Tokyo Sky Tree Ditemui Dalam Lukisan Tahun 1831




Sebuah bangunan yang mirip dengan Tokyo Sky Tree ditemui di sebuah lukisan purba yang bertarikh tahun 1831 oleh Kuniyoshi Utagawa (1 Januari 1798 - 14 April 1861). Beliau merupakan salah satu mahaguru seni melukis di Jepun.

Sementara itu, lukisan yang berjudul "Toto Mitsumata No Zu" (Permandangan Di Mitsumata, Tokyo) terdapat sebuah bangunan tinggi, padahal pada tahun 1831 tidak ada pun bangunan setinggi itu.

Dan apa yang paling penting, "Waktu itu wujudnya undang-undang melarang orang membina bangunan yang lebih tinggi dari Istana Edo," kata pengarah muzium Fumio Saito. "Menara dalam lukisan ini memang berdiri kukuh di bandar Edo (sekarang Tokyo). Sangat mengejutkan melihat kreativi dan teknologi pada masa itu dari seorang seniman zaman dahulu. Mungkin ia meramalkan pembangunan Tokyo Sky Tree di kawasan tersebut."





We Appreciate Your Comments

0 Respones to "Tokyo Sky Tree Ditemui Dalam Lukisan Tahun 1831"

Post a Comment

Blog Fansub XLAWS

J-Rock | J-Pop | Visual-Kei Fansub
 
Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Edited By XLAWS