Harian Metro: Pantau Elemen Negatif Program Animasi




Oleh NORAINON OTHMAN

KUALA LUMPUR: Menontonnya dianggap mampu membantu melegakan tekanan dan menghiburkan hati. Tidak sekadar hiburan ringan dan dekat di hati si cilik, rancangan animasi di televisyen mungkin medium paling mudah menyalurkan pengaruh negatif kepada golongan yang masih mentah itu.

Penggunaan perkataan kasar, lucah, perangai tidak baik, jalan cerita mengarut dan tidak bersesuaian dengan norma masyarakat kita yang dipaparkan dalam rancangan kartun sering menjadi bahan tontonan kanak-kanak yang belum bijak menilai.

Menghitung bahan animasi di pasaran, kebanyakan produk dibawa masuk dari Jepun, selain Amerika Syarikat dan sedikit keluaran anak tempatan.

Sekadar memberi beberapa contoh, Doraemon, Hagemaru, Dora The Explorer, Spongebob Squarepants dan Catdog antara contoh siri kartun di televisyen yang mendapat tempat di hati kanak-kanak di negara ini.

Biarpun sejak kebelakangan ini animasi tempatan, Upin dan Ipin dan terbaru, Saladin, berjaya mencuri ruang di tengah kebanjiran animasi Jepun, pengaruh animasi dari negara matahari terbit itu banyak mempengaruhi jiwa dan minda kanak-kanak.

Perkataan 'tak guna' paling kerap digunakan ketika marah atau memaki selain '*****' dan 'kurang ajar'. Perkataan kurang manis itu ada kalanya diucapkan berulang kali, kemudian menjadi ikutan kanak-kanak.

Pengharaman siri animasi Pokemon dan segala jenis permainannya di Arab Saudi, misalnya menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena dengan siri itu. Ia dikatakan mengandungi unsur zionisme dan perjudian.

Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia, Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, kanak-kanak ialah golongan sasaran rancangan animasi.

Katanya, jika bahan tidak bermutu daripada kartun iaitu hiburan paling dekat dengan jiwa kanak-kanak sering menjadi hidangan mata dan telinga mereka, sudah tentu elemen negatif itu mudah meresap dalam jiwa dan menjadi ikutan.

"Kalau kita lihat, rancangan animasi Jepun biasanya diterjemah ke dalam bahasa Malaysia. Dalam soal ini, pihak stesen televisyen yang menyiarkan rancangan itu mempunyai pilihan untuk tidak mengikut bulat-bulat perkataan sebenar yang dituturkan oleh watak dalam animasi berkenaan.

"Perkataan bersesuaian wajar dipilih menggantikan perkataan kesat yang disebut, selain memaparkan mesej atau nilai baik untuk menjadi contoh dan ikutan kepada kanak-kanak," katanya.

Menurutnya, pihak stesen televisyen harus peka mengenai perkara itu kerana mereka turut bersama memikul tanggungjawab memberi mesej baik kepada penonton, terutama kanak-kanak.

Paling penting, stesen televisyen perlu mempunyai pihak yang bertanggungjawab menapis isi kandungan dalam rancangan animasi yang akan ditayangkan.

"Rancangan kartun disiarkan stesen televisyen ada cerita yang baik dan tidak baik. Siri kartun seperti Sin Chan dan Hagemaru misalnya, banyak memaparkan elemen negatif daripada segi perkataan mahupun perbuatan. Oleh itu, ibu bapa perlu membuat pemantauan dengan memberi panduan kepada anak mereka ketika menonton televisyen.

"Nilai tidak baik dalam rancangan animasi mudah melekat dalam fikiran kanak-kanak. Bahan kartun import yang mempunyai banyak elemen negatif tidak sepatutnya dipilih untuk tayangan kerana boleh merosakkan minda kanak-kanak.

"Ada juga kartun import yang kurang sesuai ditonton disebabkan memaparkan nilai norma bertentangan dengan masyarakat kita, walaupun mungkin biasa bagi mereka.

"Animasi Jepun juga didapati banyak memaparkan unsur keganasan, pergaduhan dan perkataan dua makna dengan satu daripadanya membawa maksud lucah. Jika tidak dipantau, dikhuatiri kanak-kanak yang menonton mendapat mesej tidak baik," katanya.

Beliau berkata, produk animasi tertentu menjadi pilihan untuk ditayangkan oleh stesen televisyen mungkin disebabkan kosnya lebih murah.

"Kerajaan perlu membuat satu dasar memastikan apa juga bahan untuk siaran televisyen mempunyai unsur pengajaran iaitu nilai murni, bahasa dan mesej yang baik kerana dapat membantu perkembangan sihat pemikiran kanak-kanak," katanya.

Patutlah dah makin kurang rancangan anime kat TV di Malaysia @_@



We Appreciate Your Comments

6 Respones to "Harian Metro: Pantau Elemen Negatif Program Animasi"

Qz said...

aku rasa nak gelak habis bila dia org cuba kondemkan animasi jepun (hahahhahahaha) mmg rasa nak pecah perut aku dibuatnya...

aku rasa cam nak buat ulasan la pulak...

point aku: apa gunanya parent??


November 24, 2011 at 8:44 PM
Qz said...

p/s: haruhi pun geleng kepala


November 24, 2011 at 8:49 PM
Anonymous said...

ape pon xbley.. stesen pn kne bijak.. jgn amek siri anime ikot top rated je.. tgk dlu.. mostly skang anime de yang mmg dibuat khas untuk matured view..tp de jgk yang dibuat untuk kanak2.. pilih la yang untuk tayangan keluarga..


December 8, 2011 at 2:34 PM
XLAWS said...

Skang nie dorang terus bannned anime tnpa menilai dulu.. dorang da start beri pandangan negatif kat anime. mcm anime=hentai. @_@


December 14, 2011 at 10:23 AM
Kira said...

Macam m'sia nyer citer xder benda2 negatif lax...
mcm klip 3gp..


January 17, 2012 at 5:33 PM
nokun said...

kalau ada yg banned anime,aq sendiri blasah ketua stesen tv tu...anime lebih baik dari siri kartun barat....Boycott West bring in east....Asia untuk Asia


September 7, 2014 at 12:08 PM

Post a Comment

Blog Fansub XLAWS

J-Rock | J-Pop | Visual-Kei Fansub
 
Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Edited By XLAWS