The Trinity Goddess




Apa khabar? Pada kali ini, Qz nak perkenalkan kepada pembaca mengenai dewi bertiga iaitu Hastune Miku (Vocaloid), Haruhi Suzumiya (The Melancholy of Haruhi Suzumiya) dan Reimu Hakurei (Touhou). Tiga Dewi ini boleh dianggap sebagai legenda kerana pengaruh mereka yang besar. 

 ~Hatsune Miku~
Maklumat mengenai Vocaloid, boleh didapati di dalam info blog ini, cuma taip sahaja "vocaloid". Vocaloid adalah program yang membenarkan pengguna untuk menghasilkan suara, ianya mula dihasilkan oleh syarikat Yamaha bermulanya pada tahun 2000 dan vocaloid pertama dihasilakan ialah Leon dan Lola seterusnya lahirlah generasi vocaloid yang lain sehingga 17 vocaloid dihasilkan dan vocaloid akan menerima keluarga baru iaitu ahli ke 18. Pengaruh mereka ialah membuka sebuah dunia baru bagi industri muzik iaitu menghasilkan artis digital dan antara yang paling terkenal dan mempunyai banyak publisiti ialah Hatsune Miku.


Miku dikeluarkan pada tahun 2007 dan telah membuktikan mereka boleh bersaing dengan idol sebenar. Malah mereka juga membuktikan potensi dunia digital lebih daripada apa yang kita bayangkan. Miku hanyalah virtual idol tetapi mempunya peminat yang ramai, buktinya Miku yang sebelum ini hanya terhad di dunia internet telah mengadakan konsert debut pertamanya di  Animelo Summer Live di Saitama Super Arena (2009) seterusnya pada tahun 2010 konsert keduanya di Zepp Tokyo yang dianggarkan boleh menempatkan 3000 orang peminat Miku, Megurine Luka dan kembar Kagamine turut serta dalam konsert ini. Selain itu, konsert ini membolehkan teknologi hologram terbaru membuat debutnya dan Qz pasti penonton berpuas hati dengan kesan grafiknya yang menakjubkan, seakan-akan ianya hidup, kesan grafiknya memang terbaik dan secara realitinya sci-fiction hollywood telah menjadi kenyataan di dunia Jepun, Banzai!.


Sekarang Qz nak bagi soalan, kalau vocaloid menggunakan bahasa lain adakah ianya adalah vocaloid?
Jawapan: Vocaloid tidak terhad hanya kepada bangsa, jantina, umur, mahupun agama, dan sekiranya sesuatu avatar itu dihasilkan menggunakan Vocaloid maka ianya adalah Vocaloid.

Soalan ke 2, adakah vocaloid adalah masa depan dunia industri muzik?

Senarai Vocaloid: Leon, Lola, Miriam, Meiko, Kaito, Sweet Ann, Hatsune Miku, Kagamine Rin, Kagamine Len, Prima, Kagamine Rin and Len Act 2, Gakpoid: Makui Gakupo, Megurine Luka, Megpoid: Gumi, Sonika, SF-A2 Miki, Kaai Yuki, Hiyama Kiyoteru, Big Al, Hatsune Miku Append, Tonio, Lily, VY1, Gachapoid, Nekomura Iroha, Itatane Piko, and Kagamine Rin / Len.


~Haruhi Suzumiya~
Haruhi adalah karakter daripada cerita anime "The Melancholy of Haruhi Suzumiya" dan disuarakan oleh Aya Hirano. Anime ini nampak seperti anime yang lain tetapi ianya mempunyai impak yang sama seperti Pokemon dan Yu-Gi-Oh, ini kerana pengikut fanatiknya yang dikenali sebagai Haruhiist, bukti betapa fanatiknya mereka ialah mereka menonton Endless Eight berulang kali, malah mereka turut membentuk satu agama yang dikenali sebagai Haruhiism, dimana Haruhi sebagai tuhan mereka dan pengikut mereka bukan sahaja ada di jepun tetapi juga di seluruh dunia.


~Reimu Hakurei~
Reimu adalah salah satu karakter utama yang berasal daripada Projek Touhou serta boleh dikenali sebagai Toho Projek atau Projek Shrine Maiden. Siri pertama permainan touhou memfokuskan kepada genre menembak (Shoot'em Shooter) , Permainan tersebut dihasilkan oleh ZUN, iaitu programmer daripada Team Shanghai Alice, ZUN seorang diri sahaja telah menghasilkan hampir keseluruhan grafik, bunyi dan program tersebut dan tidak hairanlah permainan ini mendapat anugerah Guinness World Records pada Oktober 2010 kerana ketelitian permainan tersebut.

Sekarang, Qz dah pun perkenalkan mereka bertiga, ketiga-tiga mereka mempunya pengaruh di dalam dunia masing-masing, lain kali Qz akan perkenalkan lagi dewi-dewi yang lain, itu sahaja, chow.


We Appreciate Your Comments

3 Respones to "The Trinity Goddess"

Anonymous said...

driver genius tu kene register plak ker,, =_+

\


October 7, 2011 at 12:09 PM
Anonymous said...

baru nak update driver


October 7, 2011 at 12:12 PM
XLAWS said...

err salah comment nie. dikira spam nanti aku delete.


October 7, 2011 at 2:39 PM

Post a Comment

Blog Fansub XLAWS

J-Rock | J-Pop | Visual-Kei Fansub
 
Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Edited By XLAWS