Bagaimana Handphone Touch Screen Berfungsi



Salam semua. Hari ni XLAWS nak cerita pula mengenai pasal smartphone terutama pada bahagian skin sentuh "touch screen". Hari ini ramai dah pakai HP Android, iPhone, Blackberry, Galaxy Tab, iPad, dan banyak lagi yang menggunakan applikasi Piezoelectric.




Ramai yang masih tak tahu, macam mana skin sentuh berfungsi?  Tahu sentuh ada la kan?. OK, kita "back to basic", bagaimana sentuhan boleh ditukarkan ke isyarat elektrik dan seterusnya menjadikan skrin sentuh sesuatu yang realiti?

Pada pertengahan kurun ke-18, Carl Linnaeus dan Franz Aepinus mengkaji sifat bahan yang menjana potensi elektrik sebagai tindak balas kepada perubahan suhu. Tapi kajian mereka tidak berjaya. Berbekalkan dengan kajian tersebut, Pierre Curie dan Jacques Curie menkaji hubungan antara mekanikal tekanan terhadap elektrik. Kajian mereka berjaya dan didemonstrasi pada tahun 1880. Apa itu Piezoelectric? Piezoelectric adalah bahan yang mampu menukarkan mekanikal tekanan kepada tenaga elektrik. Contohnya, apabila kita tekan bahan tersebut, ia akan menjanakan kuasa elekterik, dan apabila elektrik dikenakan terhadap bahan tersebut, ia akan menghasilkan sebaliknya.


Nampak kat atas gambar ni? apabila ditekan, meter elektrik bergerak, vice versa apabila dikenakan elektrik terhadap bahan tersebut. 

Apakah bahan Piezoelectric ni?

 Kristal Quartz

Rochelle Salt

Ada banyak lagi, tapi dua bahan ini antara yang popular dan efektif.

Aplikasi Piezoelectric
Aplikasi yang paling popular sekali adalah terhadap gitar elektrik, ia menukarkan gelombang bunyi yang memberi tekanan terhadap bahan piezoelekterik ke isyarat elektrik ke dan diproses ke pembesar suara.


 Budak-budak gitar panggil pickup

Dan aplikasi yang sekarang digilai ramai dan semakin canggih teknologinya, skrin sentuh! skrin sentuh sangat-sangat popular pada telefon bimbit dan tablet. Ianya akan mengesan tekanan terhadap sentuhan dan menukarkan ke isyarat eletrik dan seterusnya memproses isyarat tersebut.


XLAWS pun tak sangka, genius sungguh mereka menggunakan aplikasi Piezoelectric, selama XLAWS belajar, apa yang XLAWS nampak hanyalah untuk smartphone, alat muzik seperti drum elektrik, gitar dan sebagainya.



We Appreciate Your Comments

2 Respones to "Bagaimana Handphone Touch Screen Berfungsi"

dyemkaizer said...

tolong jelaskan apakah perbezaan antara android dan touch screen


October 28, 2012 at 4:53 PM
gadis kecil said...

adakah touch skrin hanya berfungsi dgn sentuhan tgn atau anggota bdn ? hari tu screen phone terkena botol mineral water . dan ia berfungsi . adakah disebabkan molekul air ? atau apa ? boleh terangkan . tq


December 5, 2012 at 12:45 PM

Post a Comment

Blog Fansub XLAWS

J-Rock | J-Pop | Visual-Kei Fansub
 
Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Edited By XLAWS