Bersama-sama Membentuk Masa Hadapan



~Prolog~ Budaya Membaya~ Kini dan Selamanya

Ke arah melangkah kegemilangan ke abad 2020, pembentukan sebuah bangsa bermula, yakini bangsa Malaysia, sebuah bangsa yang gemilang, cemerlang dan terbilang, inilah hasrat kerajaan, bermulanya projek ini adalah sejak sebelum kemerdekaan lagi. Mereka telah telah pun melihat masa depan negara ini, mereka mula membentuk, merangka dan merancang, setelah itu akhirnya, terbentuk sebuah rancangan yang akan menentukan hala tuju negara Malaysia, dimanakah terletaknya nilai negara ini dimata dunia dan apakah nilainya kepada rakyat Malaysia sendiri.


Kemudian di dalam perangkaan tersebut turut menyentuh pendidikan bangsa tersebut, tahap pencapaian dan intelek rakyat negara di masa hadapan, pelbagai pekara dan isu disentuh namun tiada kata sepakat, ini kerana walaupun mereka bermatlamatkan pekara yang sama, mereka mempunyai aliran masing-masing dan kepakaran serta kepercayaan tersendiri. 

Dalam perancangan pembentukan rakyat berintelek, mereka percaya untuk membentuk sebuah sistem pendidikan yang lengkap akan mengambil masa yang lama, oleh itu, mereka beralih arah,  iaitu, rakyatnya sendiri mendidik diri mereka sendiri, dan untuk memudahkannya lagi, maka budaya membaca diperkenalkan. Ini adalah supaya mereka sedar akan kepandaian dan kebolehan masing-masing. Kempen dan pelbagai aktiviti dilakukan, antara tujuan yang selalu diutarakan ialah menyedarkan rakyat ini tentang kepentingan membaca daripada pelbagai sumber ilmu sebagai sebuah budaya dan gaya hidup seharian. Program-program ini telah dikhususkan kepada pelbagai jenis pihak seperti ibu-bapa, remaja dan kanak-kanak, jualan buku dan pelbagai penganjuran pesta diadakan.


Bangsa indonesia turut melakukan pekara yang sama, mereka sedar dalam pembentukan modal insan yang berkualiti demi kemajuan negara, pelbagai aspek perlu dilaksanakan antaranya intelek rakyatnya, lalu mereka turut membudayakan membaca dikalangan mereka. Dengan membaca , rakyat indonesia dapat memperoleh ilmu pengetahuan, keinginan, personaliti dan dengan adanya internet, letusan intelek berlaku, rakyatnya mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang, mereka berfikir, merasa dan bertindak melaksanakan kebaikan dan melakukan pekara yang bermanfaat sebagaimana apa yang telah mereka pelajari. Membaca telah menjadi satu budaya bagi mereka untuk memuaskan perasaan ingin tahu serta mereka menganggap ianya satu kewajipan untuk menuntut ilmu.


Qz tertanya-tanya, kenapa rakyat negara ini tidak mengoptimumkan peranan membaca di dalam kehidupan, membaca adalah tidak sukar, ianya semudah "A/B/C" , ianya semudah seperti kita berbicara, setiap diri kita dilahirkan dengan mempunyai potensi sejak lahirnya di dunia ini dan dengan membaca kita akan menemui dan dapat memahirkan diri, belajar daripada kesilapan mereka yang lalu dan melangkah terus ke hadapan, menguasai dan mengubah dunia. Jika sebegini hebat kesan budaya membaca, mengapa harus dibiarkan sahaja potensinya tidak berkembang dan terbiar begitu sahaja. Ianya adalah lebih baik ada daripada tiada.


Maka, ''Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan." (Al-Alaq: 1), gunakan kemudahan yang ada, budayakan "membaca" dalam kehidupan anda, ianya akan membentuk anda sebagai insan kelas pertama kerana memuliakan ilmu, berdasarkan potongan ayat Al-Quran di atas, pembaca pasti faham maknanya, lihat, ianya hanya sepotong ayat, namun kita telah pun memahami maknanya. Firman Allah SWT: Kami sentiasa menjadikan engkau (wahai Muhammad) dapat membaca (Al-Quran yang diturunkan kepadamu dengan perantaraan Jibril), sehingga engkau (menghafaznya dan) tidak lupa. Qz rasa pembaca boleh memahami ayat di atas dengan jelas.

Oleh itu, Qz tidak hairan bagi mereka yang gemar membaca adalah golongan yang luas ilmu pengetahuannya, berwawasan dan personalitinya seperti orang yang beriman, ini kerana berlakunya peningkatan kualiti, keterampilan diri dan makna kehidupnnya serta peningkatan hubungan seseorang dengan tuhan. Jadi Qz mahukan budaya ini dijiwai oleh setiap keluarga di negara ini dan membentuk masyarakat berintelek serta jiwa muda yang mempunyai ciri-ciri seorang insan.


Membaca tidak memerlukan paksaan, ianya terletak pada diri sendiri, lihat pada diri sendiri, kenali diri, cari bahan-bahan bacaan yang sesuai bagi anda, dan membaca mengikut kemampuan. Buat permulaan, bacalah mengenai subjek yang anda minat, carikan diri anda buku yang anda minat, bayangkan apa yang anda baca, ingat, faham dan tulis, kalau boleh buat sedikit rumusan mengenai buku tersebut. Apabila anda semakin minat membaca dan mulaya menjadikannya sebahagian gaya hidup anda maka jadikan kegiatan membaca anda mempunyai hala tujunya, efektif, terarah, dan fokus. Qz cadangkan untuk meningkatkan tahap mental anda, cuba pergi membaca di luar seperti di padang,tapak permainan atau pergi ke kelab membaca, kalau rajin sikit jadilah ahli perpustakaan, kalau mahu lebih berani sertai pertandingan.

That's all folks!


We Appreciate Your Comments

0 Respones to "Bersama-sama Membentuk Masa Hadapan"

Post a Comment

Blog Fansub XLAWS

J-Rock | J-Pop | Visual-Kei Fansub
 
Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Edited By XLAWS