Impian Vs. Matlamat X Cita-Cita




Masa kat sekolah rendah dulu ingat tak? Ingat lagi tak pasal time Cikgu tanya soalan "Bila dah besar nak jadi apa?", jadi macam-macam la jawapannya, ada yang nak jadi pilot, ada yang nak jadi jutawan, kalau qz lak, qz tak pernah terfikir lak nak jadi apa, ye la mana la kita tau kan, masa tu kecik lagi, selepas tu, dah cikgu tanya, qz pun mula buat kajian, selidik punya selidik , akhirnya macam-macam la yang qz dapat...

Apakah yang dimaksudkan dengan Cita-Cita?


Apalah gunanya hidup ini tanpa cita-cita, ianya adalah satu tujuan hidup, ianya adalah kehendak kita, sesuatu yang ingin kita capai dalam realiti ini, yang kekuatannya datang daripada perasaan untuk merealisasikanya dengan penuh kesungguhan, ianya adalah titik pola di tengah-tengah kehidupan, berpaksi kepadanya, jika kita menginkan sesuatu maka ke arah itulah kita tuju.

Apakah yang dimaksudkan dengan Matlamat?

 

Matlamat mestilah boleh diukur, boleh dicapai serta realistik, dan mempunyai tempoh masa, dalam erti kata lain, Matlamat ialah keinginan yang dirancang dan mempunyai strategi, ianya merangkumi keewangan, pendidikan, pembangunan diri, pekerjaan, keluarga, hal peribadi, kesihatan dan minda serta ianya boleh berbentuk rohaniah atau material. Selalunya Matlamat digunakan untuk menentukan arah hala tuju hidup kita malah ianya selalu digunakan oleh motivator. Matlamat akhirnya akan menjadikan kehidupan kita menjadi lebih baik, kita ada arah panduan, bukannya berjalan tanpa arah tuju dan di penghujung jalan pasti ada kemenangan.

Apakah yang dimaksudkan dengan impian?


Ada yang mengatakan impian adalah satu aura yang mendorong manusia, impian adalah puncak dalam kehidupan yang hanya boleh dicapai dengan mengagahkan diri dalam merealisasikannya. Ianya bermula dengan apa yang kita impikan dan ianya berubah mengikut kemahuan kita. Impian manusia ada yang logik dan ada juga yang dianggap tidak masuk akal, contohnya keinginan manusia untuk terbang, ianya adalah satu impian yang mustahil, namun manusia membuktikan impian mereka untuk terbang boleh direalisasikan walaupun ianya hanyalah satu harapan dan keinginan, manusia telah berjaya membuktikan ianya bukan sekadar angan-angan sahaja. Impian menjadikan kehidupan kita lebih bermakna apatah lagi jika kita berjaya merealisasikannya, sudah tentu kita teruja dan bangga dengan pencapaian sendiri.

Apa yang perlu anda buat ialah:


Buat sebuah buku, tajuknya adalah sama tajuk diatas atau ikut suka nak letak apa, kat dalam tu tulis Cita-cita, Matlamat dan Impian, kemudian senaraikan, masa tu tanya diri sendiri bagaimana mahu merealisasikannya dan bila akan tercapai selepas itu tetapkan bila nak mulakan dan jayakannya serta yang paling penting siapa yang akan jadi benefactor.

Seterusnya apa pula:

Sekarang ambil buku tersebut, baca setiap hari, luangkan masa, kalau ada rasa macam nak edit balik pun boleh cuma jangan selalu, kemudian gambarkan kalau rajin tampal gambar sekali, kemudian bayangkan, sekejap je tak lama pun,akhirnya kini yang tinggal ialah menghadapi rintangan dan berusaha dengan penuh keazaman, buat sekadar yang mampu.

Selepas itu:

Jika kita dah berusaha dan berazam serta mencuba, dalam menghadapi rintangan tersebut, yang paling penting, meminta pertolongan Allah S.W.T, mohon diberi petunjuk, dimudahkan pekerjaan yang ingin dikerjakan dan pinta akan keredhaannya.

Kemudian qz kaji lagi, kalau kita tak de matlamat, cita-cita dan impian, macam mana pula?

Jadi, antara pandangan yang paling dasyhat ialah mereka yang tiada matlamat adalah orang yang telah mati sebelum datang ajalnya, tapi qz rasa pelik sedangkan orang yang dah mati itu juga ada cita-cita, eh, bagaimana pulak tu?. Yang itu, lain kali qz cerita. :)

Note: Yang semua ni qz compilekan je daripada banyak-banyak tu, pendekkan malas cerita panjang-panjang.



We Appreciate Your Comments

2 Respones to "Impian Vs. Matlamat X Cita-Cita"

XLAWS said...

perghh terbaik la motivasi QZ nie. :)


November 18, 2011 at 8:44 PM
Qz said...

hidup kena ada motivasi kalu tak boring
x de nilai index boleh digunakan untuk pencapaian...
apa yg aku mengarut ni...


November 21, 2011 at 9:43 PM

Post a Comment

Blog Fansub XLAWS

J-Rock | J-Pop | Visual-Kei Fansub
 
Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Edited By XLAWS