Jaring Perkenal DDoS Armour




KUALA LUMPUR - JARING Communications Sdn Bhd telah memperkenalkan satu perkhidmatan yang dinamakan "JARING DDoS Armour" yang memantau, mengesan dan secara automatik mengurangkan sebarang serangan DDoS terhadap jaringan para pelanggan.

Ia kini menawarkan kepada para pelanggan korporat JARING yang kini menggunakan Akses Internet Dedikasi, Pusat Data Internet dan atau OneCloud atau perkhidmatan Pengkomputeran Awan.

"Perkhidmatan JARING DDoS Armour diuruskan sepenuhnya oleh pasukan teknikal yang sangat berpengalaman di JARING, jadi tidak melibatkan kos pebelanjaan modal yang mahal bagi pelaksanaan perlindungan segera itu terhadap ancaman yang berpotensi kepada perniagaan dan rangkaian para pelanggan kami," kata Ketua Pegawai Eksekutif Nik Abdul Aziz Nik Yaacob dalam satu kenyataan hari ini.

DDoS atau "Distributed-Denial-of-Service" merujuk kepada serangan atau cubaan untuk menaikkan lebih muatan dan melimpahkan komputer/rangkaian ke tahap menghilangkan perkhidmatan, yang kadang kala bagi tempoh masa sementara atau ada kala sehingga satu tempoh masa yang tidak ditetapkan.



We Appreciate Your Comments

2 Respones to "Jaring Perkenal DDoS Armour"

Mr SxH said...

ade x software yg nk buat Ddos ni?
 


May 20, 2012 at 10:36 AM
XLAWS said...

ada tapi susah nak cari.


May 21, 2012 at 1:36 AM

Post a Comment

Blog Fansub XLAWS

J-Rock | J-Pop | Visual-Kei Fansub
 
Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Edited By XLAWS