Android 5.0 Jelly Bean & 6.0 Key Lime Pie




Tidak lama sebelum ini, kita terdengar akan yang mana Android versi akan datang bakal dikenali dengan nama “Jelly Bean”. Kini perkara sama kedengaran kembali, dimana diperkatakan Android 5.0 “Jelly Bean” bakal dilancarkan pada bulan Jun 2012 ini.

Perkara berkaitan dengan fungsi-fungsi baru yang akan didatangkan bersamanya masih tidak diketahui lagi buat masa ini. Namun, apa yang dilaporkan oleh DigiTimes adalah dimana Android 5.0 kelak akan membawakan lebih banyak kemaskini kepada tablet. Mungkin kita juga akan melihat fungsi baru turut hadir pada telefon pintar. Google juga masih belum mengumumkan nama akhir bagi Android versi akan datang mereka, walaupun ramai yang membuat spekulasi “Jelly Bean” akan menjadi pilihan mereka.

Dalam bulan-bulan akan datang, beberapa pengeluar peranti telah pun merancang untuk memperkenalkan kemaskini Android 4.0 Ice Cream Sandwich kepada peranti-peranti mereka. Pada masa sekarang ini, Ice Cream Sandwich hanya meliputi 1% daripada peranti Android seluruh dunia.

Android 6.0 Key Lime Pie akan menyusur selepas Jelly Bean?
Android 5.0 Jelly Bean masih lagi belum dilancarkan kepada umum buat masa ini, dan masih tidak diketahui tarikh pasti bilakah ianya akan dilancarkan. Namun, seperti biasa, ura-ura mengenai nama Android versi akan datang sudah pun mula kedengaran, dimana diperkatakan ianya akan dikenali sebagai “Key Lime Pie”.


Ia masih lagi pada peringkat ura-ura, dan mungkin hanyalah cadangan awal yang dibincangkan secara dalaman oleh Google. Google sendiri masih lagi belum mengumumkan Jelly Bean sebagai nama rasmi untuk Android versi akan datang, walaupun telah memberi beberapa petanda mengenainya pada Mobile World Congress.

Buat masa ini, ia masih tidak diketahui bilakah Android “Key Lime Pie” akan dilancarkan, dan apakah angka versi yang bakal digunakan olehnya kelak. Anda semua boleh rujuk makanan Key Lime Pie ini di Wikipedia.



We Appreciate Your Comments

0 Respones to "Android 5.0 Jelly Bean & 6.0 Key Lime Pie"

Post a Comment

Blog Fansub XLAWS

J-Rock | J-Pop | Visual-Kei Fansub
 
Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Edited By XLAWS