Anime Talk: Saikano




Apa khabar, dah lama rasanya Qz tak cakap pasal anime ni, jadi kali ni, Qz nak ceritakan pasal anime bertajuk SAIKANO. Saikano ni cerita dia memang sentimental kerana ceritanya berbentuk tragedi kisah cinta, anime ini dalam bahasa inggerisnya, "She,The Ultimate Weopen" mempunyai 13 episode kesemuanya. Kisahnya mengenai Shuuji dan Chise, dia orang berdua bertukar-tukar diari, 

 Shuuji dan Chise bertukar-tukar diari
 
 Mereka kemudian menjadi pasangan

Selepas itu menjadi pasangan, kiranya cinta monyet la, namun malang tak berbau, perang meragut segala-galanya, kehidupan normal mereka berubah, dalam keadaan huru-hara, 

 Perang bermula tanpa amaran

Shuuji hampir kemalangan namun diselamatkan oleh Chise, malah lebih mengejutkan, setiap di badan Chise  adanya senjata besar, keadaan ini memberi kejutan kepada shuuji, cuba bayangkan, kekasih anda dijadikan bahan eksperimen, sedih bukan.

Shuuji tergaman dan terkaku melihat Chise

 
 Chise sebagai The Ultimate Weopen

Seterusnya, Chise dan Shuuji cuba menjalani kehidupan seperti biasa namun mengalami pelbagai halangan, iaitu pihak tentera sendiri. Keseluruhan plot cerita ini memang membuatkan Qz rasa kesian pada Shuuji dan Chise, mereka mengalami pelbagai halangan termasuklah tempoh hayat Chise yang sekejap dan tekanan yang dihadapi oleh Chise sendiri kerana mengalami masalah emosi disebabkan dirinya adalah senjata pemusnah. Malah, Chise mula kehilangan sifat kemanusiannya sedikit demi sedikit kerana matlamat utama progam mesin nano tersebut adalah menghasilkan Ultimate Weopen, Chise mula mengalami perubahan dan sedikit demi sedikit pada penghujungnya Chise menjadi senjata terkuat, walaubagaimanapun, Chise tidak dapat melawan apa yang telah di takdirkan. Secara kesuluruhanya jalan ceritanya adalah best dan tak rugi untuk di tonton.

Pendapat Qz, cerita ini penuh dengan emosi, anime mengambarkan reflection kepada realiti dunia, tragedi yang tidak dapat dielakkan. Dunia berada di dalam keadaan hura-hara setiap hari dan pastinya ada yang menjadi mangsa. Pada pengakhiran cerita ini, ianya akan memberi kejutan kepada penonton, cerita ini bukannya "happy ending" dan ianya akan menguji kemanusian penonton serta emosi dan pastikan korang cukup "air mata" nanti kering pulak.


We Appreciate Your Comments

6 Respones to "Anime Talk: Saikano"

XLAWS said...

Fulamak Qz, mcm epic je anime ni? btw, Weapon ke atau mmg Weopen? huhu


March 29, 2012 at 9:11 AM
Anonymous said...

ops silap la pulak!
life is epic!!!


April 5, 2012 at 4:20 PM
Mr SxH said...

Download link ade x?
 


May 16, 2012 at 6:33 PM
XLAWS said...

@Mr SxH boleh download di sini http://minitheatre.org/x264-dual-audio/1634-saikano.html
register dulu jika belum. untuk premium link guna shimory.com


May 18, 2012 at 9:45 AM
Mr SxH said...

eww...
npe ade adegan Seks bebas?
xbest la klo cmni~

Masta~
Sye nk tnye, knape bdak pompuan tu kne jd 1/2 robot 1/2 manusia?
ce citer sikit..sye xpham la..


May 19, 2012 at 5:08 PM
XLAWS said...

@Mr SxH yang post ni bukan XLAWS yang buat. tapi kawan XLAWS. so XLAWS xtahu. kalau nak taw, tengok la anime nya. :)


May 21, 2012 at 1:33 AM

Post a Comment

Blog Fansub XLAWS

J-Rock | J-Pop | Visual-Kei Fansub
 
Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Edited By XLAWS