Visual-Kei Dan Sejarahnya




Visual-Kei (ヴィジュアル 系 vijuaru kei?, ataupun "Visual Style" atau "Visual System") merupakan sebuah gerakan di kalangan pemuzik di Jepun yang menggunakan make-up, gaya rambut yang panjang dan rekaan baju yang menonjol. Sesetengah sumber menyatakan bahawa Visual-Kei merujuk kepada genre musik, atau sub-genre rock Jepun dengan bunyi tersendiri seperti Glam Rock, Punk, Metal, Pop, Melodic Metal, dan banyak lagi. Walaubagaimanapun sumber-sumber lain juga menyatakan bahawa penampilan unik , make-up, fesyen dan sub-budaya Visual-Kei menentukan betapa pentingnya dengan bunyi muzik itu sendiri.

Sejarah
Visual-Kei muncul pada pertengahan tahun 1980-an yang dipopularkan oleh band X-Japan, D' Erlanger, Buck-Tick dan Color. Istilah Visual-Kei diwujudkan dengan satu daripada slogan-slogan X-Japan iaitu "Psychedelic Violence Crime Of Visual Shock". Vokalis band Color "Dynamite Tommy" telah menubuhkan syarikat Free-Will pada 1986 yang telah menjadi penyumbang utama dalam menyebarkan Visual-Kei ke seluruh dunia. "Under Code Production" pula diasaskan oleh Kisaki. Sejak penubuhannya pada tahun 2003, telah mempunyai pengaruh terhadap band-band baru Visual-Kei, terutamanya di Osaka.

Pada tahun 1992. X-Japan telah membuat satu usaha untuk memasuki pasaran Eropah dan Amerika, tetapi ia mengambil masa 8 tahun untuk memberi impak kesedaran dan populariti dari band Visual-Kei ke seluruh dunia. Pada tahun 1990-an, Visual-Kei menerima peningkatan populariti di seluruh Jepun. Jualan album dan dari band Visual-Kei mula pecah rekod. Band yang paling ketara untuk mencapai kejayaan pada masa itu ialah X-Japan, Glay, dan Luna Sea. Walaubagaimanapun, perubahan drastik dalam penampilan mereka mengiringi kejayaan mereka.



We Appreciate Your Comments

0 Respones to "Visual-Kei Dan Sejarahnya"

Post a Comment

Blog Fansub XLAWS

J-Rock | J-Pop | Visual-Kei Fansub
 
Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Edited By XLAWS