Teknologi Cas Kereta Elektrik Dengan Wireless




Teknologi wireless atau tanpa wayar tentu bukan sesuatu yang asing bagi masyarakat masa kini, apatah lagi ia kini menjadi semakin dekat dengan kita melalui bentuk internet wayarles yang boleh dicapai dengan mudah, tapi bukan internet wayarles yang menjadi fokus di sini, tetapi mengenai kenderaan elektrik. Kenderaan elektrik sebagaimana yang diketahui semakin menjadi kenderaan yang digemari untuk digunakan kerana ia tiada pencemaran dan tidak perlu terlalu sering diservis.

Qualcomm, sebuah syarikat telekomunikasi besar yang berasal dari Amerika Syarikat menghasilkan teknologi caj semula (charging) untuk kenderaan elektrik secara wayarles. Qualcomm memberi nama sistem ini dengan sebutan Inductive Power Transfer (IPT). Cara ia berfungsi adalah dengan memasang sejenis alat di atas tana, dan kereta yang ingin dicaj semula haruslah terletak kira-kira 400mm, oleh itu, mesin penghantar akan mengalirkan tenaga ke mesin penerima yang terdapat dalam kenderaan tersebut, mesin penerima tersebut kemudiannya terus menyambung tenaga ke bateri kenderaan tersebut.


Teknologi yang dipamerkan di event CES ini tentunya semakin memudahkan penggunaan kenderaan elektrik, sebagaimana peranti elektronik lain tanpa perlu dirumitkan dengan kabel lagi. Kini Qualcomm sendiri sedang mengusahakan mesin charger mereka agar tidak terlalu besar dari laptop.

Kita tunggu sahaja nanti melalui peredaran masa. Oleh itu, anda yang memiliki kereta elektrik tentu boleh membelinya nanti.



We Appreciate Your Comments

0 Respones to "Teknologi Cas Kereta Elektrik Dengan Wireless"

Post a Comment

Blog Fansub XLAWS

J-Rock | J-Pop | Visual-Kei Fansub
 
Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Edited By XLAWS