In Veritas, We Believe



Ohaya,Genki-Desu ka?
Apa khabar semua? Rasanya dah lama Qz tak post kat sini, kali ini Qz nak kongsi sikit tentang pandangan Qz terhadap alam yang fana ini, banyak yang Qz tidak setuju, terutama pandangan masyarakat dan individu, tetapi itu tidak bermaksud Qz betul, cuma Qz ada "Veritas" sendiri.

Apakah itu Veritas?
Pertama sekali, Qz terangkan apa itu "Veritas", Veritas didalam bahasa Rom adalah bermaksud "Kebenaran", Di dalam mitos Rom Veritas adalah name kepada Dewi Kebenaran, manakala didalam mitos Yunani, Veritas adalah Aletheia, di dalam mitos Greek pula Athena adalah Dewi Kebenaran . Perkataan Latin "Veritas" muncul dalam moto kolej dan universiti. Ia biasanya dipermodalkan sebagai "Veritas" untuk menjadi sesuatu yang ideal (seperti: Kebenaran, Kebaikan dan Kecantikan). Contohnya; Vox Veritas Vita ("Speak the Truth as a way of Life"). "Veritas vos liberabit" ("The Truth Will Set You Free") .

Athena (Goddess of Truth)
  
Bagi Qz, setiap individu mempunyai pendapat dan pandangan tersendiri, setiap individu berpegang kepada apa yang korang percaya selama ini adalah berbeza dengan setiap individu, kenapa? kerana perbezaan pengalaman, pengetahuan dan kepercayaan. Contohnya dalam anime Ben-tou, moto "Wolf" adalah "Wager your pride, have a manner"; setiap Wolf berpegang kepada moto tersebut, ini pun boleh dianggap sebagi Veritas.

Ini contoh yang Qz boleh berikan: "Manusia boleh menjadi lebih mulia daripada malaikat tetapi manusia juga boleh menjadi lebih hina daripada Iblis. Manusia diberikan kebebasan memilih jalan. Di dunia kita perlu mencari jalan kebenaran, apakah itu Manusia?, apakah tugas kita?, siapakah pencipta kita?", yang ini juga boleh dianggap sebagai veritas , dalam erti kata lain Veritas bertujuan untuk pegangan, kepercayaan, kefahaman.dan sebagainya.

Jadi, sekarang Qz nak cakap-cakap sikit mengenai "Veritas" yang ada kat luar sana:

"The Strong Oppresing The Weak"
Yang kuat menindas yang lemah , itulah makna perkataan di atas, kononnya adalah lumrah alam, menyakini bahawa "Veritas" tanpa kekuatan akan dipijak. Mereka yang percaya bahawa jika mereka berkuasa, mereka memiliki hak untuk menggunakan untuk melakukan apa sahaja yang mereka mahukan. Tidak kiralah sama ada lelaki mahupun perempuan, pemikaran seperti ini tidak akan selama-lamanya berubah kerana manusia tidak semuanya boleh berubah dengan sendirinya, melainkan, satu-satunya cara untuk memastikan mereka tidak akan melakunya lagi adalah dengan membuat mereka tunduk pada kuasa yang lebih kuat daripada mereka, itulah salah satu jalannya. Dimana yang kuat adalah Veritas, yang lemah dilindungi, dan keamanan akan dipelihara. Dalam erti kata lain, Qz boleh menetapkan bahawa "keadilan" adalah bergantung kepada individu itu sendiri.

Kod Moral seperti "Hammurabi" dan sebagainya adalah satu bentuk kontrak sosial, kononnya ianya adalah dicipta oleh orang yang lemah untuk melindungi mereka yang lemah kerana mereka yang mempunyai kuasa melihat nilai-nilai seperti belas kasihan, kasih sayang, tidak mementingkan diri dan konsep sama rata serta kebahagian adalah hanya milik orang yang berkuasa dan mereka percaya yang lemah untuknya hanyalah penderaan, penindasan, penderitaan, anti-sosial, lemah dan tidak boleh membuat keputusan serta mangsa keadaan dan juga mempunyai peranan sebagai hamba. Bagi mereka yang berkuasa; "Moral" adalah penafian kepada "kuasa".

Law & Order

Yang kuat adalah Veritas, dalam erti kata lain, Veritas wujud untuk menghentikan ketidak adilan, memusnahkan kejahatan dan orang-orang zalim, ini adalah kepecayaan mereka yang lemah, manakala yang berkuasa, hanya yang terkuat akan terselamat untuk terus hidup atau bagi mereka semua ini adalah ilusi dan satu permainan sahaja untuk hiburan mereka serta selagi ianya berfaedah dan meguntungkan diri mereka. Dalam hal ini, mereka yang paling kuat adalah Veritas, maka, keadilan berkhidmat kepada orang-orang yang kuat dan mereka adalah undang-undang.

"Truth is a what you choose, in what you want to believe, it was decided by yourself."
Kebenaran adalah berbeza bagi setiap individu, ini kerana kita diberi kebebasan untuk memilih, yakini apa yang anda mahu percaya adalah terpulang kepada anda sendiri, bagaimana anda mahu menafsirkannya, kesemua ini adalah ditentukan oleh anda sendiri.

 

Adakah ini adalah Veritas mutlak? Disinilah timbulnya dilema etika yang juga dikenali sebagai dilema didalam moral, keadaan dimana terdapatnya dua pilihan dan tiada betul dan salah mengikut perspektif anda. Di dalam hal ini, ada 3 cara untuk menyelesaikannya, pertama, analisa masalah tersebut, kedua, fikirkan kesannya, ketiga, ikut kepentingannya terhadap diri anda sendiri dan ikut naluri serta emosi anda. Senang kata macam ni, "Memahami perasaan anda terlebih dahulu melalui kebijaksanaan akal", contohnya; di dalam medan perang, hanya ada 2 keadaan, yakini musuh atau kawan, di mana musuh akan dimusnahkan sepenuhnya dan tanpa ada belas kasihan, tidak kira apa cara yang di gunakan.

"One unhappiness is other people's happiness"
Maksudnya "senyuman seseorang yang dibuat daripada air mata orang lain". Percaya atau tidak; ini merupakan anatara salah satu kotrak sosial yang wujud dalam masyarakat kita. Terdapatnya kontrak sosial yang mengatakan bahawa mengorbankan seseorang demi kebahagian lebih daripada seorang adalah dibenarkan, nilai moral dalam pekara ini adalah berdasarkan hasil daripada pengorbanan tersebut, ianya adalah kebaikan bagi mereka walaupun seseorang perlu mengorbankan kebahagiannya, didalam kata lain, ianya adalah satu pekara yang bermoral asalkan ianya adalah untuk kebaikan untuk orang ramai. Keadaan ini dipanggil "self-sacrifice". Yang mengorbankan diri hanya memiliki dua pilihan, sama ada terpaksa atau merelakannya, di dalam konsep kontrak sosial tersebut, adalah tidak mengapa jika seseorang dikorbankan untuk mengalakkan kebahagian orang lain, dan orang ramai adalah tidak bersalah dan mereka dilepaskan daripada tanggung jawab ataupun mana-mana dosa atau kesalahan yang telah mereka lakukan. Semua ini diatas nama "The Ultimate Happiness", dimana seseorang mengorbankan dirinya untuk kebahagian orang lain dan juga supaya tiada orang lain yang perlu mengambil tempat sebagai "Kambing Hitam".


Jika anda memikirkan ini adalah satu tindakan yang heroic, maka Qz akan katakan "ini adalah hanya satu ilusi", ini adalah kerana semua orang berhak mengejar kebahagian masing-masing, walaupun, kerana sebab itu jugalah manusia bermusuhan, selain itu, "self-sacrifice" adalah zero-sum, dalam erti kata lain, hasilnya adalah kosong, tiada seorang pun yang bahagia melainkan penderitaan, orang ramai akan dihantui perasaan bersalah secara separuh sedar walaupun mereka menyakinkan diri mereka adalah tidak bersalah, ini akan meruntuhkan moral masyarakat itu sendiri, manakala, "kambing hitam" pula juga akan menderita kerana melarikan diri daripada realiti serta tidak mendapat apa-apa melainkan kekosongan jiwa. Dalam erti kata lain, kesemua ini hanya perbuatan sia-sia dan mementingkan diri serta pengecut. Jelas dalam keadaan ini tiada sesiapa pun yang akan bahagia melainkan hanya ada penderitaan sahaja dan keruntuhan moral.

Apa yang Qz ingin katakan ialah Qz tidak boleh terima "Veritas" ini.

Jadi apakah veritas anda? 
Di luar sana, terdapatnya perbezaan "Veritas" dan Qz ingin tahu, Qz pun juga nak tahu apakah veritas yang korang pegang dalam hidup korang, jadi sekarang Qz tak nak korang fikir tapi Qz nak korang rasa dalam hati korang, "don't think but feel it!". Jadi share-share kan la Veritas korang, ya.


We Appreciate Your Comments

0 Respones to "In Veritas, We Believe"

Post a Comment

Blog Fansub XLAWS

J-Rock | J-Pop | Visual-Kei Fansub
 
Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Edited By XLAWS