Anime Talk: AnoHana + Spice and Wolf + Shana



Ohayo, Dengki desu ka?  Untuk kali ini Qz nak rekomenkan kepada pembaca 3 anime iaitu Ano Hi Mita Hana no Namae o Bokutachi wa Mada Shiranai ,Spice and Wolf dan Shakugan no Shana

Ano Hi Mita Hana no Namae o Bokutachi wa Mada Shiranai 

 
あの日見た花の名前を僕達はまだ知らない, ("We Still Don't Know the Name of the Flower We Saw That Day") atau dalam bahasa ("Kita masih tidak tahu nama bunga yang kita lihat pada hari itu") memang panjangkan nama anime ini. Anime ini memang Qz layan sampai habis, penamat anime ini yang paling Qz layan, XLAWS pun nak nanges layan anime ini, jadi apa yang hebat sangat anime ini, pembaca kena layan dulu baru tahu. Ok, anime ini kisahnya begini, Jinta and the Geng kena tunaikan permintaan Menma iaitu kawan mereka yang telah meninggal dunia akibat kemalangan sewaktu kecil dulu, demi memenuhi permintaan Menma, Jinta and the Geng atau kumpulannya yang dikenali sebagai "Super Peace Busters" sekali lagi berkerjasama mencari jalan bagaimana mereka dapat membantu Menma setelah berpecah kerana tidak dapat menerima kenyataan terhadap kematian Menma, pelbagai cabaran dihadapi termasuk mendapat tentangan daripada ibu bapa Menma sendiri. Dalam pada masa yang sama, kisah silam mereka akan diungkap, dan segala-galanya menjadi semakin jelas. Walaubagaimanapun, penonton tidak akan mendapat penjelasan mengenai pekara ghaib iaitu bagaimana Menma boleh muncul semula sedangkan Menma dah meninggal dunia, selain itu, Menma boleh makan dan menyentuh objek. Anime "Kita masih tidak tahu nama bunga yang kita lihat pada hari itu" mengandungi 11 epidose kesemuanya.

Apa yang Qz dapat daripada anime ini ialah untuk menghadapi hakikat kehilangan orang yang tersayang, tidak kiralah kawan atau orang yang dicintai, ianya bukan suatu pekara yang mudah, perasaan "kehilangan" tidak mengenal umur, malah kesannya pada individual adalah berbeza-beza, kebiasaanya, orang dewasa adalah lebih cepat menerima hakikat "kehilangan" namun ianya berbeza dengan kanak-kanak, mereka lebih sukar untuk berhadapan dengan pergolakan emosi dan ianya boleh menjejaskan mentaliti psikologi kanak-kanak tersebut. Apa-apa pun ingin mengatakan anime adalah contoh terbaik menunjukkan orginaliti kerana pengalaman Qz, tidak pernah Qz mengangis bila menonton anime. 


Ōkami to Koshinryo

狼と香辛料, ("Wolf and Spice") atau ("Serigala dan Rempah"). Anime ini agak susah sedikit nak direkomenkan, jadi terpulang kepada penonton untuk buat keputusan, anime ini mengisahkan Kraft Lawrence yang berumur 25 tahun dan merupakan saudagar pengembara yang suka membuat keuntungan demi membuka kedainya sendiri, setelah 7 tahun mengembara perjalanannya menjadi menarik selepas Horo (serigala) iaitu Dewi Pagan yang comel dan mempunyai susuk tubuh seperti manusia perempuan yang berusia 15 tahun tetapi sebenarnya berusia 600 tahun menemani Lawrence setelah membuat perjanjian. Anime ini berlatar belakangkan zaman pertengahan eropah dan sudah tentu musuh utama mereka adalah pihak gereja. Anime ini mengandungi 2 season setakat ini, season pertama ada 13 episode dan season 2 ada 12 episode.

Anime ini boleh dikatakan senang untuk diikuti, cuma anime ni banyak cakap, adalah amat penting korang fokuskan 100% kepada watak-watak dan dialog, kalau tidak boleh menyebabkan kebosanan kepada penggemar action ataupun mecha, ataupun mungkin sebab korang dah bosan dengan mainstream (shounen), maka rempah dan serigala adalah calon pilihan anda.


Shakugan no Shana

灼眼のシャナ, (" Burning-Eyed Shana") atau Shana, Anime ini Qz rekomenkan sebab perkembangan cerita anime ini yang  menarik, dimana penonton dapat mengikut rentak dan boleh faham. Anime ini mengisahkan Yuji yang merupakan "Tourch" yang istimewa yang dikenali sebagai "Mystes" yang memiliki "Reiji Maigo" serta Shana yang dikenali sebagai "Flame-haired Blazing-eyed Hunter" yang merupakan salah seorang daipada "Flame Haze" yang memburu "Tomogara". Anime ini mengandungi 3 season , season 1 mengandungi 24 episode, season 2 juga mengandungi 24 episode dan season finale masih ongoing.

Cuba bayangkan kehidupan seharian anda berubah, lebih teruk lagi anda adalah "copy" dan bukannya "original", inilah yang dihadapi oleh Yuji. Yuji dicampak ke dalam kekacauan dan konflik yang tidak dapat dilihat oleh manusia biasa. Perubahan plot yang semakin menarik dari season 1 ke season 2 dan seterusnya, sememangnya tidak mengecewakan. Malah, anime sendiri adalah populor, so layan la! apa lagi.

P/S: Qz beritahu awal-awak kepada pembaca, jalan cerita anime ini mungkin akan membosankan kepada pengemar anime yang bergenrekan aksi kerana anime ini lebih kepada kemanusian dalam erti kata lain banyak melibatkan emosi.


We Appreciate Your Comments

0 Respones to "Anime Talk: AnoHana + Spice and Wolf + Shana"

Post a Comment

Blog Fansub XLAWS

J-Rock | J-Pop | Visual-Kei Fansub
 
Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Edited By XLAWS