FLAC Dan Perbezaan MP3 VBR/ABR/CBR




Lagu/single/album yang kita download kebanyakkannya menggunakan format CBR. Tak percaya cuba check sendiri. Secara majoritinya ramai orang lebih gemar menggunakan VBR kerana selain membuat audionya terasa HD/asli, sizenya juga tidak terlalu besar. Korang ingat MP3 hanya MP3 je ke? Sebenarnya MP3 terbahagi kepada 3 iaitu CBR, ABR dan VBR. Setiap format ni mempunyai kelebihan masing-masing dari segi kualiti audio dan sizenya. Di sini XLAWS ingin terangkan mengenai tentang ketiga-tiga jenis audio yang mempunyai format ABR/CBR/VBR dengan apa yang XLAWS paham sendiri.

Tapi sebelum tu XLAWS nak terangkan dari mana munculnya sumber MP3 ni.

Free Lossless Audio Codec (FLAC)
Adalah format fail untuk memampatkan data audio lossless. Maksudnya audio lossless ni orang tak edit apa-apa selepas pengeluarannya. Sama macam RAW. Satu rakaman digital boleh di compress ke dalam format FLAC sehingga sizenya menjadi lebih kecil dan boleh dikembalikan sizenya pada asal semula. Secara puratanya, FLAC boleh kecilkan sehingga 53% dari saiz asalnya.

Software FLAC ialah open source, jadi korang boleh download secara percuma je.
http://flac.sourceforge.net/download.html

FLAC banyak digunakan untuk mengedarkan bootleg rakaman konsert dan lebih disukai oleh pencinta audio kerana kualitinya lebih bagus daripada MP3.

Oleh kerana size FLAC ini terlalu besar, maka mereka pun encode ke MP3 untuk menjimatkan lagi ruang di HDD mereka.

Dari segi kualiti, secara amnya VBR > ABR > CBR
Dari segi size, secara amnya (Besar - Kecil) CBR > ABR > VBR

VBR (Variable Bit Rate)
Kelebihan VBR dapat membuatkan audio lebih jelas berbanding CBR dengan menggunakan data yang sama. Bit yang terkandung dalam VBR lebih fleksibel untuk memproses audio dengan lebih tepat. Biasanya lagu yang mempunyai alunan yang rendah seperti genre jazz menggunakan sedikit bit dan banyak bit akan digunakan sekiranya terdapat bunyi yang sukar seperti genre power metal, rock dan sebagainya.

Dalam setiap lagu mesti banyak alunan bunyi seperti vokal, guitar, drum, tinggi dan rendah yang berbeza kan? dengan menggunakan format VBR ni akan dapat menyesuaikan bit dari nada-nada tersebut sehingga alunan nada tadi jadi semakin jelas didengari.

CBR (Constant Bit Rate)
Kalau menggunakan CBR nada dari setiap bit akan tetap sama. Kalau ada lagu part kuat dan slow pun bitnya tetap sama. Tetapi bunyinya masih bagus tapi tak sejelas seperti VBR.

ABR (Average Bit Rate)
Sifat ABR hampir sama dengan VBR, ada bit tinggi dan rendah tetapi bitnya tidak fleksibel. ABR jarang digunakan kerana tidak sebagus CBR dan VBR.

Untuk mengetahui perbezaannya korang guna la headphone/earphone untuk menilai sendiri kualiti audionya.

Note: Kalau ada info yang tertinggal atau tersalah tolong tegur XLAWS ye nanti akan di updatekan :)


We Appreciate Your Comments

3 Respones to "FLAC Dan Perbezaan MP3 VBR/ABR/CBR"

Anonymous said...

awesome blog :)


December 11, 2011 at 1:16 PM
XLAWS said...

budak2 yg belaja pasal audio kene wajib tahu pasal ni ^^


December 14, 2011 at 10:14 AM

Post a Comment

Blog Fansub XLAWS

J-Rock | J-Pop | Visual-Kei Fansub
 
Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Edited By XLAWS