Cara Reseed Torrent Kembali



Biasanya kalau korang dah habis download dari torrent mesti ada yang tidak mahu reseed balik file tu, ataupun terdelete pula file .torrent dalam software tersebut. Jangan jadi macam tu, kalau boleh kita reseed kembali apa yang dah kita download. Ya, semakin banyak seeder, semakin cepat kita download. Jangan jadi leecher, dah download lepas tu tak nak seed balik. Cuba bayangkan kalau korang nak download sesuatu file ni, katakanlah file tu memang ada satu je kat dunia ni, contohnya, movie/software/album kegemaran korang tapi file tu seedernya sikit gila. Apa perasaan korang? mesti bengang kan?.

Mungkin tu torrent public, tiada rules untuk reseed balik. Tapi contoh kalau torrent private macam Jpopsuki lagi la masalah kalau korang jadi leecher. Selepas download wajib kena reseed balik untuk meningkatkan ratio/reputasi. Seeding ni kira upload juga. Kalau tak reseed memang dicop "restricted" user la jawapnya. Satu file pun tak dapat nak download sehingga korang upload balik size GB yang diminta. (XLAWS kena macam ni la...)

Tutorial ni khas untuk kepada sesiapa yang terdelete .torrent dan nak reseed balik file tu.

Untuk tutorial ni XLAWS gunakan uTorrent v3.1

Pertama sekali pilih Add Torrent.


Selepas itu, pilih file .torrent yang korang nak reseed balik. Kalau korang terdelete, download la kat websitenya balik.


Tekan button "..."


Pilih file yang korang nak reseed tadi.


Proses checking file sedang berjalan.


Berjaya reseed file. Mudah kan? ^_^




We Appreciate Your Comments

1 Respones to "Cara Reseed Torrent Kembali"

Post a Comment

Blog Fansub XLAWS

J-Rock | J-Pop | Visual-Kei Fansub
 
Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Edited By XLAWS