Apa Itu Android Root




Ramai di antara kita yang mula memakai smartphone Android pada waktu ini dan sering terdengar perkataan Root, apa tu? Jadi, kat sini XLAWS nak kongsi sedikit info mengenai Root berserta kelebihan dan kekurangannya.

Pengertian Root
Secara ringkasnya root ini adalah satu proses untuk memberikan pengguna smartphone untuk akses penuh untuk membuat sebarang perubahan terhadap sistem di dalam smartphone kita. Kebanyakan sistem di dalam smartphone kita telah dikunci oleh pengeluar masing-masing.

Kenapa pengeluar smartphone mengunci sistem tersebut?
Pengeluar mengunci sistem tersebut adalah untuk menjaga fungsi-fungsi yang telah disetkan. Sekiranya tidak dikunci ditakuti pengguna akan tersilap memasuki sistem ni dan secara tidak sengaja menukar sistem asal tersebut. Ini boleh menjadikan smartphone tersebut tidak dapat berfungsi dengan baik.

Kekurangan Root

Boleh menghilangkan waranti
Sekiranya pengguna membuat root kepada smartphone tersebut satu perkara yang paling penting perlu diketahui adalah waranti smartphone tersebut akan hilang. Kerana pihak pengeluar tidak akan memberi jaminan kepada peranti yang telah diusik sistemnya sekiranya rosak.

Serangan virus
Sekiranya pengguna membuat pengubahsuaian terhadap sistem ianya boleh menjadi terdedah kepada serangan virus. Walaubagaimanapun perkara ini masih menjadi perdebatan kerana sebenarnya serangan virus turut boleh menyerang kepada mana-mana peranti walaupun proses root tidak dijalankan.

Kelebihan Root

Keupayaan smartphone akan menjadi lebih pantas
Ini adalah perkara pertama yang akan dirasai oleh pengguna sebaik smartphone tersebut selesai proses root. Smartphone akan menjadi lebih pantas berbanding sebelum root.

Boleh delete apps yang tidak digunakan untuk mengurangkan penggunaan RAM
Terdapat pelbagai aplikasi yang kita tidak gunakan yang aktif dalam smartphone kita seperti contoh Chinese Keyboard, Wheater Widget, Yahoo! Finance dan sebagainya. Apps ini hanya membuat RAM kita penuh dan ada diantaranya akan beroperasi secara background. Ini secara tidak langsung membuatkan penggunaan RAM kita akan meningkat. Apps ini boleh dibuang untuk menjimatkan ruang RAM. Secara tidak langsung ia akan membantu menjimatkan sedikit penggunaan bateri.

Dapat delete apps yang melibatkan root seperti Titanium Backup
Apps ini adalah untuk backup segala sistem dan apps di dalam smartphone. Sekiranya berlaku kerosakan pada peranti, maka pengguna boleh restore semula sistem dan apps yang telah di buat backup.

Mengubahsuai ROM, Launcher, Theme dan lain-lain
Pengguna boleh menginstall pelbagai ROM selain dari ROM standard yang dibekalkan oleh pengeluar. Memasang pelbagai theme dan lain-lain lagi.

Kesimpulan
Root memberikan pengguna pelbagai kelebihan kepada pengguna smartphone yang ingin menaiktaraf keupayaan serta memberikan kawalan maksimum terhadap smartphone mereka sendiri. Bagaimanapun sekiranya pengguna telah berasa puas hati dengan smartphone standard mereka, maka proses root tidak digalakkan.



We Appreciate Your Comments

10 Respones to "Apa Itu Android Root"

Anonymous said...

Tlg post cara nak root n cara nak upgred dri android ver 2.3 to ver 4.0


March 22, 2012 at 9:54 PM
XLAWS said...

pakai phone jenis apa?


March 23, 2012 at 1:06 AM
Anonymous said...

Xperia neo


March 24, 2012 at 5:30 AM
XLAWS said...

cuba tgk ni betul x? XLAWS x pasti sbb susah nak buat tutorialnya
http://www.youtube.com/watch?v=BGW2Pl9z6qA


March 24, 2012 at 9:17 AM
Guest said...

Oh ingatkan untuk dapat apps berbayar secara free. Hewhew


April 21, 2012 at 7:52 PM
an aziz said...

kalau nak root n tanya banyak lagi sila join fb

https://www.facebook.com/groups/androider/

https://www.facebook.com/groups/samsungandroidpoweredsmartphone/

https://www.facebook.com/groups/myandroidians/

https://www.facebook.com/groups/xperia.malaysian/


May 29, 2012 at 1:44 PM
anak881001 JOHOR881001 said...

saya nk tnya,kenapa sd card sy asyik keluar kt notification jek?mcm sd card msuk n keluar n masuk semula?dan ianya ada bunyi...
tp bila saya cabut sd card, ianya masih tetap jd cmtu
adakah ianya masalah sd card or lain?
sy xtau nape leh jd masalah nie..tetibe jer...
so, adakah saya perlu buat root nie spertimana yg bro tunjukkan di atas?n sy hp sy still dldm warranty lg..


July 29, 2012 at 10:01 AM
syam said...

mcm mne nk tau hp kte dah root or blom?


September 6, 2012 at 5:14 PM
eelobor said...

cuba baca kat sini

http://ohgeekz.com/android-cydia-substract/


May 18, 2013 at 2:31 PM
Aisyah said...

Jenama telefon saya,Samsung Galaxy Grand.Saya nak pergi menu tak boleh sebab dia asyik keluar mesej "Malangnya,rServices Home telah berhenti".Kenapa ek?Perlu root atau ada jalan penyelesaian lain tak?


June 2, 2014 at 4:43 PM

Post a Comment

Blog Fansub XLAWS

J-Rock | J-Pop | Visual-Kei Fansub
 
Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Edited By XLAWS