HDD VS SSD



Korang mesti selalu dengar HDD (Hard Disk Drives), tapi jarang dengar SSD (Solid State Drive). SSD adalah media penyimpanan data. Sama seperti HDD. Tetapi, SSD lagi laju daripada HDD kerana ianya menggunakan pemacu cakera keras elektromekanik berbanding dengan HDD yang menggunakan cakera magnet yang berputar untuk membaca data. Jadi HDD lebih perlahan  kerana perlu berputar sebelum dan selepas membaca serta menyimpan data. Sebaliknya SSD hanya terus menyimpan data ke dalam mikrocip, sama seperti Pendrive. (Tetapi lebih cepat dari pendrive!). SSD dapat membaca data dengan serta merta dan menyimpan serta mengalihkan data dengan berkelajuan tinggi. 

Ketahanan SSD adalah lebih tinggi daripada HDD. SSD kedap udara oleh itu ia tidak membenarkan habuk masuk ke dalam.  Sedangkan HDD  perlu ruang pengudaraan untuk bahagian-bahagian yang panas dapat disejukkan dan menyebabkan habuk terkumpul di dalam serta boleh mendatangkan masalah. SSD juga sangat tahan dengan kejutan fizikal yang kuat dan tidak menyebabkan kehilangan data yang banyak seperti HDD.

(HDD vs SSD)

XLAWS sertakan sekali jadual perbezaan antara HDD & SSD. (Kalau tak nampak open new tab je gambar bawah ni).


Perbezaan lain antara HDD & SSD.

HDD
  • Kapasiti yang lebih besar.
  • Semua golongan mampu membelinya kerana murah.
  • Berat.
  • Sensitive kepada gegaran, kerana boleh menyebabkan kerosakan. Dengan erti kata lain ialah, mudah rosak.
  • Kerap menghasilkan bunyi bising. 
  • Boot Windows dengan lambat...

    SSD
    • Kapisiti paling besar buat masa ini ialah 2TB tetapi harganya terlalu mahal!.
    • Golongan tertentu sahaja yang mampu membelinya kerana mahal.
    • Ringan dan kecil.
    • Tidak sensitive kepada gegaran.
    • Tidak membuat bunyi bising. 
    • Boot Windows dengan pantas!.

        Tidak heran lah mengapa harga Macintosh, Macbook Air dan product Apple terlalu mahal, sebab mereka menggunakan SSD juga!


        Berikut merupakan video pendek bukti bertapa lajunya SSD berbanding dengan HDD. Layan!







        We Appreciate Your Comments

        4 Respones to "HDD VS SSD"

        madi said...

        nice info!!!!


        October 9, 2011 at 11:43 PM
        Anonymous said...

        ooooo....hmm skrg ni komputer apa yang pakai ssd, selain apple?


        October 12, 2011 at 12:49 AM
        XLAWS said...

        @madi: terima kasih ye :)

        @Anon: Dell, Alienware, Razer Blade. tapi laptop bese pown bole pakai ssd law x silap.


        October 12, 2011 at 10:57 AM
        Qz said...

        aku nak apple oren tembikai


        November 21, 2011 at 10:04 PM

        Post a Comment

        Blog Fansub XLAWS

        J-Rock | J-Pop | Visual-Kei Fansub
         
        Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Edited By XLAWS