Vocaloid Korea Pertama ~SeeU~



Kalau sebelum ini,di dalam Vocaloid ~Artis Dunia Digital~, Qz telah pun memberi info update mengenai Vocaloid3, kesan daripadanya ialah kini bukan hanya Jepun sahaja secara rasmi mempunyai idol virtual, malah sekarang ini, korea dan negara lain turut mengikut rentak yang sama, akhirnya Korea telah menghasilkan Vocaloid mereka sendiri, sudah tentu mereka menggunakan Vocaloid 3, dan nama yang diberikan kepada Vocaloid korea ini ialah "SeeU".


Perwatakan SeeU ialah mempunyai rambut perang dan mempunyai mata berwarna biru, serta SeeU juga adalah gadis kucing. SV01 "SeeU" akan dilancarkan pada 21 oktober ini. Suara vocaloid SeeU disumbangkan oleh artis kumpulan K-Pop Glam iaitu Kimi Tahi, berumur 17 tahun. Reka bentuk SeeU dihasilkan oleh artis bernama KKuem. SeeU mempunyai ukuran ketinggian 159 cm dan berat 44.5 kg, menggunakan genre K-Pop dan ballada pop.


SeeU dalam bahasa inggeris ialah See You dan dalam penyebutan korea ianya adalah Shi-Yu, kalau Vocaloid Jepun dihasilkan oleh Yamaha manakala di korea pula, SBS Artech diberi peluang melibatkan diri dalam projek ini. Pembaca boleh mendapatkan demo lagu rasmi SeeU iaitu "I-Fantasy" di Youtube, suaranya boleh tahan namun masih perlukan sedikit perubahan dan pembaikian, Qz mengharapkan SeeU tidak akan menghampakan Qz sebagai Vocaloid Korea pertama, jadi SeeU Ganbate! Kalau pembaca mahu menonton SeeU beraksi sila lihat di bawah.



Qz sudah lama mengjangkakan pekara ini, ianya sudah jelas pasti akan berlaku, kemungkinan Malaysia akan memiliki Vocaloidnya sendiri, itupun jika ada penaja, kepakaran kita dah ada, jadi sekarang hanya menunggu masa sahaja.


P/s: Qz nak mintak tolong kalau ada sesiapa yang pandai bahasa korea tolang updatekan Qz tentang perkembangan Vocaloid korea sebab Qz tak pandai bahasa korea jadi sila pergi ke http://sbsat.co.kr/vocaloid/index.html dan http://twitter.com/#!/SBS_Vocaloid. Arigatou.



We Appreciate Your Comments

2 Respones to "Vocaloid Korea Pertama ~SeeU~"

Anonymous said...

nice2


October 7, 2011 at 11:21 AM

Post a Comment

Blog Fansub XLAWS

J-Rock | J-Pop | Visual-Kei Fansub
 
Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Edited By XLAWS