Manga Talk: Ben-to Zero Road To Witch




Apa Khabar? Sebelum ni Qz telah perkenalkan Anime bertajuk Ben-To, jadi untuk kali ini, Qz nak perkenalkan pula manga “Ben-To Zero; Road to Witch”. Di sini Qz nak jelaskan, di dalam manga ‘Ben-to Zero; Road to Witch’ adalah mengenai sejarah Sen Yarizu iaitu bagaimana Sen menyertai kelab “Half Priced Food Lovers Club”.

Selain itu, satu watak baru diperkenalkan iaitu Mikoto Uzu, dimana Uzu adalah “Wolf” dan dikenali sebagai “Wolfs Bane” dan juga kenalan kepada “Wizard”. "Half Priced Bento Is Our Pride" adalah moto yang digunakan oleh "Wolves", pembaca pun sudah boleh faham, mereka bukan main-main atau mahu berlawan untuk kepuasan semata atau mahu mengenyangkan perut tetapi ianya adalah maruah mereka sebagai seorang yang bergelar "Wolves".

Di dalam manga “Ben-To Zero; Road to Witch” juga akan menjelaskan peraturan, maksud “Dog”, “Wolves” dan “Pig” serta sedikit sebanyak sejarah “Bento Brawl”. Qz kalau boleh nak jelaskan makna-makna dan peraturan yang ada dalam "Ben-to Brawl" tetapi nanti jadi "spoiler" la pulak.

Manga ini keseluruhannya ada 5 chapter, jalan cerita ditulis oleh Asaura dan diilustasi oleh Kaito Shibano.
So layan!
P/S: Qz sekarang akan tukar Anime Review dan Manga Review kepada Manga Talk dan Anime Talk.


We Appreciate Your Comments

0 Respones to "Manga Talk: Ben-to Zero Road To Witch"

Post a Comment

Blog Fansub XLAWS

J-Rock | J-Pop | Visual-Kei Fansub
 
Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Edited By XLAWS