Anime Review: Ben-To & Kodomo No Jikan




Ohayo, Dengki desu ka? kali ini Qz nak rekomenkan kepada pembaca sekalian, anime untuk kita layan, tajuk anime yang Qz nak perkenalkan ialah Ben-To dan Kodomo No Jikan, yup, Pertama sekali Qz nak cakap mengenai anime “Ben-To”! Peminat anime pastinya sudah tahu, salah satu daripada culture mereka yang selalu ada dalam anime mereka ialah Bento!  

Siapa sangka, Bento juga boleh dijadikan sebagai  tema dan jalan cerita tersebut, namun, ini bukan kali pertama makanan menjadi tema, contohnya Toriko.  Di dalam pasaran anime, genre aksi sentiasa mendapat sambutan namun mempunyai persaingan sengit untuk mendapatkan kedudukkan dalam carta termasuk cerita anime Bleach dan One Piece,  jadi Qz harapkan Ben-To mendapat sambutan dan berjaya membawa kelainan.

Mula-mula, Qz nak cerita sikit mengenai Bento,  Bento merupakan makanan yang dibungkus dan ianya mudah didapati dimana-mana sahaja di jepun, bento boleh dihasilkan dengan sendiri atau membelinya sahaja. Bento biasanya disusun dan dihias dengan pelbagai gaya dan mempunyai bentuk yang menarik, kadang kala pertandingan menghasilkan bento diadakan.


Ben-To adalah anime yang bergenre  aksi, watak utamanya adalah Sato Yo yang merupakan pelajar sekolah  dan merupakan salah seorang ahli di dalam kelab “Half Priced Food Lovers Club”, Sato adalah “Wolf” sejati  malah “Wizard” telah menerima Sato sebagai “Wolf” dan bukannya “Dog”, Sato kemudiannya  mendapat  nama panggilan iaitu “Hentai”.  Bersama-sama dengan ahli kelab yang lain, Sato melibatkan diri di dalam “Bento Brawl”.  Pada mulanya, Sato Yo melibatkan diri dalam “Bento Brawl” demi jimatkan duit namun selepas berjumpa dengan Sen Yarizui, Sato mula memahami perasaan sebagai  “Wolf”. 


Sen adalah ketua kelab  “Half Priced Food Lovers Club” dan merupakan “Wolf” yang dikenali ramai serta merupakan antara “Wolf” yang terkuat dan mendapat panggilan “Ice Witch”, namun itu tidak bermaksud personalitinya adalah dingin, Sen adalah ahli kelab paling lama di dalam “Half Priced Food Lovers Club” serta merupakan penganti “Wizard”.  “Wizard” merupakan bekas pelajar dan bekas ketua kelab “Half Priced Food Lovers Club”.

Apa yang boleh katakan pasal anime ialah Ben-to adalah satu seni dan mempunyai falsafah yang tersendiri, memberi kelainan daripada anime mainstream yang lain, anime ini mudah diikuti dan relaks, berserta dengan gabungan karakter yang unik dan gaya perlawanan yang menakjubkan, anime ini berjaya menarik minat Qz. Cuba bayangkan, bagi orang ramai ianya adalah suatu pekara yang bodoh, bertarung untuk mendapatkan makanan separuh harga, namun bagi "wolf" ianya adalah satu kepuasaan dalam menikmati makanan kegemaran mereka setelah bertarung bersungguh-sungguh. Qz juga sukakan lagu opening anime ini.


Seterusnya, Kodomo No Jikan! Pertama sekali, Qz nak cakap  “There is many type of love; some might fall with a lot of people, a journey from another to another, learning the way of live, understanding the meaning to be loved by others before finding their true love however there is also who are granted to be together with their first love, accepting and fighting, love and hate, sharing the memory together until they succeed in their very own way of choice of life”.  


Kodomo No Jikan adalah mengenai Aoki yang merupakan watak utama dalam melayan kerenah pelajar-pelajarnya dan bagaimana Aoki mengahadapi setiap halangan yang dihadapinya dalam mengajar kanak-kanak dan sentiasa dibantu oleh anak muridnya iaitu Rin. Aoki yang berumur 23 tahun dan mengajar di sekolah rendah adalah seorang guru yang komited terhadap pekerjaannya manakala Rin berumur 9 tahun adalah pelajar sekolah rendah dan telah jatuh cinta terhadap Aoki iaitu gurunya, Rin mempunyai sejarah pahit dan Aoki telah menyelamatkan Rin setiap kali timbulnya masalah di dalam kehidupan Rin. 

Kodomo No Jikan telah menimbulkan  isu kontroversi kerana kandungan dan tema serta jalan cerita yang digunakan, malah beberapa buah negara telah menghalang pengeluarannya kerana isu moral. Namun, Qz berpendapat kita harus berfirikan terbuka sebelum membuat keputusan kerana mesej yang terdapat didalam anime ini adalah realiti yang berlaku pada masa kini.

Sampai di sini sahaja, Qz harap dapat membantu pembaca untuk membuat pilihan dalam memilih anime yang ingin dilayan untuk minggu ini, jadi Qz akan terus merekomenkan lebih banyak manga dan anime di masa akan datang.




Apa Itu Hi10P?




Dulu XLAWS ada menceritakan tentang Proses Fansub. Sekarang ni banyak fansub anime yang menggunakan Hi10P. Tapi korang tahu ke apa benda Hi10P tu? OK, XLAWS akan terangkan pasal ni dengan jelas mengikut pengetahuan XLAWS sendiri OK.

Hi10P (High 10 Profile) sama seperti H.264 yang menggunakan maklumat 10-bit. 10-bit adalah versi yang lebih baik berbanding 8-bit. Bit yang dimaksudkan tersebut adalah bit-depth, boleh juga dikatakan kualiti video. Tak paham? ala sama je macam Windows 32-bit dengan 64-bit yang mempunyai kualiti dan prestasi yang berbeza. Windows 64-bit kan lebih bagus dari 32-bit, begitu juga di video. Versi 10-bit jauh lebih bagus dari 8-bit. Kalau korang perasan anime/movie/pv/mv yang korang download sebelum ni tu semua versi 8-bit. Imej di bawah ni pula menunjukkan perbezaan  kedua-duanya.


Apa yang bagusnya adalah kualiti warna yang lebih cantik atau kaya dengan warna dan kurang "Banding" (Sesuatu yang tidak elok untuk video, lebih kurang macam "gradient". pengguna Photoshop mesti tau pasal ni. Biasanya banyak terdapat di video 8-bit). Biasanya, saiz encode Hi10P lebih kecil dari 8-bit walaupun dari pelbagai sumber dan resolusi.

"Banding" (Colour Banding)
Banding adalah masalah warna yang tidak tepat yang dipaparkan dalam grafik komputer. Lebih kurang macam gradient, lihat contoh di bawah. Mesti korang biasa nampak kan? Hi10P boleh selesaikan masalah ini.



Masalah video menjadi hijau apabila dimainkan?
Pernah terjadi macam imej di bawah ini?


Itu tandanya korang sedang menggunakan video Hi10P dan video player korang masih tak support untuk memainkan video tersebut. Video player yang support Hi10P sekarang ini adalah.

Windows
VLC Nightlies
MPC HC

Kalau korang tak tahu nak install MPC HC sila rujuk sini.
http://xlawsmusicsekai.blogspot.com/p/how-to-install-mpc-hc.html

Pengguna MAC OSX
VLC Nightlies
MPlayer OSX Extended

Linux
VLC Nightlies

Kelebihan dan kekurangan Hi10P
Kelebihan
  • Saiz yang lebih kecil.
  • Kualiti warna yang lebih cantik.
  • Kurang isu "Banding".
  • Lebih cantik di kawasan gelap.

Kekurangan
  • Proses encode yang makin lembap
  • Masih tak support banyak device seperti PS3, Xbox, Android, ipad, MP4 dan sebagainya.

Ni pula perbezaan antara anime 8-bit dengan Hi10P (10-bit). Sumber dari DVD ISO.

8-Bit
Kalau korang perasan ada masalah "Banding" kat gambar atas ni.

10-Bit
"Banding" Fixed!


Harian Metro: Pikat Gadis Animasi Hingga Ke Ranjang



Hye ^_^ wanna play Eroge? :3


SEREMBAN: ‘Kegilaan’ remaja lelaki termasuk pelajar sekolah terhadap permainan komputer lucah menerusi cakera padat (CD) perisian komputer dan cakera video digital (DVD) menawarkan pengalaman sebagai pelakon untuk ‘memancing’ watak gadis animasi sehingga tahap melakukan hubungan seks di alam maya, kini membimbangkan.

Difahamkan, pemain perlu menempuh beberapa peringkat sama seperti kehidupan seorang lelaki di alam nyata, antaranya merangkumi proses mengurat gadis maya idaman bermula sesi temu janji (dating) hingga datang ke rumah untuk mengambil hati kedua-dua ibu bapa teman wanitanya itu. Sejurus semua peringkat itu diselesaikan, pemain akan diberi peluang untuk mengakhirinya di ranjang bersama gadis berkenaan yang menayangkan susuk tubuh bogel dan menggiurkan.

Perkara itu dibongkar Bahagian Kawalan Filem dan Penguatkuasaan (BKF) Kementerian Dalam Negeri (KDN) Negeri Sembilan yang merampas puluhan bahan haram terbabit di sebuah premis menjual peralatan komputer di pusat beli-belah Terminal One di sini, pada 8 Mac lalu.

Ketua Cawangannya, Zainal Abidin Othman, berkata serbuan dilakukan hasil risikan pihaknya berhubung kewujudan permainan lucah yang dijual secara terbuka dengan harga RM15 sekeping.

“Hasil pemeriksaan merampas 25 CD dan empat DVD permainan komputer lucah pelbagai judul yang kebanyakannya memaparkan gadis animasi mengghairahkan dipercayai dari Jepun.

“Berikutan itu, kami menahan seorang penjaga kedai iaitu remaja lelaki berusia 17 tahun untuk tindakan lanjut. Kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 5 Akta Penapisan Filem 2002 kerana kesalahan membabitkan filem lucah atau bahan publisiti filem lucah.

“Kami menjangkakan kes itu akan didakwa ke mahkamah dalam tempoh terdekat dan semuanya terserah kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan susulan,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini, semalam.

Menurut Zainal, hasil siasatan pihaknya tidak menolak kemungkinan penjualan bahan itu berada di pasaran sejak tahun lalu, namun tiada tindakan diambil kerana ia berada dalam lambakan permainan komputer lain.

“Bahan lucah itu dipercayai turut dijual di kawasan lain dan kami menyiasat punca bekalan sama ada gelap atau secara terbuka.

“Berikutan itu, kami akan memperhebatkan operasi gempur dan melakukan pemantauan berterusan bagi memastikan aktiviti tidak sihat terbabit dihapuskan,” katanya.

Beliau berkata, penelitian pihaknya mendapati permainan itu digemari remaja kerana memberi keseronokan luar biasa kepada mereka untuk berusaha memikat gadis animasi cantik sehingga mengajaknya melakukan hubungan seks.

Orang ramai yang mempunyai maklumat perkara seumpama itu boleh menghubungi pejabat BKF KDN negeri di talian 06-7611152 untuk tindakan selanjutnya.

Nak tergelak XLAWS baca. Hahaha!


Harian Metro: Pantau Elemen Negatif Program Animasi




Oleh NORAINON OTHMAN

KUALA LUMPUR: Menontonnya dianggap mampu membantu melegakan tekanan dan menghiburkan hati. Tidak sekadar hiburan ringan dan dekat di hati si cilik, rancangan animasi di televisyen mungkin medium paling mudah menyalurkan pengaruh negatif kepada golongan yang masih mentah itu.

Penggunaan perkataan kasar, lucah, perangai tidak baik, jalan cerita mengarut dan tidak bersesuaian dengan norma masyarakat kita yang dipaparkan dalam rancangan kartun sering menjadi bahan tontonan kanak-kanak yang belum bijak menilai.

Menghitung bahan animasi di pasaran, kebanyakan produk dibawa masuk dari Jepun, selain Amerika Syarikat dan sedikit keluaran anak tempatan.

Sekadar memberi beberapa contoh, Doraemon, Hagemaru, Dora The Explorer, Spongebob Squarepants dan Catdog antara contoh siri kartun di televisyen yang mendapat tempat di hati kanak-kanak di negara ini.

Biarpun sejak kebelakangan ini animasi tempatan, Upin dan Ipin dan terbaru, Saladin, berjaya mencuri ruang di tengah kebanjiran animasi Jepun, pengaruh animasi dari negara matahari terbit itu banyak mempengaruhi jiwa dan minda kanak-kanak.

Perkataan 'tak guna' paling kerap digunakan ketika marah atau memaki selain '*****' dan 'kurang ajar'. Perkataan kurang manis itu ada kalanya diucapkan berulang kali, kemudian menjadi ikutan kanak-kanak.

Pengharaman siri animasi Pokemon dan segala jenis permainannya di Arab Saudi, misalnya menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena dengan siri itu. Ia dikatakan mengandungi unsur zionisme dan perjudian.

Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia, Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, kanak-kanak ialah golongan sasaran rancangan animasi.

Katanya, jika bahan tidak bermutu daripada kartun iaitu hiburan paling dekat dengan jiwa kanak-kanak sering menjadi hidangan mata dan telinga mereka, sudah tentu elemen negatif itu mudah meresap dalam jiwa dan menjadi ikutan.

"Kalau kita lihat, rancangan animasi Jepun biasanya diterjemah ke dalam bahasa Malaysia. Dalam soal ini, pihak stesen televisyen yang menyiarkan rancangan itu mempunyai pilihan untuk tidak mengikut bulat-bulat perkataan sebenar yang dituturkan oleh watak dalam animasi berkenaan.

"Perkataan bersesuaian wajar dipilih menggantikan perkataan kesat yang disebut, selain memaparkan mesej atau nilai baik untuk menjadi contoh dan ikutan kepada kanak-kanak," katanya.

Menurutnya, pihak stesen televisyen harus peka mengenai perkara itu kerana mereka turut bersama memikul tanggungjawab memberi mesej baik kepada penonton, terutama kanak-kanak.

Paling penting, stesen televisyen perlu mempunyai pihak yang bertanggungjawab menapis isi kandungan dalam rancangan animasi yang akan ditayangkan.

"Rancangan kartun disiarkan stesen televisyen ada cerita yang baik dan tidak baik. Siri kartun seperti Sin Chan dan Hagemaru misalnya, banyak memaparkan elemen negatif daripada segi perkataan mahupun perbuatan. Oleh itu, ibu bapa perlu membuat pemantauan dengan memberi panduan kepada anak mereka ketika menonton televisyen.

"Nilai tidak baik dalam rancangan animasi mudah melekat dalam fikiran kanak-kanak. Bahan kartun import yang mempunyai banyak elemen negatif tidak sepatutnya dipilih untuk tayangan kerana boleh merosakkan minda kanak-kanak.

"Ada juga kartun import yang kurang sesuai ditonton disebabkan memaparkan nilai norma bertentangan dengan masyarakat kita, walaupun mungkin biasa bagi mereka.

"Animasi Jepun juga didapati banyak memaparkan unsur keganasan, pergaduhan dan perkataan dua makna dengan satu daripadanya membawa maksud lucah. Jika tidak dipantau, dikhuatiri kanak-kanak yang menonton mendapat mesej tidak baik," katanya.

Beliau berkata, produk animasi tertentu menjadi pilihan untuk ditayangkan oleh stesen televisyen mungkin disebabkan kosnya lebih murah.

"Kerajaan perlu membuat satu dasar memastikan apa juga bahan untuk siaran televisyen mempunyai unsur pengajaran iaitu nilai murni, bahasa dan mesej yang baik kerana dapat membantu perkembangan sihat pemikiran kanak-kanak," katanya.

Patutlah dah makin kurang rancangan anime kat TV di Malaysia @_@


Download Manga Menggunakan DomDomSoft Manga




Apa Khabar? Kali ini Qz nak perkenalkan software DomDomSoft Manga kepada pembaca, software ini  membolehkan anda  mendownload manga yang disukai untuk  buat sebagai bahan bacaan mahupun sebagai koleksi simpanan, cara penggunaanya senang sahaja.

Mula-mula download  DDSM.
http://domdomsoft.com/home/2009/08/06/manga-downloader/domdomsoft-manga-downloader-2/

Selepas itu buka application tersebut. Mula-mula sekali kita setting terlebih dahulu di "option" atau "crtl + O".


Pilih tab Manga sites dan tick sumber manga yang dihendaki.
  

Pilih tab "Save To" untuk menetapkan di mana manga akan disimpan. Selain itu, pengguna boleh memilih bagaimana manga tersebut akan disimpan, contohnya "Make directory base on Manga name" berfungsi menamakan file berdasarkan nama manga tersebut.

  

Pilih tab "Download" untuk menetapkan berapa manga yang akan dimuat turun pada satu masa, Selain itu, pengguna boleh pilih sama ada mahu compress manga tersebut dalam format yang telah disediakan.

  

Sudah siap setting, tekan OK, sekarang kita sudah boleh mula untuk proses download manga.  Pertama, kita pilih sumber manga yang ingin digunakan.


Seterusnya, taipkan nama manga yang diingini, contohnya, "pastel". Klik kanan dan pilih "Download".

  

Seterusnya pengguna boleh mendapatkan banyak maklumat mengenai manga tersebut, setelah berpuas hati, pengguna boleh memilih "chapter" yang ingin didownload dengan tick sahaja di "List Chapter" kemudian tekan butang anak panah, pastikan didalam "download list" adanya chapter yang ingin anda download dan akhirnya tekan button gambar FloppyDisk untuk mula mendownload.

  

Pengguna dapat lihat proses download, dengan menggunakan software ini pengguna dapat memuat turun sebanyak mana manga yang dingini.


Sebenarnya software ini mempunyai 2 versi iaitu, Limited version dan Full version. Limited version boleh download secara percuma, manakala Full version pula berbayar. Bezanya Full version mempunyai lebih banyak fungsi. Anda juga boleh tengok fungsi-fungsi tambahan pada imej di bawah.


Jadi, Qz ucapkan selamat mencuba. =D


Proses Fansub



Seperti yang XLAWS beritahu pada post Apa Itu Fansub. Merupakan kumpulan fansub dan setiap ahlinya dibahagikan kerja mengikut kemahiran masing-masing. Ingat, setiap fansub mempunyai keunikan jalan kerja yang tersendiri. Jadi di sini XLAWS nak terangkan setiap bahagian-bahagian yang terdapat di dalam fansub.

  • Capper: Orang yang merekod/download anime/dorama/ yang sedang ditayangkan di TV Jepun.
  • Encoder: Orang yang perolehi video dari Capper dan encode video tersebut.
  • TL (Translator/Penterjemah): Orang yang menterjemahkan anime/dorama/lirik.
  • TLC (Translator Checker): Orang yang memeriksa sama ada terdapat kesalahan terjemahan.
  • Timer: Orang yang timing sub.
  • Typesetter: Orang yang memasang tanda, memilih font, warna, effect yang sesuai dan sebagainya.
  • Karaoke'er:  Orang  yang membuat animasi pada font.
  • Script Quality Checker (SQC): Orang yang bertanggungjawab untuk memastikan script encode tidak mengandungi kesalahan yang boleh menjejaskan kualiti video rosak.
  • Editor: Orang yang edit hasil kerja TL, Timer, dan Typesetter (Biasanya Editor adalah ketua project).
  • QC (Quality Checker): Orang yang memeriksa kerja tersebut untuk kali terakhir sebelum video yang telah siap subs di upload.
  • Distro: Orang yang menyebarkan/upload hasil kerja fansub.

Step 1: RAW
Biasanya kumpulan fansub yang besar mempunyai cappers di Jepun untuk membekalkan mereka sumber RAW. Apabila Anime/Dorama sedang ditayangkan di TV, Capper akan merekod menggunakan softwarenya tersendiri. Fansub biasa pula kebanyakkannya tidak mempunyai Capper. Mereka hanya download sumber RAW di internet seperti Torrent, IRC, filehosting dan pelbagai lagi sebelum memulakan kerja fansub. Makna RAW file adalah, file video yang belum di edit apa-apa/belum kena sentuh/original la kiranya.

Step 2: Translation
Biasanya dalam bidang translator ini  mempunyai pengetahuan bahasa Jepun yang luas serta mempunyai kemahiran untuk translate ke bahasa English seperti translate setiap ayat dan tulisan yang terdapat di dalam video tersebut.

Step 3: Translation Checker
Selepas translation siap, wajib kena pastikan sama ada translation tu tidak mempunyai sebarang kesalahan seperti ayat mahupun tatabahasa.

Step 4: Timing
Timing pula adalah proses untuk samakan subtitle dengan audio. Contohnya, apabila bunyi audio keluar je, subtitle pun keluar. Ramai fansub guna software Aegisub kerana lebih mudah digunakan.

Antara contoh Typesetting

Step 5: Typesetting
Typesetting pula merupakan proses menentukan kedudukan subtitle, samakan font dengan sesuatu tempat, styling untuk mencantikkan lagi subtitle seperti, tanda translation, nota dan sebagainya.

Script Lua

Step 6: Karaoke Effect
Karaoke effect adalah proses buat animasi pada font. Ada sesetengah fansub mahir dalam membuat karaoke effect ada setengah yang tidak. Kerja karaoke effect agak susah kerana memerlukan kemahiran yang tinggi sebab sama macam programming tetapi menggunakan  bahasa script yang berlainan dipanggil Lua.

Step 7: Editing
Editing merujuk kepada proses memeriksa, membetulkan dan menulis semula skrip yang telah diterjemahkan supaya dialog itu mudah difahami oleh penonton.

Basic Script di MeGUI

Step 8: Script Quality Check
Sebelum untuk encode video, orang yang bertanggunjawab dalam hal ini mesti memastikan script tersebut tidak mengandungi apa-apa kesalahan script supaya tidak menjejaskan kualiti video serta selepas ni tak perlulah nak re-encode balik video tersebut.

Step 9: Encoding
Banyak software yang boleh digunakan untuk encode ni seperti MeGUI, Staxrip, Handbrake, Minicoder dan pelbagai lagi. Selepas script siap, barulah boleh mula encode.

Step 10: Quality Checker
Selepas encode video, mestilah kena periksa sama ada video yang korang encode tu benar-benar cantik atau tak. Bukan itu saja, malah perlu check juga masalah timing, tatabahasa, ejaan, font serta kerosakan video.

Step 11: Distro/Distribution
Distro pula mengagihkan/upload video fansub yang telah siap tadi ke Torrent, file hosting, direct download dan pelbagai lagi serta post kerja fansub tadi ke website atau blog. Seterusnya leecher pun boleh mendownload dan tengok.

Cukup la sampai di sini. Kita akan bersambung lagi dalam post seterusnya iaitu Apa Itu Hi10P.

Happy Fansub =D


Tokoh Animasi Malaysia




Temubual Oleh: Nizam Zakaria

Petikan temubual Nizam Zakaria bersama
Hassan Abd. Mutalib...

Nizam Zakaria
"Sebelum kita mulakan wawancara ini, boleh saudara Hassan terlebih dahulu memperkenalkan diri saudara kepada kita semua. Maksud saya, pekerjaan saudara, tempat asal serta latar belakang pendidikan saudara..."


Hassan Abd. Mutalib
Lahir 3 Nov 1945, Alor Setar, Kedah. Berpindah ke Jelutong, Pulau Pinang pada tahun 1950. Mendapat pendidikan di SEKOLAH MENENGAH GEORGETOWN sehingga Tingkatan 5. Gagal SPM 1963 (9F bagi 7 subjek, 7P dalam Senilukis, 1A dalam B Inggeris - baca buku 'adventure' sahaja bukan buku teks). Datang ke KL tahun 1964. Berkerja di Pasaraya Robinsons (Pasaraya pertama) di Jalan Tun Perak. Gaji RM100 sebulan, (tapi teh tarik 10 sen, roti canai 10 sen masa itu!) membantu kawan sedarjah saya untuk melukis dan menghias showcase. Itulah pengenalan terawal kepada sesuatu yang berkaitan dengan set. Setiap perayaan, saya kena dekorasikan setor 4 tingkat dan membuat lukisan-lukisan bersaiz besar (antaranya 95 kaki x 5 kaki).

Pada 1965, saya membeli sebuah kamera dan mempelajari senifoto. Inilah yang mula memperkenalkan saya kepada bidang komunikasi melalui media "manipulated images". Pada tahun 1967, saya belajar sendiri dan menduduki peperiksaan SPM sekali lagi. Terperanjat bila lulus! (Tapi Gred 3 sahaja). Kebetulan ada iklan Filem Negara semasa itu. Saya mohon dan daripada 10 orang yang memohon, saya dipilih. Saya melukis tajuk filem dan terlibat dalam pembikinan set.

Pada tahun 1972, saya diminta untuk menerbitkan treler animasi untuk HARI X'MAS. Tak tahu animasi, menulis atau mengarah. Tak dapat tunjuk ajar. Mulalah gila nak buat animasi selepas itu. Antara treler yang menjadi popular dengan penonton selepas itu: NYAMUK AEDES, JIMATKAN ELEKTRIK dan ANTI-DADAH.

Pada tahun 1975, saja-saja ambil STPM. Dapat sijil saja. Tapi pendedahan mendalam pada sastera membuka mata saya terhadap teks filem. Dikaitkan dengan pengetahuan fotografi, maka datang minat kepada filem. Ikut sesi DIALOG CERDIK yag dianjur ANA, Johan Jaafar dan lain-lain, pada tahun 1983. Sebelum itu pada tahun 1978 saya terlibat dalam animasi untuk iklan filem/TV. Apabila dah bercampur dengan orang-orang pandai, maka kita dapatlah sikit ilmu. Buat iklan sehingga 1994. Yang terakhir SUGUS untuk Indonesia, Malaysia, Thailand dan HK. Menjadi Ketua Unit Senireka pada tahun 1981.


Menteri Penerangan minta saya buat filem animasi SANG KANCIL dan MONYET/BUAYA pada tahun 1983 selepas menonton filem HIKAYAT SANG KANCIL (arahan A. XAVIER). Tak pernah menulis, buat animasi atau mengarah filem naratif pendek. Buat juga. Meletup! Dapat buat 5 filem pendek sebelum bersara atas pilihan sendiri pada tahun 1995. Dapat 2 Anugerah SRI ANGKASA untuk IDEA TERBAIK dan TRELER TERBAIK. ANUGERAH JURI untuk DOKU TERBAIK di Festival Filem Asia-Pasifik, Jakarta dan VISUAL EFFECTS TERBAIK untuk animasi bagi filem MAT GELAP.


Pernah reka dua set untuk drama Tamil pada tahun 70-an. Selepas bersara, menulis, mengarah, buat 'prod design' dan menyelia 'Visual Effects' untuk SILAT LEGENDA, filem animasi pertama Malaysia. Pernah menjadi ahli panel juri beberapa festival filem tempatan dan sekali di Korea Utara (1998).



Bentangkan dua kertas kerja di Tokyo (1996 dan 2003). Menjalankan kursus/bengkel doku/animasi di India dan Sudan. Kini menjadi pensyarah sambilan di Universiti LimKokWing, One Academy, Go Academy dan Akademi Seni Kebangsaan.


Manga Review: Boku No Hatsukoi Wo Kimi Ni Sasagu




Hari ni Qz habiskan satu manga ni, best, Qz sharekan pendapat Qz kat pembaca pasal manga ni, tajuk dia “Boku no Hatsukoi  wo Kimi ni Sasagu” atau "I Give My First Love to You", kesemuannya ada dekat 11 volume dan 67 chapter, lagi satu  kalau siapa-siapa ada anime cerita ni, sila linkkan kat Qz.


Manga ni cerita pasal Takuma & Mayu, Takuma mengalami masalah sakit jantung sejak kecik lagi dan Mayu adalah anak perempuan kepada doctor yang menjaga Takuma, semasa umur 8 tahun, Takuma telah berjanji dia akan berkhawin dgn Mayu, namun semakin Takuma meningkat  dewasa, Takuma  semakin hilang keyakinan terhadap dirinya, Takuma telah cuba melepaskan Mayu namun kerana perasaan Mayu yang mendalam terhadap Takuma, menyebabkan Takuma tidak dapat melepaskan dirinya daripada perasaannya terhadap Mayu….


Sikap Takuma terhadap Mayu, Qz boleh faham, Qz nak je cakap kat cam ni kat Takuma “If you can see Shiganami, then you will see there is scythe at the tip at everyone neck, in any second it will cut off your soul”, masa Qz baca cerita ni, Qz memang geram giler, campur macam-macam feeling lagi, perbezaan Takuma ngan orang lain ialah dia dah tau dia punya “date limit”, tapi Takuma patut ingat juga pasal “extended date”.
Sudah tentu, sekadar ayat “everyone gonna die someday” tak cukup nak legakan hati sebab semua orang nak hidup, nakkan kehidupan yang lebih baik, semua orang bertarung untuk masa depan.

Sebab tu Qz nak jugak cakap kat Takuma; “"If you knew that, there is greater reason why you should be happy together with her till the last moment, if you know that,then there is reason you need to keep living, remember, you are here today and alive"” dan  “The job of the living is to keep living, regardless of how hard is this world, where ever we sad or happy, where ever good or bad, we have to keep living in this world ”.


Sikap Mayu pula terhadap Takuma, memang Qz respect habis, sebabnya, Mayu tidak kira apa sekali pun masih tidak mahu give up kat Takuma, Mayu juga sanggup lakukan apa sahaja untuk Takuma, kalau boleh, Qz nak cakap kat dia, GANBATE!!, lagi satu,  Mayu ada peluang untuk memilih lelaki lain seperti  kou-senpai tetapi hati Mayu tetap pada Takuma, terbaik la Mayu, Qz faham perasaan Mayu, so Qz akan cakap lagi kat Mayu; “People that  love each other always wish the same thing and that is they keep loving each other till death tear us apart, so just let what they want to say, just be selfish until the very end”.


Sikap Mayu terhadap Takuma bukanlah disebabkan kerana simpati terhadap penyakit atau kerana Takuma akan mati, sebaliknya Mayu cintakan Takuma sejak kecil lagi, jadi perasaan Mayu terhadap Takuma adalah benar. Jadi, tingkah lakunya yang ekstrem tersebut adalah disebabkan Mayu sedar yang Mayu tidak mahu kehilangan Takuma tidak kira apa cara sekalipun, buktinya adalah pengakuan Mayu sendiri dalam chapter 56. 

So, Qz nak cerita sampai sini je pasal pendapat Qz, lain kali, Qz akan buat lagi mengenai review manga ni, kalau boleh Qz nak buat review lagi, tapi kalau tercerita habis lak kang, hilang la pulak seronoknya.


Apa Itu Fansub?



Fansub adalah perkataan yang dipendekkan dari perkataan "Fan Subtitled". Fansub telah wujud di seluruh dunia dan mempunyai banyak jenis seperti Dorama, Anime, PV, Movie dan sebagainya. Kewujudan Internet merupakan faktor dan pengaruh paling besar di dalam fansub. Fansub dilakukan secara berkumpulan dan setiap ahli diberi tugas masing-masing. Selepas itu, barulah boleh memulakan proses fansub ini.

Secara umumnya terdapat 10 proses ketika fansub bekerja. Sebenarnya setiap fansub mempunyai proses yang berlainan, tidak semuanya sama.

RAW>Translation>Translation Checker>Timing>Typesetting>Karaoke Effect>Editing>Script Quality Check>Encoding>Quality Check>Distro

Fansub ini berkerja secara sukarela kerana minat yang mendalam dan tidak meminta dibayar walau 1 sen pun. Apabila kerja fansub untuk setiap episode telah siap, hasil kerja mereka akan disebarkan melalui internet seperti Torrent, IRC, filehosting (MU,MF,HF,WU) dan pelbagai lagi untuk berkongsi kepada peminat mereka secara percuma. Ada juga pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan menjual hasil-hasil ini untuk mengaut keuntungan untuk diri sendiri.

Biasanya fansub menggunakan sumber yang berkualiti tinggi seperti Blu-Ray, DVD ISO dan pelbagai lagi. Antara resolution standard yang mereka gunakan sekarang ialah 720p dan 480p. Tapi kebanyakkan sekarang ramai guna 720p.

Cukup sampai sini dahulu. XLAWS akan sambung lagi dalam post seterusnya iaitu, Proses Fansub.

Ehhh??? Bersambung pulak??!!


MULTIMEDIA




Mutimedia telah menjadi satu keperluan pada masa kini, ianya digunakan dimana-mana sahaja, daripada aplikasi yang berbentuk hiburan sehingga ke bentuk pendidikan. Malah, kewujudan internet telah meningkatkan lagi permintaan untuk kandungan multimedia.

Apa itu Multi?
Multi dalam bahasa inggeris bermakna pelbagai.

Apa itu Media?
Media merujuk kepada mana-mana elemen yang digunakan untuk berkomunikasi.

Apa Itu Multimedia?
Multimedia adalah kombinasi perkakasan dan perisian computer yang membolehkan anda untuk mengintergrasikan video, animasi, audio, grafik, dan sumber kajian untuk membangunkan persembahan yang berkesan pada komputer desktop yanh berpatutan. (Fenrich,1997)

Multimedia dicirikan oleh kehadiran teks, gambar, bunyi, animasi, dan video; sebahagian atau semua yang telah dianjurkan ke dalam beberapa program yang koheren. (Philips,1997)

Multimedia ialah mengkombinasikan pelbagai elemen media seperti teks, bunyi, gambar, animasi, video dan kandungan berbentuk interaktif. Ianya digunakan untuk mewakili dan menyampaikan maklumat. Contohnya; persembahan yang melibatkan audio dan video boleh dianngap sebagai persembahan multimedia manakala Perisian pendidikan yang melibatkan animasi, bunyi, dan text dipanggil Perisian Multimedia. Apabila pengguna akhir iaitu pengguna projek multimedia dibenarkan untuk mengawal “Apa”, “Bila” dan “Bagaimana” terhadap elemen yang dihantar dan dibentangkan, ianya menjadi multimedia interaktif.

Apa itu Projek Multimedia?
Projek Multimedia adalah projek yang menggabungkan jenis-jenis media seperti bunyi, video, teks, gambar, grafik, dan lain-lain kepada persembahan. Projek multimedia adalah berbeza-beza mengikut kerumitan dari penghasilan poster atau screen cast kepada pengguna, penciptaan filem atau cerita berbentuk digital berdasarkan topic yang dikaji. Alat digital yang semakin berkembang telah memudahkan lagi penghasilannya.

Apa itu Multimedia Interaktif?
Projek Multimedia hanyalah memberi maklumat kepada penonton melalui penggunaan pelbagai elemen media; berbanding dengan Multimedia Interaktif, ianya membenarkan pengguna untuk berinteraksi dan mengawal maklumat. Contohnya, pengggunaan kiosk yang meluas, pengguna boleh mengawal apa dan bila maklumat dipaparkan, kaedah ini memerlukan perisian komputer yang dibangunkan sendiri. Pembangunan perisian interaktif meningkatkan lagi potensi kerumitan projek sehingga tahap 100% menyusahkan.

Apa itu Multimedia Kiosk?
Multimedia Kiosk adalah mana-mana terminal komputer yang besar dan sering diletakkan di tempat awam, dimana orang awam boleh menggunakannya. ATM adalah salah satu Multimedia Kiosk, sebagai contoh, Pengguna tidak perlu lagi beurusan di kauter sebaliknya, pengguna hanya perlu menggunakkan kad debit dan keluarkan wang. Ianya boleh didapati di mana-mana sahaja seperti pasar raya, pusat membeli- belah, lapangan kapal terbang, dan kedai serba guna.


Berapa Lamakah PC Saya Telah Beroperasi?



Tutorial kali ini untuk mengenal pasti berapa lamakah PC korang telah beroperasi. Masa yang telah beroperasi bergantung kepada cara penggunaan PC korang. Contoh seperti, encoder video, designer, tidak ketinggalan juga kaki download. Ada juga pengguna tak tutup PC sampai sebulan. Jangan terkejut. Ini semua perkara biasa je.

Kat sini XLAWS nak tunjukkan 3 cara untuk tengok berapa lamakah PC kita telah beroperasi dan kali terakhir korang "On" kan PC.

Kaedah 1 (Daripada Task Manager)

Tekan kanan kat taskbar>Start Task Manager>Performance Tab

Note: Kaedah ini sesuai digunakan di Windows XP\Vista\7.


Kaedah 2 (Daripada CMD)

Note: Kaedah ini juga sesuai digunakan di Windows XP\Vista\7.

Tekan WIN+R tulis "cmd". Apabila cmd da buka, tulis "systeminfo".


Ni untuk tengok bila PC kita mula beroperasi saja. Cara ni memang agak menyusahkan sikit. Tapi sesuai la kepada sesiapa nak belajar basic CMD ke. Ada la jugak dapat ilmunya.

Untuk tengok masa PC korang beroperasi di CMD, download la tool Psinfo.exe ni. Kecil je size dia. Free dari virus ye.
http://live.sysinternals.com/Psinfo.exe

Cara nak guna dia, tarik je dalam CMD lepas tu enter.


Kaedah 3 (Windows Gadget)

Note: Kaedah ini sesuai digunaka untuk Windows Vista & 7 sahaja.

Seterusnya korang juga boleh menggunakan Windows Gadget System Uptime. Thanks to SFkilla because create this awesome gadget.
http://www.mediafire.com/?8iayq7g2f5ktyg8


Korang boleh klik 2 kali kat gadget tu nanti jadi macam gambar di bawah nie.


Selebihnya korang juga boleh menggunakan software lain seperti Rainmeter dan Samurize. Tapi tak ditunjukkan dalam tutorial kali ini. Sebab XLAWS tak guna sangat. haha OK, itu je lah untuk tutorial kali ini, semoga korang dapat ilmu yang bermanfaat pada hari ini.


Cara Backup HDD + Repair



Note: Sebenarnya XLAWS pun tak tahu apa tajuk sebetulnya untuk post kali ini. XD 

XLAWS buat tutorial ni sebab dulu HDD 1TB XLAWS rosak secara mengejut. Angin takde, ribut takde tahu-tahu je rosak. Nak kata kena serangan virus tak juga, kena air pun tak, kalau jatuh lagi la tak pernah. Memang rasa sedih + pelik + bengang giler time tu. Yelah mana taknya macam-macam file penting ada kat dalam tu. Kebanyakkan XLAWS banyak simpan koleksi lagu kat dalam tu.

Puas XLAWS mencari apa sebenarnya masalah HDD ni serta jalan penyelesaiannya di internet. Tapi tetap tak jumpa. Nasib baik lah ada satu software ni boleh backup sesetengah file penting ni. Kenapa XLAWS tak backup semua? Laptop ni pun internal HDD kapasiti cuma 320GB je, macam mana nak backup 1TB, kalau ada pun pinjam HDD kawan je untuk backup sementara. Tapi, HDD dia pun nazak ada 100GB je. Mana la muat. hahaha

OK, berbalik pada topik utama kita. korang ada masalah HDD jadi macam gambar di bawah ni tak?. Tengok Local Disk (G:) tu, XLAWS nak masuk pun tak boleh, kalau klik dua kali apa yang keluar ialah dia suruh format. Gila ke apa?.



Korang boleh download Get Data Back For Fat & NTFS v4.24, yang ni jenis portable.
http://www.mediafire.com/?2r91k1ga0gofg02

OK, kita teruskan tutorial dengan singkat. Untuk permulaan terus klik next.


Pilih HDD korang dan next.


Kalau ada keluar macam gambar di bawah ni, cuma klik je Yes to All.


Terus next.


Nanti muncul lah satu proses Completing found MFTs. Cuma tekan Yes to All untuk proses seterusnya.


Proses-proses Extracting secondary MFTs sedang berjalan.


Proses akhir sekali Extracting found MFTs.


Haaa HDD XLAWS dah sedia untuk proses backup. Fuhhh lega.. banyak file berharga kat dalam tu. Dah la takde orang lain backupkan. =_=


Cara nak backup, korang cuma tekan kanan pada folder dan copy.


Pilih dekat mana korang nak letak file backup tu.


Proses copy files sedang berjalan. Agak memakan masa la, tapi takde la lama sangat.


Yeah!!! file XLAWS dah dapat diselamatkan!. ^^ . Korang backup la sebanyak mana  file yang boleh diselamatkan.


Untuk repair kembali hard disk pula, cuma format macam biasa je.


Yeah!! Complete!.


Selepas itu, XLAWS letak balik file backup tadi ke dalam HDD yang baru repair tadi. Done!

Note: Ada sesetengah file yang dah kita backup tak semestinya 100% elok. Ada la sebahagian games dan anime XLAWS rosak Q_Q. Tapi syukur lah dapat backup file yang lain-lain tanpa sebarang masalah.

Inilah jalan penyelesaiannya. Kalau korang ada cara lain untuk selesaikan masalah ni, tolong kongsi dengan XLAWS ok?. ;)


Blog Fansub XLAWS

J-Rock | J-Pop | Visual-Kei Fansub
 
Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Edited By XLAWS