Panduan Membuat Slideshow .GIF



Slideshow .gif merupakan animasi diperbuat daripada gambar .png/.jpg. Banyak software boleh digunakan untuk menghasilkan animasi gambar tersebut. Tetapi pada tutorial ini. XLAWS akan menggunakan software Photoshop CS5, Photoshop CS4 pun boleh. Jadi, XLAWS akan menggunakan anime Kowarekake No Orgel sebagai panduan untuk tutorial ini.

Pastikan korang ada beberapa gambar, sebanyak mana pun boleh. Paling minimum pun 2 jadilah.

Gambar 1

Gambar 2

Gambar 3

Buka Photoshop dan pergi File > New. Tulis resolution 450x300. Ataupun boleh ikut citarasa korang tersendiri.


Selepas itu XLAWS akan masukkan ketiga-tiga gambar tadi kedalam workspace Untitled-1 tadi dan resize gambar kepada 450x300. Jadi, sekarang ni, pada bahagian layer di sebelah kanan ada Layer 1, Layer 2 dan Layer 3. Jangan lupa delete layer Background putih tu, sebab kita tak gunakan pun.


Seterusnya, pergi ke Filter > Sharpen > Sharpen. Pastikan apply pada semua Layer.


Duplicate ketiga-tiga layer. Pastikan sama dengan gambar di bawah ni.


Pergi ke Filter > Blur > Motion Blur...


Tukarkan nilai Distance kepada 23 dan OK. Pastikan korang apply effect ni pada Layer 1 copy, Layer 2 copy dan Layer 3 copy.


Sekarang ni pergi Window > Animation. Perasan tak kat sebelah kiri layer korang ada simbol mata? Klik semua untuk hidden. Nanti pada frame animation pun tiada gambar kan? kalau kita adakan balik simbol mata tu nanti secara auto gambar pun muncul pada frame animation tu.

Mula-mula pilih Layer 1 copy dan tekan mata tu. Seterusnya wujudkan frame baru dengan memilih:


Untuk frames kedua pula. Disable balik mata Layer 1 copy dan enable mata Layer 1. Buat perkara ini ulang-ulang sampai Layer 3.
 
Kat bawah frame tu korang boleh setkan masa sekali. Bergantung pada kemahuan masing-masing nak setkan berapa.

Contohnya macam ni:


Akhir sekali pergi File > Save for Web & Web Devices... untuk save .gif korang tu.


Inilah hasilnya.


Bawah ni pula beberapa contoh lain.





Semoga berjaya~ =D


We Appreciate Your Comments

4 Respones to "Panduan Membuat Slideshow .GIF"

----- ----- said...

smart la...
masta...
yang gambar jalan2 tu..

NINJA


February 7, 2012 at 11:38 AM
nKhaR said...

gambo no3 yg jalan2 tuh bape layer tu?


February 7, 2012 at 11:32 PM
asraf said...

tuan tanah, ada tut video tak?
sory saya noob, tak berapa paham tengok tut atas.
harap bantu.
^^,


February 9, 2012 at 1:40 AM

Post a Comment

Blog Fansub XLAWS

J-Rock | J-Pop | Visual-Kei Fansub
 
Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Edited By XLAWS