Teknik Convert Audio CD Ke MP3 VBR



Mesti ada diantara kalian yang memiliki CD Audio. Di dalam CD itu bukannya dalam format MP3, tetapi CDA yang hanya berukuran 1KB didalam CD korang? Mesti korang pening macam mana nak copy. Mungkin diantara korang semua dah tahu macam mana nak convert kan? Tapi untuk tutorial ini bukan sekadar convert je, malah membuatkan MP3 yang di convert tu kualitinya bertambah mantap serta sedap didengar.


Biasanya format MP3 yang korang simpan tu kebanyakkannya format MP3 CBR (320kbps). Yang ni kualitinya standard orang guna dan tak berapa bagus. Yang XLAWS nak ajar ni menggunakan MP3 VBR. (~320kbps). Tidak tetap kbps nya, selalu memang begitu. Tapi apa yang penting, kualitinya mantap!.

1. Masukkan CD Audio yang korang nak convert.
2. Download Foobar dan install.
3. Lame MP3 untuk x32 | x64 dan extract pada folder baru di desktop.

Seterusnya buka foobar dan pergi ke > File > Add Files... dan pilih semua Track yang ada dalam CD Audio tu. Selepas tu pilih semua track dan klik kanan > Convert > Convert...


Pilih Output Format.


Pilih MP3 (LAME) dan Edit.


Tukar kepada ~245kbps dan OK lepas tu back. Inilah dia VBR.


Pilih Destination. Untuk setkan tempat korang nak save audio selepas convert.


Set jelah mana-mana yang korang suka. Selepas tu Back.


Akhir sekali Convert.


Pilih lame.exe yang korang extract tadi tu.


Proses convert sedang berjalan. dan korang telah berjaya!. Cuba la dengar kualiti audionya mantap kan?


Anime Talk: Saikano




Apa khabar, dah lama rasanya Qz tak cakap pasal anime ni, jadi kali ni, Qz nak ceritakan pasal anime bertajuk SAIKANO. Saikano ni cerita dia memang sentimental kerana ceritanya berbentuk tragedi kisah cinta, anime ini dalam bahasa inggerisnya, "She,The Ultimate Weopen" mempunyai 13 episode kesemuanya. Kisahnya mengenai Shuuji dan Chise, dia orang berdua bertukar-tukar diari, 

 Shuuji dan Chise bertukar-tukar diari
 
 Mereka kemudian menjadi pasangan

Selepas itu menjadi pasangan, kiranya cinta monyet la, namun malang tak berbau, perang meragut segala-galanya, kehidupan normal mereka berubah, dalam keadaan huru-hara, 

 Perang bermula tanpa amaran

Shuuji hampir kemalangan namun diselamatkan oleh Chise, malah lebih mengejutkan, setiap di badan Chise  adanya senjata besar, keadaan ini memberi kejutan kepada shuuji, cuba bayangkan, kekasih anda dijadikan bahan eksperimen, sedih bukan.

Shuuji tergaman dan terkaku melihat Chise

 
 Chise sebagai The Ultimate Weopen

Seterusnya, Chise dan Shuuji cuba menjalani kehidupan seperti biasa namun mengalami pelbagai halangan, iaitu pihak tentera sendiri. Keseluruhan plot cerita ini memang membuatkan Qz rasa kesian pada Shuuji dan Chise, mereka mengalami pelbagai halangan termasuklah tempoh hayat Chise yang sekejap dan tekanan yang dihadapi oleh Chise sendiri kerana mengalami masalah emosi disebabkan dirinya adalah senjata pemusnah. Malah, Chise mula kehilangan sifat kemanusiannya sedikit demi sedikit kerana matlamat utama progam mesin nano tersebut adalah menghasilkan Ultimate Weopen, Chise mula mengalami perubahan dan sedikit demi sedikit pada penghujungnya Chise menjadi senjata terkuat, walaubagaimanapun, Chise tidak dapat melawan apa yang telah di takdirkan. Secara kesuluruhanya jalan ceritanya adalah best dan tak rugi untuk di tonton.

Pendapat Qz, cerita ini penuh dengan emosi, anime mengambarkan reflection kepada realiti dunia, tragedi yang tidak dapat dielakkan. Dunia berada di dalam keadaan hura-hara setiap hari dan pastinya ada yang menjadi mangsa. Pada pengakhiran cerita ini, ianya akan memberi kejutan kepada penonton, cerita ini bukannya "happy ending" dan ianya akan menguji kemanusian penonton serta emosi dan pastikan korang cukup "air mata" nanti kering pulak.


Android: WifiKill



WifiKill merupakan apps yang membolehkan kita potong internet orang lain. Tapi dengan syarat pastikan sama WiFi dan Android korang sudah root!. Fungsinya sama seperti Netcut. Jadi kalau sesiapa yang mengangu dan membuang bandwidth semata-mata hanya tengok video clip Justin Bieber ataupun movie Twilight, anda digalakkan untuk terus potong internet mereka dengan rasa tidak bersalah.


DOWNLOAD


Ulasan Mengenai Windows 8 Consumer Preview



Windows 8 Consumer Preview sebenarnya masih BETA. Selepas ini Microsoft akan mengeluarkan Windows 8 Release Candidate dan akhirnya Windows 8 RTM pada bulan oktober 2012 ini. XLAWS akan cerita dan terangakan fungsi-fungsi yang ada pada Win 8 CP ni mengikut pengalaman sendiri.

Boot Screen


Paparan Betta Fish kelihatan ketika proses boot Windows 8 dan semakin laju, boot laptop ni sampai ke desktop hanya mengambil masa 5 - 6 saat sahaja. Sungguh pantas!.

Aplikasi Metro




Pada Metro UI pula kita boleh pin kan software, games dan pelbagai lagi. Nak pin sebanyak mana pun boleh, kerana ruang pada Metro UI ni besar. Korang juga boleh susun software korang mengikut cita rasa masing-masing. Untuk mencari software atau sesuatu file, cuma buka Metro UI dan terus tulis file yang korang nak cari tu.

Windows 8 Desktop


Inilah dia paparan desktop Windows 8 CP. Clean je tengok.

Lock Screen


Lock Screen berserta masa dan tarikh. Pada lock screen ini juga terpapar email dan internet connection. Apa yang bagusnya, boleh tukar apa-apa wallpaper yang korang suka.

Photo




Apps Photo pun sudah tampak bergaya dengan reka bentuknya yang simple. Nak lihat guna Windows Photo Viewer pun masih boleh lagi.

Music



Apps Music pula pun dah macam ala-ala Zune. Interface pun simple je. Tapi apa yang tak bagusnya susah nak search lagu, sebab tiada search box pula.

Multitask


Fungsi multitask dengan mudah menggunakan kekunci Win + Tab pula sudah bertukar, tak seperti Win 7 ada fungsi animated. Kalau korang halakan mouse ke bahagian tengah atas desktop tu nanti boleh snap ke kiri atau kanan.

Snap




Korang boleh snap Metro apps dengan desktop atau aplikasi lain.

Charm Bar




Halakan mouse ke bahagian hujung kanan untuk menggunakan fungsi charm bar. Buat masa ni fungsinya pun biasa-biasa je, tak banyak. Tapi selalu digunakan untuk connect WiFi dan Shutdown/Restart laptop ni.

Windows Explorer




Windows Explorer pun ada sedikit perubahan seperti, fungsi untuk menguruskan file/data korang lebih mudah dengan menggunakan sama konsep dan interface dari Microsoft Office.

Smart Copy



Sistem Smart Copy untuk proses pemindahan file pun dah makin banyak perubahan dan penambahan. Nampak lebih kemas. Kerja-kerja pemindahan file dengan banyak dapat dilakukan dalam satu tempat. Terdapat satu fungsi baru iaitu, boleh pause ketika proses pemindahan file. Selain itu, pengguna juga boleh lihat kelajuan ketika proses pemindahan file dengan lebih mendalam.

Task Manager




Paparan Task Manager semakin mudah dan lebih terperinci untuk digunakan. Matikan proses hanya klik end task dengan sekali klik sahaja. Selain itu, korang juga boleh lihat performance CPU/Memory/WiFi/HDD secara terperinci. Nak disable Startup pun semakin mudah, tak perlu nak taip "msconfig" lagi pada cmd atau menggunakan software lain.

Control Panel Versi Metro




Windows 8 telah didatangkan dengan dua Control Panel pada mod yang berbeza. Satu Control Panel untuk Desktop sama seperti Win 7 dan satu lagi Control Panel dari Start Screen. Segala tetapan telah disatukan dalam antara muka Metro yang kemas dan ringkas.

Games
Setakat ini semua games boleh dimainkan dengan tanpa sebarang masalah "lag" dengan settings grafik paling tinggi. Antara games yang XLAWS sendiri sudah cuba adalah:

(Shift 2)

(GTA 4)

(Unreal Tournament 3)

(Crysis 2)

Dan apa yang peliknya, games lama seperti Dota dan online games RYL 2 tidak dapat dimainkan dengan lancar dan sering tersekat-sekat. XLAWS pun tak tahu kenapa.

Penggunaan bateri laptop juga amat menjimatkan. Windows 8 kurang menggunakan tenaga walaupun telah setkan kepada high performance. Bateri dapat bertahan selama 3 jam.

Akhir kata, Microsoft telah membuahkan hasil selepas menerima banyak maklum balas dari pengguna versi Windows yang sebelumnya. Dan inilah hasilnya sangat memberangsangkan. Diharapkan Windows 8 versi akhir nanti dapat menampilkan wajah baru sekaligus dapat mengukir namanya sekali lagi di dunia ini.

~ Serius seronok guna WINDOWS 8 ~


Blog Fansub XLAWS

J-Rock | J-Pop | Visual-Kei Fansub
 
Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Edited By XLAWS