Tokyo Sky Tree: Menara Tertinggi Kedua Di Dunia?




Jepun bakal memegang gelaran menara kedua tertinggi di dunia serta menjadi simbol kebanggaan baru buat Jepun iaitu, Tokyo Sky Tree. Menara yang akan dinobatkan sebagai menara tertinggi kedua di dunia telah mencapai puncak penuhnya setinggi 634 meter minggu ini.

Pembangunan Tokyo Sky Tree yang dirancang oleh Tobu Railway dan NHK pada tarikh 14 Julai 2008 itu terus digiatkan walaupun gempa bumi dahsyat melanda Tokyo berkali-kali.

Walaupun projeknya belum selesai. Menara ini mampu menahan gempa sekuat 8.9 skala richter pada 11 Mac lalu. Gempa yang disusuli oleh tsunami dahsyat itu tidak menyebabkan sebarang kerosakan pada struktur Sky Tree serta tidak mengakibatkan sebarang kecedaraan pada 500 orang pekerja yang terlibat dalam pembinaan pada hari itu.

Menara ini menggunakan reka bentuk anti-seismic serta teknologi anti-gempa bumi. Inilah bangunan yang patut dicontohi oleh projek-projek pencakar langit di seluruh dunia.

Canton Tower,  menara setinggi 600 meter yang terletak di China yang baru saja dinobatkan sebagai menara tertinggi kedua di dunia selepas perasmiannya dilakukan pada September 2010 lalu, akhirnya terpaksa menyerahkan mahkotanya kepada Tokyo Sky Tree.




We Appreciate Your Comments

0 Respones to "Tokyo Sky Tree: Menara Tertinggi Kedua Di Dunia?"

Post a Comment

Blog Fansub XLAWS

J-Rock | J-Pop | Visual-Kei Fansub
 
Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Edited By XLAWS