Apa Itu Android Root




Ramai di antara kita yang mula memakai smartphone Android pada waktu ini dan sering terdengar perkataan Root, apa tu? Jadi, kat sini XLAWS nak kongsi sedikit info mengenai Root berserta kelebihan dan kekurangannya.

Pengertian Root
Secara ringkasnya root ini adalah satu proses untuk memberikan pengguna smartphone untuk akses penuh untuk membuat sebarang perubahan terhadap sistem di dalam smartphone kita. Kebanyakan sistem di dalam smartphone kita telah dikunci oleh pengeluar masing-masing.

Kenapa pengeluar smartphone mengunci sistem tersebut?
Pengeluar mengunci sistem tersebut adalah untuk menjaga fungsi-fungsi yang telah disetkan. Sekiranya tidak dikunci ditakuti pengguna akan tersilap memasuki sistem ni dan secara tidak sengaja menukar sistem asal tersebut. Ini boleh menjadikan smartphone tersebut tidak dapat berfungsi dengan baik.

Kekurangan Root

Boleh menghilangkan waranti
Sekiranya pengguna membuat root kepada smartphone tersebut satu perkara yang paling penting perlu diketahui adalah waranti smartphone tersebut akan hilang. Kerana pihak pengeluar tidak akan memberi jaminan kepada peranti yang telah diusik sistemnya sekiranya rosak.

Serangan virus
Sekiranya pengguna membuat pengubahsuaian terhadap sistem ianya boleh menjadi terdedah kepada serangan virus. Walaubagaimanapun perkara ini masih menjadi perdebatan kerana sebenarnya serangan virus turut boleh menyerang kepada mana-mana peranti walaupun proses root tidak dijalankan.

Kelebihan Root

Keupayaan smartphone akan menjadi lebih pantas
Ini adalah perkara pertama yang akan dirasai oleh pengguna sebaik smartphone tersebut selesai proses root. Smartphone akan menjadi lebih pantas berbanding sebelum root.

Boleh delete apps yang tidak digunakan untuk mengurangkan penggunaan RAM
Terdapat pelbagai aplikasi yang kita tidak gunakan yang aktif dalam smartphone kita seperti contoh Chinese Keyboard, Wheater Widget, Yahoo! Finance dan sebagainya. Apps ini hanya membuat RAM kita penuh dan ada diantaranya akan beroperasi secara background. Ini secara tidak langsung membuatkan penggunaan RAM kita akan meningkat. Apps ini boleh dibuang untuk menjimatkan ruang RAM. Secara tidak langsung ia akan membantu menjimatkan sedikit penggunaan bateri.

Dapat delete apps yang melibatkan root seperti Titanium Backup
Apps ini adalah untuk backup segala sistem dan apps di dalam smartphone. Sekiranya berlaku kerosakan pada peranti, maka pengguna boleh restore semula sistem dan apps yang telah di buat backup.

Mengubahsuai ROM, Launcher, Theme dan lain-lain
Pengguna boleh menginstall pelbagai ROM selain dari ROM standard yang dibekalkan oleh pengeluar. Memasang pelbagai theme dan lain-lain lagi.

Kesimpulan
Root memberikan pengguna pelbagai kelebihan kepada pengguna smartphone yang ingin menaiktaraf keupayaan serta memberikan kawalan maksimum terhadap smartphone mereka sendiri. Bagaimanapun sekiranya pengguna telah berasa puas hati dengan smartphone standard mereka, maka proses root tidak digalakkan.


Teknologi Cas Kereta Elektrik Dengan Wireless




Teknologi wireless atau tanpa wayar tentu bukan sesuatu yang asing bagi masyarakat masa kini, apatah lagi ia kini menjadi semakin dekat dengan kita melalui bentuk internet wayarles yang boleh dicapai dengan mudah, tapi bukan internet wayarles yang menjadi fokus di sini, tetapi mengenai kenderaan elektrik. Kenderaan elektrik sebagaimana yang diketahui semakin menjadi kenderaan yang digemari untuk digunakan kerana ia tiada pencemaran dan tidak perlu terlalu sering diservis.

Qualcomm, sebuah syarikat telekomunikasi besar yang berasal dari Amerika Syarikat menghasilkan teknologi caj semula (charging) untuk kenderaan elektrik secara wayarles. Qualcomm memberi nama sistem ini dengan sebutan Inductive Power Transfer (IPT). Cara ia berfungsi adalah dengan memasang sejenis alat di atas tana, dan kereta yang ingin dicaj semula haruslah terletak kira-kira 400mm, oleh itu, mesin penghantar akan mengalirkan tenaga ke mesin penerima yang terdapat dalam kenderaan tersebut, mesin penerima tersebut kemudiannya terus menyambung tenaga ke bateri kenderaan tersebut.


Teknologi yang dipamerkan di event CES ini tentunya semakin memudahkan penggunaan kenderaan elektrik, sebagaimana peranti elektronik lain tanpa perlu dirumitkan dengan kabel lagi. Kini Qualcomm sendiri sedang mengusahakan mesin charger mereka agar tidak terlalu besar dari laptop.

Kita tunggu sahaja nanti melalui peredaran masa. Oleh itu, anda yang memiliki kereta elektrik tentu boleh membelinya nanti.


Teknologi Lif Berputar Untuk Mengangkut Kapal




Terdapat dua cara untuk membawa kapal di antara dua permukaan air yang berbeza. Salah satu kaedah adalah dengan menggunakan kunci, sering ditemui di perairan sungai dan saluran.

Kaedah lain adalah dengan menggunakan lif yang mengangkat badan kapal laut dari satu jalur air ke pusat lain yang berbeza ketinggian. Penggunaan Lif untuk kapal laut memang tidak umum, dan roda Falkirk, berhampiran bandar Falkirk, adalah satu-satunya lif berputar untuk kapal laut yang mengangkat kapal laut dan tak ada duanya di dunia, dan dianggap sebagai landmark dari teknologi kebanggaan Scotland.


Walaupun kelihatan seperti sepotong pemandangan yang dihasilkan komputer, Falkirk Wheel sebenarnya merupakan pengangkutan kapal dari dua saluran yang mempunyai ketinggian berbeza. Ini menjadikannya sebagai salah satu tarikan pelancongan menarik di Scotland.

Projek Millennium Link ini berusaha memulihkan pelayaran melalui Scotland pusat untuk menyambung Forth bersejarah dan saluran Clyde dengan saluran Union yang terpisah jarak sekitar 35 meter. Untuk mengatasi hal ini dibuatlah penyelesaian futuristik mekanik kuno iaitu sebuah boatlift berputar.

Unik di dunia, Falkirk Wheel sebenarnya mempunyai cara kerja yang cukup mudah. Satu perahu memasuki lif di bawah sementara yang lain selepas melakukan perjalanan pada jambatan yang tinggi dari saluran lain memasuki lif atas.

Ketika dua perahu ini dalam kedudukan selamat, kedua-duanya mengalami pertukaran kedudukan. Rotasi pada projek yang menelan belanja 17.5 juta euro ini memerlukan masa tujuh minit.

Perbezaan tahap antara dua saluran adalah 24 meter (79 kaki). Secara kasar sama dengan ketinggian bangunan bertingkat lapan.


Seperti banyak projek Suruhanjaya Millenium, di laman web ini, anda juga boleh mencari kedai-kedai, kafe dan pusat pameran.

Falkirk Wheel Visitor Centre menawarkan perjalanan pelancongan bot selama satu jam, yang disebut The Falkirk Wheel Experience Tour bermula di bawah roda di Forth dan Kanal Clyde, kemudian naik melalui roda ke Kanal Union untuk melawat kawasan berdekatan dan kemudian kembali.

Kos pelancongan perahu 7.95 euro untuk orang dewasa, 4.95 euro untuk anak usia 3-15 (untuk kanak-kanak di bawah umur 3 tahun percuma).

Falkirk Wheel yang berada di Lime Rd, Falkirk, dibuka setiap hari mulai pukul 9.00-18.00 waktu tempatan.


Roda Falkirk berdiameter 35 meter menghubungkan Kanal Forth dan Clyde dengan Union Canal, yang sebelumnya dihubungkan oleh siri sebelas kunci air yang turun dalam lingkungan jarak 1,5 km.Tapi ini telah dibongkar pada tahun 1933, menghalang laluan.

Diputuskan bahawa pelantikan kapal lautlah yang diperlukan untuk menyambung dua saluran air, namun Waterways Inggeris tidak tertarik pada kaedah am lif kapal-kapal laut. Mereka memutuskan untuk membuat landmark struktur abad ke-21 yang dramatik.

Hasilnya – struktur sempurna seimbang yang Roda Falkirk – mengangkat kapal pertama dan. Dengan cara berputar yang pertama di dunia.

Kapal masuk ke salah satu gondola bersama-sama dengan air yang terangkat lalu dimainkan bersama untuk sampai ke sungai yang ada di atasnya. Perahu masukkan salah satu gondola roda dan diturunkan atau dinaikkan, bersama-sama dengan air yang mereka mengapung di, ke baskom di bawah atau di atas. Berat yang sama membolehkan gondola untuk tetap seimbang dengan sempurna, sehingga jumlah tenaga yang diperlukan sangat kecil untuk memainkan Roda.

Roda berputar hingga 180 ° dalam tempoh lima setengah minit menggunakan hanya 1.5 kW, elektrik, jumlah yang sama yang diperlukan bagi mendidih lapan rumah cerek air.

Sebuah reka bentuk yang serupa dari lif kapal telah dicadangkan untuk sebuah saluran baru yang akan berada di sepanjang Marston Vale di Bedfordshire. Lif akan menyambung Grand Union Canal di Milton Keynes dengan Sungai Besar Ouse di Bedford. Juga lihat Jambatan Air Magdeburg di Jerman.




Note: Maaf kalau lidah korang terbelit baca info ni. hahaha


Kisah Qotzman Pahlawan Neraka




Pernah baca Kisah Qotzman Pahlawan Neraka?

Suatu hari satu pertempuran telah berlaku di antara pihak Islam dengan pihak Musyrik. Kedua-dua belah pihak berjuang dengan hebat untuk mengalahkan antara satu sama lain. Tiba saat pertempuran itu diberhentikan seketika dan kedua-dua pihak pulang ke markas masing-masing. Di sana Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat telah berkumpul membincangkan tentang pertempuran yang telah berlaku itu. Peristiwa yang baru mereka alami itu masih terbayang-bayang di ruang mata. Dalam perbincangan itu, mereka begitu kagum dengan salah seorang dari sahabat mereka iaitu, Qotzman. Semasa bertempur dengan musuh, dia kelihatan seperti seekor singa yang lapar membaham mangsanya. Dengan keberaniannya itu, dia telah menjadi buah mulut ketika itu.

"Tidak seorang pun di antara kita yang dapat menandingi kehebatan Qotzman," kata salah seorang sahabat. Mendengar perkataan itu, Rasulullah s.a.w. pun menjawab, "Sebenarnya dia itu adalah golongan penduduk neraka." Para sahabat menjadi hairan mendengar jawapan Rasulullah s.a.w. itu. Bagaimana seorang yang telah berjuang dengan begitu gagah menegakkan Islam boleh masuk dalam neraka. Para sahabat berpandangan antara satu sama lain apabila mendengar jawapan Rasulullah s.a.w. itu. Rasulullah s.a.w. sedar para sahabatnya tidak begitu percaya dengan ceritanya, lantas Baginda s.a.w. berkata, "Semasa Qotzman dan Aktsam keluar ke medan perang bersama-sama, Qotzman telah mengalami luka parah akibat ditikam oleh pihak musuh. Badannya dipenuhi dengan darah. Dengan segera Qotzman meletakkan pedangnya ke atas tanah, manakala mata pedang itu pula dihadapkan ke dadanya. Lalu dia terus membenamkan mata pedang itu ke dalam dadanya."

"Dia melakukan perbuatan itu adalah kerana dia tidak tahan menanggung kesakitan akibat dari luka yang dialaminya. Akhirnya dia mati bukan kerana berlawan dengan musuhnya, tetapi membunuh dirinya sendiri. Melihatkan keadaannya yang parah, ramai orang menyangka yang dia akan masuk syurga. Tetapi dia telah menunjukkan dirinya sebagai penduduk neraka." Menurut Rasulullah s.a.w. lagi, sebelum dia mati, Qotzman ada mengatakan, katanya, "Demi Allah aku berperang bukan kerana agama tetapi hanya sekadar menjaga kehormatan kota Madinah supaya tidak dihancurkan oleh kaum Quraisy. Aku berperang hanyalah untuk membela kehormatan kaumku. Kalau tidak kerana itu, aku tidak akan berperang."

Riwayat ini telah dirawikan oleh Luqman Hakim.

Aku highlight skali lagi ya.
Menurut Rasulullah s.a.w. lagi, sebelum dia mati, Qotzman ada mengatakan, katanya, "Demi Allah aku berperang bukan kerana agama tetapi hanya sekadar menjaga kehormatan kota Madinah supaya tidak dihancurkan oleh kaum Quraisy. Aku berperang hanyalah untuk membela kehormatan kaumku. Kalau tidak kerana itu, aku tidak akan berperang."

Jadi teladan ini ada persamaan dengan Adolf Hitler. Tetapi Hitler bukan Islam, dan dia berperang bukan kerana Islam.

Sebab apa ada persamaan dengan Hitler? korang boleh rujuk pada artikel Kisah Sebenar Adolf Hitler.

Jadi, ambil iktibar la ya.


Torrific Kena Shutdown Dengan SOPA



Pada beberapa minggu yang lalu, pihak FBI telah menutup website Torrific, iaitu sebuah website yang menawarkan perkhidmatan convert link torrent ke direct download kerana serupa dengan perkhidmatan sharing file yang lain.

Gambar sekadar hiasan
(Team Razer yang menentang SOPA)

Walaubagaimanapun, Torrific telah membayar balik kepada pengguna yang membeli premium account melalui Paypal. Nasib baik la pihak Torrific bertanggungjawab orangnya.

Note dari Torrific yang XLAWS dah terjemahkan.
Sila ambil perhatian bahawa torrific telah berhenti beroperasi. Langganan anda melalui Paypal telah dibatalkan. Anda tidak akan dikenakan sekali lagi dalam masa akan datang. Kami sedang memproses bayaran balik kepada pengguna premium pada masa ini. Sila maklumkan kepada kami sekiranya anda tidak menerima bayaran balik kepada pengguna premium sekurang-kurangnya 7 hari di dalam akaun paypal anda.

R.I.P Torrific...


Kisah Sebenar Adolf Hitler



Note: Artikel ini dicopy bulat-bulat dari blog Pemanis Kata. XLAWS cuma kongsi di sini, kerana sungguh menarik perhatian XLAWS.

Penghormatanku kepada lelaki agung, Adolf Hitler, semoga ada sepertinya di zaman ini.


Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Maka aku katakan "Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini dijadikan tajuk?"

Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler.

Aku lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya. Lalu dia bertanya dari mana sumber aku. Aku menjawab sumberku dari TV pastinya.

Lalu dia berkata: "Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu. Pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama. Tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?".

Aku lantas meminta jawapan dari beliau. Beliau menyambung : "Ada dua sebab -

1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.

2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.

Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.


Beliau juga telah meberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua, bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu mennggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau.


Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir.

Hitler bersama Syeikh Amin Al-Husainiy

Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi.


Seorang tentera Nazi melekatkan gambar Mufti Al-Quds

Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara aku untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti. Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku bukan pakar bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet.

Aku juga sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara:

1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.
Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihatnya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran:

(اقتربت الساعة وانشق القمر) Bermaksud: Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah.

Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam.

Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi.

2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar

Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German.

"Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku, bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku"

3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan "Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?"

Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau. Minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas.

Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat.


Bagaimana Pelangi Terbentuk?



Pernah tak? korang mendongak ke langit kemudian berfikir sejenak "cantiknya cuaca hari ni". Jadi, kenapa kita merasakan dunia ini cantik, sudah tentu, ini adalah kerana warna itu adalah penyeri hidup kita. Kalau tak percaya, korang cuba tengok citer zaman hitam putih mesti korang rasa kurang menarik selepas tu bayangkan realiti dunia ini hitam putih, kelam kabut jadinya.

Pertama sekali, Warna itu apa?
Warna hanya wujud bila ada cahaya dan sudah tentu korang kena ada mesin untuk mentafsirkan gelombang cahaya tersebut dan mesin tersebut adalah antara anugerah tuhan yang bernilai, cahaya adalah berbeza-beza ianya adalah kerana setiap cahaya mempunyai gelombangnya yang tersendiri dan setiap individu di atas muka bumi ini bergantung kepada mata dan otak mereka untuk menafsirkan kesemua gelembong cahaya ini dan kita menistilahkannya sebagai warna dan memberi nama kepadanya.

Kedua,bagaimana kita mentafsirkan warna?
Bukan semua gelombang cahaya dapat dikesan oleh manusia, warna yang dapat dikesan oleh manusia adalah terhad dan berlainan daripada kehidupan lain. Oleh kerana perbezaan tersebut, kita mentafsirkan warna tersebut mengikut perspektif dan psikologi kita sendiri. Sebab itu, terdapatnya perbezaan makna warna didalam sesebuah masyarakat dan budaya mereka.

Ketiga, adakah warna dapat mempengaruhi kita?
Warna dapat memainkan peranan terhadap hidup kita kerana warna dapat mempengaruhi kehidupan kita. Setiap warna mempunyai maksud dan auranya tersendiri dan setiap individu memiliki warnanya yang tersendiri, walaubagaimanapun warna ini sentiasa berubah-ubah kerana ianya bergantung kepada keadaan individu itu sendiri. Antara contoh yang Qz boleh berikan ialah:

Merah:
Selalu dikaitkan dengan api, bersemangat berkobar-kobar, yakin, berani dan bertenaga. Warna merah dapat menarik perhatian orang ramai, sebab itu, di majlis keraian, "lady in the red" selalu mendapat perhatian. Warna ini menaikkan estim diri dan menghilangkan perasaan takut dan keresahan. Masyarakat China percaya merah melambangkan nasib baik dan kegembiraan sebab itu semasa tahun baru china mereka memakai warna merah. Warna merah juga boleh dikaitkan dengan keganasan dan perang kerana warna ini ada dikaitkan dengan kejahatan seperti jin ifrit dan syaitan.

Hitam:
selalu dikaitkan dengan kematian, stabil seperti tanah dan neutral seperti air, masyarakat China pada masa dahulu memandang tinggi terhadap warna hitam. Warna hitam dapat mewujudkan perasaan berkuasa dan mempunyai kawalan kerana warna tersebut dapat menaikkan kesan emosi yang terlampau kuat. Pakaian berwarna hitam dapat memberi imej misteri, elegen dan formal serta seksi. Warna hitam adalah bersifat neutral maka ianya boleh digunakan bersama dengan warna-warna lain.

Merah Jambu:
Selalu dikaitkan dengan cinta dan persahabatan, kehalusan dan kemanisan serta kecantikan. Dikaitkan dengan femininity kerana warna pipi wanita apabila malu. Warna ini boleh menenangkan fikiran kerana ianya mengurangkan keagrisifan dan memberi ketenangan hati.

Coklat:
Dikaitkan dengan tanah, kayu dan batu. Memberi imej kestabilan, dipercayai, mesra, simple, kelakian, ketahanan diri, ksihatan dan persahabatan.

Dan banyak lagi la warna.

Cakap pasal warna ni korang pernah terpikir tak bagaimana pelangi terbentuk? mesti korang ada perasaan ingin tahu kan? Jadi, kat bawah ni ada penerangan lanjut mengenai Bagaimana Pelangi Terbentuk.

Fenomena ini pertama kali diterangkan oleh Issac Newton, pada tahun 1672, dihadapan "The Philosophical Transactions of the Royal Society".


Dalam fizik optik, fenomena ini dinamakan "dispersion" dan  "refraction" atau, serakan dan pembiasan. Tahukah anda bahawa warna putih adalah kombinasi daripada 7 warna? Iaitu merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo, dan ungu? Ya. Cahaya putih adalah gabungan dari warna-warna tersebut.

Setiap cahaya mempunyai kelajuan yang berbeza-beza. Apabila cahaya melalui ketumpatan bahan yang berbeza, ia akan terbias dan berubah arah dalam sudut tertentu bergantung kepada kelajuannya.

Dispersion ataupun serakan adalah fenomena apabila gabungan 7 warna tersebut yg membentuk warna putih dipecahkan mengikut kelajuan tunggal warna tersebut. Contohnya, kelajuan tunggal warna merah, kuning dan sebagainya.

Refraction atau pembiasan adalah fonemena perambatan cahaya mengikut kelajuannya.


Mengikut Snell Laws, nisbah antara sin θ sudut tuju dan sinθ pembiasan adalah bersamaan dingan nisbah laju dalam kedua-dua bahan, dan bersamaan dengan nisbah bertentangan dengan indeks pembiasan masing-masing.


Seperti yang dinyatakan tadi, setiap cahaya mempunyai kelajuan tersendiri, ada yang laju dan ada yang perlahan sedikit dari yang lain.

Apabila warna putih masuk ke medium yang lebih tumpat daripada ruang asalannya. Setiap warna akan berubah arah mengikut kelajuan masing-masing. Warna merah akan mempunyai sudut biasan yang rendah kerana mempunyai kelajuan yang lebih tinggi daripada yang lain, diikuti dengan warna jingga yang mempunyai kelajuan yang kurang dari warna merah tetapi labih laju dari warna kuning dan yang lain-lain. Sudut biasan yang paling besar adalah warna ungu kerana ia mempunyai kelajuan yang lebih rendah.



Apabila ia melalui dinding prism yang kedua, ia akan terbias sekali lagi kerana melalui medium ketumpatan yang berbeza.

Fenomena ini sama seperti kita melihat pelangi apabila selepas hujan.



Rumusannya adalah
  • Cahaya putih adalah gabungan dari 7 warna.
  • Setiap cahaya mempunyai kelajuan yang berbeza-beza.
  • Kelajuan yang berbeza-beza mempunya sudut pembiasan yang berbeza.
  • Apabila cahaya putih masuk ke dalam medium yang berbeza ketumpatan, cahaya tunggal tersebut.
  • Akan terserak (dispersion) mengikut halaju cahayanya tersendiri.
  • Maka fenomena pelangi akan terjadi.


Bagaimana Handphone Touch Screen Berfungsi



Salam semua. Hari ni XLAWS nak cerita pula mengenai pasal smartphone terutama pada bahagian skin sentuh "touch screen". Hari ini ramai dah pakai HP Android, iPhone, Blackberry, Galaxy Tab, iPad, dan banyak lagi yang menggunakan applikasi Piezoelectric.




Ramai yang masih tak tahu, macam mana skin sentuh berfungsi?  Tahu sentuh ada la kan?. OK, kita "back to basic", bagaimana sentuhan boleh ditukarkan ke isyarat elektrik dan seterusnya menjadikan skrin sentuh sesuatu yang realiti?

Pada pertengahan kurun ke-18, Carl Linnaeus dan Franz Aepinus mengkaji sifat bahan yang menjana potensi elektrik sebagai tindak balas kepada perubahan suhu. Tapi kajian mereka tidak berjaya. Berbekalkan dengan kajian tersebut, Pierre Curie dan Jacques Curie menkaji hubungan antara mekanikal tekanan terhadap elektrik. Kajian mereka berjaya dan didemonstrasi pada tahun 1880. Apa itu Piezoelectric? Piezoelectric adalah bahan yang mampu menukarkan mekanikal tekanan kepada tenaga elektrik. Contohnya, apabila kita tekan bahan tersebut, ia akan menjanakan kuasa elekterik, dan apabila elektrik dikenakan terhadap bahan tersebut, ia akan menghasilkan sebaliknya.


Nampak kat atas gambar ni? apabila ditekan, meter elektrik bergerak, vice versa apabila dikenakan elektrik terhadap bahan tersebut. 

Apakah bahan Piezoelectric ni?

 Kristal Quartz

Rochelle Salt

Ada banyak lagi, tapi dua bahan ini antara yang popular dan efektif.

Aplikasi Piezoelectric
Aplikasi yang paling popular sekali adalah terhadap gitar elektrik, ia menukarkan gelombang bunyi yang memberi tekanan terhadap bahan piezoelekterik ke isyarat elektrik ke dan diproses ke pembesar suara.


 Budak-budak gitar panggil pickup

Dan aplikasi yang sekarang digilai ramai dan semakin canggih teknologinya, skrin sentuh! skrin sentuh sangat-sangat popular pada telefon bimbit dan tablet. Ianya akan mengesan tekanan terhadap sentuhan dan menukarkan ke isyarat eletrik dan seterusnya memproses isyarat tersebut.


XLAWS pun tak sangka, genius sungguh mereka menggunakan aplikasi Piezoelectric, selama XLAWS belajar, apa yang XLAWS nampak hanyalah untuk smartphone, alat muzik seperti drum elektrik, gitar dan sebagainya.


Perbezaan iPad & iPad 2




iPad (iPad 1) dan iPad 2 merupakan generasi pertama dan kedua dari Apple yang mendominasi tablet sejak 2010. Dengan adanya tablet seperti Motorola Xoom, Galaxy Tab 10.1, Blackberry Playbook, Dell Streak 7, HTC Flyer dan LG Optimus Pad, semua orang ingat produk Apple tersebut akan tergugat di pasaran. Dengan idea cerdik Steve Job, beliau sekali lagi telah melancarkan iPad terbaru iaitu, iPad 2 yang mempunyai design sama seperti iPad pertama. Display pun sama. Tetapi, iPad 2 lebih nipis, ringan, pantas dan banyak fungsi daripada iPad pertama. iPad 2 menggunakan jenama chip terbaru yang dipanggil Apple A5 yang mempunyai ciri-ciri dual core 1GHz processors dan GPU juga digunakan dalam chip tersebut. Sudah tentu lebih bagus dari processor A4. Apple mendakwa "clock speed" Processor A5 adalah dua kali ganda lebih pantas dari A4. iPad 2 juga didatangkan dengan OS baru iaitu iOS 4.3 dan 2 sports kamera, 5MP di depan dan belakang supaya boleh menggunakan fungsi FaceTime video chat. RAM juga ditambah dari 256MB ke 512MB pada iPad 2.

Hardware
  • Rekaan iPad 2 lebih menakjubkan kerana lebih nipis dan ringan, cuma 8.8mm (0.34 inci) nipis dan berat sebanyak 1.33 pound. Ataupun 33% nipis dan 15% ringan dari iPad pertama. Display pula (9.7 inci, resolution 1024x768 pixel dengan teknologi IPS) dan bentuk badan masih sama. iPad 2 juga tahan dari cakaran atau gores.
  • Terdapat 2 kamera 5MP depan dan belakang. Mampu rakam video dengan keupayaan 720p HD. Tiada fungsi flash pada kamera.
  • Processor A5 yang lebih bagus.
  • RAM ditambah ke 512MB.
  • 3G+WiFi

Performance
  • iPad 2 lebih bagus untuk multitasking dengan sokongan processor A5 dan RAM 512MB serta iOS 4.3.
  • "Clock Speed" processor A5 yang lebih pantas dan bagus untuk graphic.
  • Lebih pantas melayari internet kerana Safari telah diupdate dengan Nitro JavaScript serta iOS 4.3. Apabila kedua-dua ini beroperasi, iPad 2 mempunyai 80% prestasi yang cemerlang dan 35% lebih pantas untuk loading web page daripada iPad pertama.

Additional Features
  • HDMI
  • Banyak Apps ditambah

Accessories
  • Smart Cover - Apple memperkenalkan magnetic case untuk iPad 2.
  • Wireless Keyboard - Keyboard nipis yang boleh dihubungkan melalui Bluetooth.
  • iPad 2 Dock



Kenapa Kucing Bergaduh?




Kata orang, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan suami isteri dan tidak terkecuali jugak la lidah kucing atau kucing-kucing sekalian. Lihat kucing berkelahi atau bergaduh itu perkara biasa tetapi pernah tak kita terfikir apa yang menyebabkan terjadinya konfrontasi tersebut?


Asalnya bertikam-tikam lidah macam manusia juga. Kalau manusia ada yang bermulut celupar atau bermulut longkang apatah lagi dari kalangan kucing. Cuma kita je yang tak faham bahasa kucing.


Ejek-mengejek atau gurauan berlebihan. Misalnya memanggil kucing lain dengan panggilan kucing kurap, kucing buangan, kucing kampung dan lain-lain.


Berebut yang betina macam orang jantan jugak. Kalau manusia the best man win tapi dikalangan kucing, the best cat win (win-win situation).


Berselisih faham dengan spesies yang belum pernah ditemui. Misalnya kucing Parsi terjumpa kucing Siam atau kucing bandar terjumpa kucing hutan.


Saje je nak test vokal sape lebih nyaring atau power sebab kucing berkelahi kadangkala bunyinya je lebih (lawan suara sape lebih kuat terlebih dulu) tapi aksi lawan 18-SG nya kurang.


Berebut kawasan jajahan macam perebutan kawasan dalam pilihanraya manusia. Bezanya nak menang mesti bertanding (beradu kuat) terlebih dahulu. Tiada istilah kalah tanpa bertanding atau hilang wang pertaruhan.


Victorinox Melancarkan Pendrive 1TB




Pendrive 1TB yang telah dibangunkan oleh Victorinox telah sedia untuk dipamerkan di CES dan bakal memasuki pasaran tidak lama lagi. Apa yang istimewanya, Pendrive ini mempunyai pelbagai warna dan berbentuk seperti pisau lipat. Pada asalnya memang ada pisau lipat Victorinox ni, tetapi mereka cuma mengubah sedikit supaya nampak lebih cool!.

Pisau lipat Vitorinox sebenar

Victorinox juga menggunakan SSD yang berkapasiti sehingga 1TB dan mempunyai transfer rate yang sangat laju 3 kali ganda lebih cepat dari pendrive biasa. Ia juga disokong oleh eSATA dan USB 3.0. Harganya pula masih belum diketahui dan pastinya tidak murah!.

Mereka tukarkan menjadi Pendrive Victorinox SSD 1TB!


OCZ Chiron: SATA SSD Berkapasiti Besar & Terpantas Di Dunia



OCZ telah banyak menarik minat para pengguna di CES 2012. Oleh itu banyak produk SSD lain kurang dipandang. SATA SSD tersebut dipanggil Chiron.

Chiron mendakwa SATA SSD paling pantas dan berkapasiti besar yang pernah wujud dan mempunyai bentuk yang besar. Kapasiti Chiron ini boleh didapati sehingga 4TB! dan mempunyai transfer rate sehingga 560MB per saat. Harga masih belum diketahui lagi.



Blog Fansub XLAWS

J-Rock | J-Pop | Visual-Kei Fansub
 
Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Edited By XLAWS