggunakan kebolehannya dengan menggunakan kedua-dua belah otaknya, berbanding chess hanya menggunakan sebelah sahaja. Mastermind adalah seorang yang akan membuat pembaikan diri, penyabar, mempunyai keseimbangan, mempunyai institusi, perancang dan boleh membaca pergerakan lawan, Mastermind yang gemar bermainan Go melibatkan diri dalam dunia jenayah, maka dia adalah seorang "charismatic psychopath". Dengan membaca permainan lawan, pemain dapat mebaca profil pemain tersebut, sama ada dia adalah seorang yang agressive, passive, offensive atau lain-lain.

 

Permainan ini adalah lebih kompleks daripada reversi, malah terdapat dakwaan bahawa Go adalah adalah permainan yang paling kompleks di dunia ini, ini kerana jumlah bilangan hasil akhir daripada permainan tersebut adalah mungkin bersamaan atau lebih daripada jumlah molekul yang ada di alam semesta ini, malah ada yang mengatakan hasil akhir permainan ini adalah infiniti. Malah dikatakan dengan membuka kunci kepada rahsia GO, A.I akan menjadi realiti.


"On a 19x19 board, there are about 4.63x10^170 possible positions and about 10^360 possible games. (By contrast, the number of legal positions in chess is estimated to be between 10^43 and 10^50, and physicists estimate that there are not more than 10^90 protons in the entire universe.)" from the [ext] Wikipedia
(http://senseis.xmp.net/?NumberOfPossibleOutcomesOfAGame)


Kesimpulan
Mastermind akan memikirkan bagaimana hasil yang mereka mahukan, kemudian merancang pergerakan yang harus/perlu dilakukan dengan melihat daripada setiap sudut, mengimaginasikan pergerakan lawan, dan memastikan segala-galanya adalah berjalan lancar seperti yang telah dirancangkan, jika keadaan tidak menyebalihinya, Mastermind akan mengubah pelan, semuanya adalah semata-mata demi mencapai hasil yang diinginkan.

P/s: kesemua ini hanya kajian Qz dan kesimpulan Qz sahaja, tujuan Qz buat topic ini untuk menarik minat pembaca  untuk mempunyai perasaan ingin tahu dan belajar pekara-pekara baru.


We Appreciate Your Comments

3 Respones to "Mengenali Mastermind"

Arya Putra said...

Aku tak suka Chess. Checker, sebab aku tak terer main..tapi aku suka main game Open Arena..jadi aku Mastermind jenis ape eh? hehe..


March 17, 2012 at 9:50 PM
nKhaR said...

Mastermind game Open Arena = OpenMind..


March 18, 2012 at 5:09 PM
XLAWS said...

susah skit nak baca profil pemain yang main permainan cam ni, kenapa qz pilih "board game" sebab senang nak baca profil pemain, kalau game OpenArena atau sesama sejenis dengannya Qz kena tgk dulu cam mana dia main...


March 19, 2012 at 7:19 AM

Post a Comment

Blog Fansub XLAWS

J-Rock | J-Pop | Visual-Kei Fansub
 
Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Edited By XLAWS