Spongebob & 7 Sifat Dosa Besar Dalam Bible



Dalam cerita kartun Spongebob, setiap karakter kartunnya memiliki sifat yang berbeza dan pada setiap karakter itu terdapat beberapa sifat yang dianggap sebagai 7 dosa besar ataupun disebut sebagai (7 Deadly Sins) di dalam bible, antaranya ialah:

1. Sloth (Kemalasan)

Patrick

Kemalasan adalah suatu perkara yang dianggap berdosa, termasuk kemalasan dalam bertindak membuat sesuatu perkara. Jelas ini adalah sifat Patrick. Dia tinggal di bawah batu sepanjang waktu dan tidak pernah melakukan apa-apa. Bahkan dalam episode “Big Pink Loser”, dia mendapatkan penghargaan untuk tidak melakukan apa-apa paling lama.

2. Wrath (Kemurkaan)

 Squidward

Kemurkaan melibatkan perasaan kebencian dan kemarahan. Squidward membenci hidupnya dan juga membenci Spongebob, dan sebahagian besar waktunya dihabiskan untuk marah-marah.

3. Greed (Tamak)

Mr. Krab

Jelas Mr. Krabs adalah karakter yang sangat tamak terhadap wang. Dia benar-benar memikirkan bahawa wang adalah segalanya.

4. Envy (Iri Hati)

Plankton

Plankton iri hati kepada Mr. Krab kerana perniagaan The Krusty Krab semakin maju, sedangkan The Chum Bucket  semakin bankrupt. Sifat iri hati membuatkan Plankton ingin mencuba untuk mencuri formula rahsia Krabby Patty.

5. Gluttony (Kerakusan)

 Gary

Adakah korang pernah memperhatikan Spongebob di mana dalam beberapa episod dia selalu mengatakan, “jangan lupa untuk memberi makan Gary” atau mengatakan, “Saya harus pergi makan Gary”. Saat itu Gary terkejar mencari Spongebob apabila Spongebob lupa untuk memberinya makan. Kerakusan biasanya lebih kepada dalam hal makan.

6. Pride (Kebanggaan)

Sandy

Sandy bangga terhadap siapa dirinya dan dari mana dia berasal. Dia berasa bangga apabila dia datang dari Texas dan berasa senang bila semua orang tahu tentang itu. Dia juga berasa bangga kerana Sandy merupakan makhluk mamalia dan darat, seperti dalam episode “Pressure”, di mana dia mencuba untuk membuktikan bahawa makhluk darat lebih baik daripada makhluk laut.

7. Lust (Nafsu)

Spongebob Squarepants

Definisi nafsu dalam cerita ini adalah, “kasih sayang berlebihan terhadap orang lain”. Ini jelas kepada diri Spongebob. Dia menunjukkan cintanya kepada orang lain dengan semangat untuk berbuat baik dan membantu orang dan nafsu terhadap pekerjaannya.

Note: Terpulang kepada korang sama ada nak percaya ke tidak, nilai la sendiri. XLAWS cuma nak share je, bukan nak memburuk-burukkan cerita yang korang minat ni. PEACE! ^_^.



We Appreciate Your Comments

6 Respones to "Spongebob & 7 Sifat Dosa Besar Dalam Bible"

Chibi Imiey said...

setuju...
pernah tengok tak anime jepun fullmetal alchemist?..
karakter-karakter jahat yang dikenali sebagai homonculus pun guna nama-nama sedemikian seperti envy,wrath,pride,lust,gluttony,greed, & sloth...

just 4 share only....


September 2, 2011 at 12:35 AM
nKhaR said...

xde button "Like" or button "Thanks" ke nk tekan ni? hehe..


September 2, 2011 at 2:47 AM
XLAWS said...

Chibi: aku lom tgk lagi.huhu
nKhaR: perghh aku x letak la.. kene upgrade nie. InsyaAllah =D


September 2, 2011 at 4:19 AM
Abdul Majid Abd Aziz said...

btui kate Chibi tu..memang watak2 homunculus tu pon selari dengan name2 mereka...nasib baik depe tu jahat


September 2, 2011 at 11:25 PM
eira said...

alahai..
xterfikir langsung..
men tgok aje...
:)


September 4, 2011 at 8:28 PM
Qz said...

aku ada 13!
camne tu!


September 16, 2011 at 1:03 AM

Post a Comment

Blog Fansub XLAWS

J-Rock | J-Pop | Visual-Kei Fansub
 
Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Edited By XLAWS