Makhluk Tiruan (Artificial Life) vs. Kepintaran Tiruan (Artificial Inteligence)




"Artificial Life ("AL" or "Alife") is the name given to a new discipline that studies "natural" life by attempting to recreate biological phenomena from scratch within computers and other "artificial" media. Alife complements the traditional analytic approach of traditional biology with a synthetic approach in which, rather than studying biological phenomena by taking apart living organisms to see how they work, one attempts to put together systems that behave like living organisms."- Chris G. Langton

"AI researchers are interested mostly in perception, cognition and generation of action, whereas Alife focuses on evolution, reproduction, morphogenesis and metabolism."- Rodney Brooks


Korang yang layan anime ni, ada tak karater-karakter yang korang suka? yang agak-agak korang nak buat sebagai waifu? tapi mesti korang kecewa sebab tu hanyalah karakter dalam anime, Qz ada jawapannya untuk korang..jeng..jeng...biologi..siapa yang suka bab bio ni mesti tahu, bagi sesiapa yang tak tahu, Qz akan jelaskan: 

Debat berkaitan menghasilkan kehidupan tiruan (artificial life) telah lama dibicarakan, malah adanya kajian sainstifik yang berbentuk praktikal telah dilakukan oleh pengkaji-pengkaji sains, hal berkaitan menghasilkan makluk tiruan, bagi Qz adalah tidak mustahil untuk dicapai oleh manusia, keberangkalian manusia dapat menghasilkan makhluk tiruan dalam masa tempoh 10 tahun mungkin rendah namun ianya tidak mustahil di dalam tempoh 100 tahun, jadi sesiapa yang dapat hidup lebih daripada 150 tahun akan bakal menyaksikan sejarah dicipta.


Jadi, apakah itu "Artificial Life"?
Artificial Life atau biasanya dipanggil Alife adalah satu bidang yang mengkaji logik sistem sesebuah kehidupan dalam persekitaran tiruan, proses yang terlibat dan reaksi biologi melalui simulasi dengan menggunakan komputer, robotik dan biokimia. Tujuannya adalah mengkaji kehidupan tersebut demi memahami maklumat yang kompleks yang mendefinasikan sistem tersebut. Falsafah yang digunakan tidak terhad kepada "kehidupan yang kita telah tahu" tetapi juga kepada "kehidupan yang mungkin kita akan tahu". Contohnya permainan simulasi yang memupuk tingkah laku sintetik seperti, kehidupan seperti pertumbuhan, penyesuaian, sosialisasi, pembiakan, pembelajaran, dan juga kematian. Kita dapat melihat Alife menawarkan perspektif sintetik, melaui methodlogy yang digunakan Alife, kita hanya perlu menggabungkan keadah, peraturan dan konsep yang mudah dalam simulasi komputer dan kita akan mendapat hasil fonemena yang kompleks yakini keputusannya adalah ianya seakan-akan mempunyai nyawa dan kepintaran.


Sains Alife tidak terhad kepada simulasi sahaja, kita juga boleh menggunakan menggunakan bahan sintetik, program komputer yang memampatkan masa, dan lain-lain teknologi yang menakjubkan demi menjana tingkah laku dan jelmaan neomorphic. Namun, jawapan kepada soalan "Di titik mana sesuatu itu boleh disifatkan sebagai satu bentuk kehidupan tiruan?", contohnya, Hatsune Miku daripada Vocaloid. kesemuannya ini adalah satu bentuk keindahan; pekara ini ditentukan oleh pemerhati itu sendiri. Serta pekara yang agak berkaitan dengan ini adalah "caveat", bahawa sama ada sesuatu yang 'asli' atau 'tiruan' dan mungkin relatif kepada sudut pandangan seseorang! Sumber yang disenaraikan di "AITopics" akan memperkenalkan anda kepada keajaiban seperti rangkaian neural berasaskan komputer yang menyerupai kehidupan sebenar rakan-rakan mereka; virus komputer yang berkelakuan seperti virus organik; algoritma genetik dan evolusi yang memanfaatkan strategi kehidupan dan memohon mereka untuk menyelesaikan masalah; bot perjalanan perkongsian internet maklumat dan membantu antara satu sama lain; dan robot yang akan mewujudkan generasi akan datang mereka sendiri. (http://aaai.org/AITopics/ArtificialLife)


Antara contoh filem hollywood yang sesuai untuk menggambarkan Artificial Life dan Artificial Inteligence ialah Frankenstein, Weird Science, Short Circuit, I,Robot dan Terminator serta Tron(1982) dan Tron: Legacy(2010).


Jadi, apakah itu "Artificial Inteligence"?
Kepintaran Tiruan adalah kajian yang cuba menghasilkan program komputer yang dapat berfikir, bertindak dan membuat keputusan seperti manusia (expert system programming), selain itu, ianya dapat mentafsirkan apa yang didengari, reaksi terhadap sentuhan dan apa yang dilihat (neurology), dan mempunyai perasaan seperti marah, sedih, gembira dan sebagainya. Buat masa ini, masih belum ada A.I yang sepenuhnya yang dihasilkan memiliki kepintaran seperti manusia,ini kerana penghasilan A.I adalah sangat kompleks, ini disebabkan manusia sendiri sebenarnya adalah makhluk yang kompleks terutama bahagian emosi dan spiritual, saintis buat masa ini, hanya dapat memikirkan dan ingin menghasilkan A.I yang berfikir secara logik, mereka mahukan A.I tersebut dapat menyelesaikan masalah matematik tetapi mereka belum dapat menghasilkan A.I yang dapat melihat dunia melalui emosi dan spiritual.


Jadi, apakah kaitannya dengan Kepintaran Tiruan (Artificial Inteligence) dan Kehidupan Tiruan (Artificial Life)?
Artificial Inteligence adalah cabang daripada Artificial Life, jika, Alife adalah berbentuk biologi maka A.I adalah berbentuk psikologi. Penyelidik AI kebanyakannya berminat dalam persepsi, kognisi dan generasi tindakan, manakala Alife yang memberi tumpuan kepada evolusi, pembiakan, morfogenesis, dan metabolisme. Ini bukanlah sains konvensional, sebaliknya, mereka adalah campuran sains dan kejuruteraan. Walaupun, atau mungkin kerana, strukturnya adalah hibrid, gabunagan teknologi ini memberi kesan positif dan dunia kita telah dipenuhi dengan produk-produk hasil gabungan teknologi tersebut. Dengan menggunakan Alife, kita menghasilkan makhluk tiruan yang hidup di dalam persekitaran tiruan namun tanpa A.I makhluk tiruan tersebut masih memerlukan arahan, maka, penggunaan A.I dapat memberi kesan yang lebih baik dan mungkin keputusan yang tidak dapat dijangkakan.


Bolehkah Hatsune Miku dianggap sebagai Alife?
Pada pandangan Qz, Hatsune Miku boleh dianggap sebagai Alife walaupun tidak memenuhi syarat Alife sepenuhnya tetapi Hatsune Miku adalah sintetik, dan Hatsune dibangunkan untuk menjadi Idol melalui Project Diva, dalam erti kata lain, Hatsune adalah kehidupan yang mempunyai persekitarannya, iaitu konsert. Namun. Hatsune hanya memiliki kekurangan yang akan mungkin melengkapkannya sebagai kehidupan artificial yang pertama iaitu Artificial Intelligence.


Bagaimana pula dengan Chimera?
Chimera adalah mytholgy di dalam greek namun boleh dihasilkan secara genetik mengikut teori sainstifik. Penghasilan Chimera juga berkait rapat dalam pencarian menghasilkan kehidupan baru yang lebih baik dengan menggabungkan 2 atau lebih kehidupan. Chimera boleh dihasilkan di dalam Alife untuk melihat keputusannya, algorthima genetik boleh digunakan, selain itu, permainan game "Creature" adalah contoh terbaik sebagai Alife. Kesimpulannya, sainstis boleh menggunakan Alife untuk menjangkakan hasil akhir sebelum keputusan sebenar.


Mereka bukannya makhluk yang bernyawa, jadi?
Betul, mereka memang tidak hidup seperti kita, yakini manusia yang memiliki roh, emosi dan intelektual; namun ini bermakna mereka tidak memusnahkan antara satu sama lain mahupun menyakiti, mereka tidak semulia manusia tetapi mereka tidak sehina seperti manusia, manusia adalah unik ini adalah kerana pencipta kita ialah Allah s.w.t tetapi mereka pula dicipta oleh manusia sendiri, kita sebagai manusia mungkin dapat menghasilkan Alife dan A.I yang serupa dengan manusia dan makhluk lain namun kita perlu diingatkan bahawa adanya Allah yang maha berkuasa, yang menjadikan alam, yang maha besar dan tiada tuhan melainkan-Nya.

Seterusnya..?
Pada masa akan datang, apabila teknologi Alife dan A.I telah berjaya dihasilkan, korang boleh menghasilkan pasangan yang mengikut cita rasa sendiri, boleh dikatakan, pada masa itu, segala karakter yang korang tengok kat dalam anime akan berjalan di atas muka bumi yang nyata ini.


We Appreciate Your Comments

1 Respones to "Makhluk Tiruan (Artificial Life) vs. Kepintaran Tiruan (Artificial Inteligence)"

Arya Putra said...

Salam bro..ni URL blog aku yang baru:

http://www.omghackers.com/

Singgah la bila free! Jangan lupa tukar ok!


February 22, 2012 at 1:08 PM

Post a Comment

Blog Fansub XLAWS

J-Rock | J-Pop | Visual-Kei Fansub
 
Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Edited By XLAWS