Bagaimana Pelangi Terbentuk?



Pernah tak? korang mendongak ke langit kemudian berfikir sejenak "cantiknya cuaca hari ni". Jadi, kenapa kita merasakan dunia ini cantik, sudah tentu, ini adalah kerana warna itu adalah penyeri hidup kita. Kalau tak percaya, korang cuba tengok citer zaman hitam putih mesti korang rasa kurang menarik selepas tu bayangkan realiti dunia ini hitam putih, kelam kabut jadinya.

Pertama sekali, Warna itu apa?
Warna hanya wujud bila ada cahaya dan sudah tentu korang kena ada mesin untuk mentafsirkan gelombang cahaya tersebut dan mesin tersebut adalah antara anugerah tuhan yang bernilai, cahaya adalah berbeza-beza ianya adalah kerana setiap cahaya mempunyai gelombangnya yang tersendiri dan setiap individu di atas muka bumi ini bergantung kepada mata dan otak mereka untuk menafsirkan kesemua gelembong cahaya ini dan kita menistilahkannya sebagai warna dan memberi nama kepadanya.

Kedua,bagaimana kita mentafsirkan warna?
Bukan semua gelombang cahaya dapat dikesan oleh manusia, warna yang dapat dikesan oleh manusia adalah terhad dan berlainan daripada kehidupan lain. Oleh kerana perbezaan tersebut, kita mentafsirkan warna tersebut mengikut perspektif dan psikologi kita sendiri. Sebab itu, terdapatnya perbezaan makna warna didalam sesebuah masyarakat dan budaya mereka.

Ketiga, adakah warna dapat mempengaruhi kita?
Warna dapat memainkan peranan terhadap hidup kita kerana warna dapat mempengaruhi kehidupan kita. Setiap warna mempunyai maksud dan auranya tersendiri dan setiap individu memiliki warnanya yang tersendiri, walaubagaimanapun warna ini sentiasa berubah-ubah kerana ianya bergantung kepada keadaan individu itu sendiri. Antara contoh yang Qz boleh berikan ialah:

Merah:
Selalu dikaitkan dengan api, bersemangat berkobar-kobar, yakin, berani dan bertenaga. Warna merah dapat menarik perhatian orang ramai, sebab itu, di majlis keraian, "lady in the red" selalu mendapat perhatian. Warna ini menaikkan estim diri dan menghilangkan perasaan takut dan keresahan. Masyarakat China percaya merah melambangkan nasib baik dan kegembiraan sebab itu semasa tahun baru china mereka memakai warna merah. Warna merah juga boleh dikaitkan dengan keganasan dan perang kerana warna ini ada dikaitkan dengan kejahatan seperti jin ifrit dan syaitan.

Hitam:
selalu dikaitkan dengan kematian, stabil seperti tanah dan neutral seperti air, masyarakat China pada masa dahulu memandang tinggi terhadap warna hitam. Warna hitam dapat mewujudkan perasaan berkuasa dan mempunyai kawalan kerana warna tersebut dapat menaikkan kesan emosi yang terlampau kuat. Pakaian berwarna hitam dapat memberi imej misteri, elegen dan formal serta seksi. Warna hitam adalah bersifat neutral maka ianya boleh digunakan bersama dengan warna-warna lain.

Merah Jambu:
Selalu dikaitkan dengan cinta dan persahabatan, kehalusan dan kemanisan serta kecantikan. Dikaitkan dengan femininity kerana warna pipi wanita apabila malu. Warna ini boleh menenangkan fikiran kerana ianya mengurangkan keagrisifan dan memberi ketenangan hati.

Coklat:
Dikaitkan dengan tanah, kayu dan batu. Memberi imej kestabilan, dipercayai, mesra, simple, kelakian, ketahanan diri, ksihatan dan persahabatan.

Dan banyak lagi la warna.

Cakap pasal warna ni korang pernah terpikir tak bagaimana pelangi terbentuk? mesti korang ada perasaan ingin tahu kan? Jadi, kat bawah ni ada penerangan lanjut mengenai Bagaimana Pelangi Terbentuk.

Fenomena ini pertama kali diterangkan oleh Issac Newton, pada tahun 1672, dihadapan "The Philosophical Transactions of the Royal Society".


Dalam fizik optik, fenomena ini dinamakan "dispersion" dan  "refraction" atau, serakan dan pembiasan. Tahukah anda bahawa warna putih adalah kombinasi daripada 7 warna? Iaitu merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo, dan ungu? Ya. Cahaya putih adalah gabungan dari warna-warna tersebut.

Setiap cahaya mempunyai kelajuan yang berbeza-beza. Apabila cahaya melalui ketumpatan bahan yang berbeza, ia akan terbias dan berubah arah dalam sudut tertentu bergantung kepada kelajuannya.

Dispersion ataupun serakan adalah fenomena apabila gabungan 7 warna tersebut yg membentuk warna putih dipecahkan mengikut kelajuan tunggal warna tersebut. Contohnya, kelajuan tunggal warna merah, kuning dan sebagainya.

Refraction atau pembiasan adalah fonemena perambatan cahaya mengikut kelajuannya.


Mengikut Snell Laws, nisbah antara sin θ sudut tuju dan sinθ pembiasan adalah bersamaan dingan nisbah laju dalam kedua-dua bahan, dan bersamaan dengan nisbah bertentangan dengan indeks pembiasan masing-masing.


Seperti yang dinyatakan tadi, setiap cahaya mempunyai kelajuan tersendiri, ada yang laju dan ada yang perlahan sedikit dari yang lain.

Apabila warna putih masuk ke medium yang lebih tumpat daripada ruang asalannya. Setiap warna akan berubah arah mengikut kelajuan masing-masing. Warna merah akan mempunyai sudut biasan yang rendah kerana mempunyai kelajuan yang lebih tinggi daripada yang lain, diikuti dengan warna jingga yang mempunyai kelajuan yang kurang dari warna merah tetapi labih laju dari warna kuning dan yang lain-lain. Sudut biasan yang paling besar adalah warna ungu kerana ia mempunyai kelajuan yang lebih rendah.



Apabila ia melalui dinding prism yang kedua, ia akan terbias sekali lagi kerana melalui medium ketumpatan yang berbeza.

Fenomena ini sama seperti kita melihat pelangi apabila selepas hujan.



Rumusannya adalah
  • Cahaya putih adalah gabungan dari 7 warna.
  • Setiap cahaya mempunyai kelajuan yang berbeza-beza.
  • Kelajuan yang berbeza-beza mempunya sudut pembiasan yang berbeza.
  • Apabila cahaya putih masuk ke dalam medium yang berbeza ketumpatan, cahaya tunggal tersebut.
  • Akan terserak (dispersion) mengikut halaju cahayanya tersendiri.
  • Maka fenomena pelangi akan terjadi.



We Appreciate Your Comments

0 Respones to "Bagaimana Pelangi Terbentuk?"

Post a Comment

Blog Fansub XLAWS

J-Rock | J-Pop | Visual-Kei Fansub
 
Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Edited By XLAWS