Si Dia Curang??




Dalam hubungan romantis antara anda dan si dia apabila salah seorang melanggar kepercayaan dan amanah tersebut maka ianya dianggap curang. Ini kerana hubungan ini melibatkan kepercayaan dan amanah, kebiasaanya pengkhianatan dalam hubungan dianggap tidak boleh dimaafkan.


Tanda-tanda keberangkalian si dia curang:


1. Si dia tidak lagi memerlukan anda
Si dia mula mula jarang menghabiskan masa dengan anda, selalunya si dia memerlukan anda untuk menemaninya pergi ke pusat membeli-belah , bersenam atau berjalan-jalan tetapi kali ini si dia tidak lagi memerlukan anda, terdapat kebarangkalian seseorang telah menggantikan tugas anda, di mana si dia yang selalunya bergantung kepada anda, mula berdikari secara drastik, ianya salah satu flag yang menunjukkan dia tidak lagi memerlukan..anda.


2.Si dia tidak cepat naik marah
Si dia selalu marah apabila anda terlewat atau tidak menepati janji serta apabila mengetahui anda keluar berjalan-jalan bersama perempuan lain, sekarang tiada pula yang ingin ditegur atau dimarahkan seakan-akan si dia tidak lagi peduli pada anda. Masa dulu-dulu, segala pergerakan anda akan diperhatikan, namun sekarang segala silap dan masalah yang anda buat tiada satu pun menaikkan kemarahannya. Mungkin pekara ini baik untuk anda namun anda seharusnya sepatutnya berhati-hati dan perlu mengenal pasti kenapa dia tidak lagi peduli?


3.Si dia jarang menelefon anda.
Si dia tidak lagi berkongsi kehidupan sehariannya kerana dia tidak lagi berkongsi mengenai kehidupan sehariannya dengan anda, malah si dia memarihi anda apabila anda bertanya mengenai apa yang telah si dia buat pada hari tersebut dan akhirnya untuk mengetahui apa yang si dia buat pada hari tersebut anda terpaksa mencuri-curi melihat didalam BlackBerry sebabnya si dia tidak lagi membenarkan anda menyentuh telefonnya, namun telefonnya telah pun bertukar password. Selain itu, si dia mula meluangkan hanya sedikit masa terhadap anda di dalam telefon, namun bilnya melambung tinggi.

4.Si dia memfocuskan anda sebagai subject.
Apabila anda bertanya si dia, si dia menukar topik, si dia yang selalu bercakap dan berkongsi cerita dengan anda mula berubah, kalau anda tanya si dia bagaimana keadaan si dia pada hari ini anda hanya mendapat respon "mmhh", sekarang setiap kali topik dibuka, ianya adalah tentang anda dan anda sahaja, kemana perginya si dia yang selalu bercerita "hari ini saya.." dan "saya pergi...".


5.Si dia memberikan perhatian luar biasa kepada anda lebih daripada kebiasaanya.
Si dia memfokuskan segala-galanya kepada anda, memuji anda, kerap mengajak keluar, dan asyik menyebut "i love you" tanpa sebab, malah membuat pekara yang luar daripda kebiasaannya. Malah tindak- tanduknya mula membuatkan anda curiga, mungkin anda akan menenangkan diri anda dengan seribu alasan namun adalah  lebih baik anda menyiasat apa yang sebernarnya yang telah berlaku.

6.Si dia berahsia kepada anda
Apabila si dia cuba menyembunyikan sesuatu daripada anda, segala masalah akan dipendam oleh si dia, perkara yang merungsingkan si dia, masalah yang si dia tidak sanggup berkongsi dengan anda, si dia akan mengalami kerisaun kerana tidak mahu rahsia tersebut terbongkar, apatah lagi jika anda bertanya apa yang merisaukannya, si dia hanya menjawab sepatah dua dan alasannya adalah samar-samar dan tidak kukuh, jawapannya yang hanya akan menambah lebih banyak persoalan.

7.Perubahan gaya hidup
 Si dia yang jarang berpakaian lawa dan mengemaskan diri kini cerewet di dalam pemilihan berpakaian, gayanya tidak kena dengan cita rasa anda malah kini penampilan si dia jauh berbeza daripada sebelum ini, si dia mula memperbaiki gaya pakaian, rambut  atau kulitnya, malah membeli seluardalam/bra atau baju baru namun kesemua ini bukannya dilakukan untuk mendapat perhatian anda. Selain itu, cara gayanya berjalan dan prosturer bentuk badannya mula berubah, segala perubahannya adalah jauh daripada dugaan anda dan berlaku secara drastik. Si dia juga mula melyani anda yidak seperti sebelum ini.

8. Kerap mengelak daripada pandangan mata
Si dia mula mengelak daripada bertembung dengan mata anda, ianya mungkin kerana si dia tidak mahu melihat mata anda kerana perasaan bersalah, si dia juga mula mengelak daripada bertembung dan bertemu dengan anda dan kerap menolak pelawaan anda untuk bertemu dengan 1001 alasan, malah si dia mula tidak meyentuh anda(skinship). Kiranya anda akan mengalami kesukaran untuk bertemu dengan si dia, segala perbuatannya menimbulkan syak kepada anda. Selain itu, kawan-kawannya mula menjauhkan diri daripada anda malah mukan kawan anda melakukan pekara yang sama, ini kerana tidak mahu rahsia terbingkar.

9. Tidak memakai cincin, gelang atau rantai
Jika anda pernah membeli si dia cincin, rantai atau gelang kepadanya, si dia sebelum ini kerap memakainya, barang-barang tersebut mengalami sentimental "value", yakini mengingatkan hubungan anda dan si dia, kini si dia tidak kerap memakainya lagi, jika ianya cincin atau gelang tempatnya berubah-ubah, bukan itu sahaja, si dia memakai rantai, cincin atau gelang bukannya daripada anda, lebih teruk lagi si dia memakai "choker", bila ditanya daripada siapa, alasan diberikan adalah tidak jelas.


Bagaimana harus anda menguruskan pekara ini:
Qz nak ingatkan tiada sebab untuk anda panik dengan tanda-tanda yang ditunjukkan oleh si dia, jika anda merasa pelik dengan tingkah lakunya atau anda mendapati si dia menipu anda dan merahsiakan sesuatu itu tidak bermakna si dia curang dengan anda. Pada saat ini, perasaan anda yang tidak mahu kehilangan si dia akan menyebabkan anda hilang kewarasan dan tidak dapat berfikir secara logik jika anda tidak menguruskan perasaan anda dengan baik.

Tips menguruskan perasaan curiga anda:
Anda mendapat firasat
Jika anda merasakan si dia curang dengan anda, dekati si dia terlebih dahulu dan jangan sekali-kali bangkitkan isu curang, tanya terlebih dahulu jika si dia ada masalah dan beritahu si dia anda risau dengan tingkah lakunya, bangkitkan tengtang perbezaan tingkah lakunya daripada kebiasaannya dan katakan kepadanya anda ingin mengetahui punca dan sebabnya.


Anda telah membuka topik perbincangan, jika si dia mempunyai masalah dalam hubungan, dan bermula daripada situ, adanya tanda-tanda si dia curang, untuk meneruskan topik mula menjadi sukar untuk anda.

Anda mula merasakan firasat anda adalah betul
Jadi, walaupun anda mempunya sebab untuk percaya si dia curang, jangan terus menuduh atau mengungutnya kerana jika firasat anda salah, si dia akan merasakan anda tidak mempunyai kepercayaan terhadapnya dan ini akan menjejaskan hubungan anda. Jadi anda tidak boleh menggunakan ayat "Saya tahu.." atau "Awak dengan siapa?" sebaliknya gunakan ayat seperti ini "ada apa-apa yang awak ingin beritahu saya" atau "saya rasa awak masih tidak percayakan saya, saya mahu awak berkongsi sepenuhnya dengan saya".

Anda mungkin merasakan ianya agak passive kerana anda mahu berhati-hati dan tidak mahu masalah besar timbul jika anda salah tetapi jika anda betul, anda mendapat lesen untuk marah.


Anda mempunyai bukti kukuh
Jika anda telah pun mempunyai bukti bahawa si dia bersama dengan lelaki lain, dekati dia dengan penuh kesabaran, beritahu si dia perasaan anda, bagamana perasaan sebenar anda terhadap si dia, bagaimana perasaan anda apabila melihat si dia bersama dengan lelaki lain, dan apakah perancangan anda selepas ini?

Memaafkan atau melupakan
Anda mungkin merasakan curang adalah satu pengkianatan dalam hubungan si dia dan anda, tetapi cuba lihat dari sudut yan berbeza, anda perlu sedar pekara ini berlaku disebabkan kelemahan diri anda sendiri, si dia telah memperdayakan anda dan menikmati hubungan dengan lelaki lain, ianya mungkin disebabkan si dia tidak berpuas hati dengan anda.


Sekarang soalan akan mula timbul:
Bolehkan anda terus percayakan si dia?

Jika jawapannya ialah tidak: Hubungan anda tidak dapat dipulihkan.Segala-galanya akan menjadi satu kenangan dan keadaan mungkin menjadi lebih teruk jika ianya menjadi satu trauma kepada anda.

Jika jawapannya ialah ya: Ianya mungkin mengambil masa tetapi anda boleh berusaha memperbaiki hubungan anda dengan si dia, anda mungkin merasakan agak sukar untuk percayakan si dia semula tetapi anda tidak mahu kehilangan si dia, beritahu si dia, anda memerlukan bantuan daripada si dia membaiki hubungan bersama-sama, jika dilakukan dengan betul, masanya akan tiba, hubungan anda dapat dipulihkan.

Tanya si dia kenapa dia melakukannya:
Jika si dia tidak mahu beritahu: Anda perlu membuat keputusan sama ada anda masih boleh memaafkannya atau tidak.

Jika ianya berkait rapat dengan masalah tidak puas hati dengan keadaan hubungan si dia dan anda:
Apabila anda bersedia dan mempunyai jalan penyelesaiannya setelah memahami situasi tersebut, maka bolehlah anda dan si dia bersama-sama mengatasi masalah tersebut.

Adakah ianya berbaloi:
Jika anda rasa ianya berbaloi untuk mencuba dan meberikannya satu peluang untuk anda dan si dia memperbaiki hubungan tersebut, duduk dan berbincang dengan si dia, cuba fahami, mengapa dan kenapa si dia melakukannya, anda harus memberi perhatian terhadap "sebab" dan "punca" kenapa pekara tersebut boleh berlaku supaya pekara ini tidak berulang lagi.

Anda mungkin boleh menganggap semua orang melakukan kesilapan, walaubagaimanapun  ianya tidak bermaksud curang boleh dimaafkan, tetapi jika si dia ingin berubah dan menyesal dengan perbuatannya, oleh itu, anda mungkin memaafkannya dan cuba membaiki hubungan anda dengan si dia walaupun ianya mengambil masa. Perlu diingatkan di dalam pekara ini, anda dan si dia sama-sama disakiti, anda merasa sakit kerana dikhianati tetapi si dia juga merasa sakit kerana mengkhianati, pada masa ini, anda dan si dia perlu jujur dan harus mengatasi masalah ini bersama- sama.


Mungkin ramai pembaca berpendapat kenapa Qz harus menimbulkan isu ini, tetapi kita harus berhadapan dengan pekara ini, mengetahui pekara ini supaya kita dapat melihat kelemahan diri. Kepada golongan lelaki anda mungkin merasakan anda tidak dapat menerimanya, ini adalah kerana anda sedar anda tidak dapat memenuhi kehendaknya, daripada anda marah dan benci, adalah lebih anda perbaiki masalah anda terlebih dahulu, jangan jadi pengecut, hadapi masalah ini. Anda cuma takut dan bencikan diri anda, anda sebenarnya benci terhadap kelemahan, perasaan tidak berdaya dan merasakan diri anda tidak berguna kemudian anda mula merasakan dunia bagaikan sudah kiamat, malah anda berfantasi bagaimana si dia dan lelaki lain berada di atas katil ditelan dalam gelombang nafsu, tetapi semua hanyalah perasaan anda, jangan disebabkan anda ingin melarikan diri daripada masalah ini anda menyalahkan dan membenci si dia, ingat balik perasaan cinta anda kepada si dia, adakah selemah itu cinta anda kepada si dia.


Mengatasi masalah bersama
Anda dan si dia akan mengalami ketidak stabilan emosi, dalam proses membaiki hubungan adalah penting kedua-dua pihak bersabar dan jujur antara sama lain, anda perlu belajar untuk percayakan si dia, supaya si dia dapat membuka hatinya kepada anda dan cuba terima si dia seadanya. Wujudkan zon selesa, letakkan matlamat bersama-sama supaya anda dan si dia merasa selesa apabila bersama, apabila timbul masalah jangan sisihkan si dia dan kongsi masalah tersebut

Antara pekara yang harus anda elakkan:
 
Jangan percaya mana-mana apa yang anda dengar, si dia akan berkata-kata dalam negatif kerana si dia telah menyakiti anda dan takut. Oleh itu, jangan berputus asa tidak kira bagaimana gelap atau bagaimana buruk anda rasa. Ia "tidak akan berakhir sehingga ia sudah berakhir!" , yakinkan si dia.

Berhenti daripada berahsia dan berbohong dalam mendapatkan semula kepercayaan si dia, anda terlebih dahulu perlu jujur dan mengakui kesilapan yang telah dilakukan, perbuatan cuba menipu, mengelak dan menafikan hanya akan menambahkan lagi kecederaan mental pada pasangan anda, malah ianya adalah satu penghinaan kepadanya Hidup anda sekarang mestilah seperti buku yang boleh dibaca oleh si dia tanpa adanya kekangan kerana si dia ada hak untuk mengetahui.

Meminta nasihat daripada orang ketiga, mereka mungkin mengambil kesempatan diatas situasi tersebut untuk merampas si dia atau mempergunakan anda. Yang paling jangan di minta bantuan adalah keluarga sendiri.

Berjanji untuk berubah,Jangan terlalu cepat untuk berjanji, anda mungkin gagal dalam menepati janji tersebut dan ini boleh menjejaskan hubungan yang baru hendak dibina semula. Sebaliknya tonjolkan diri anda, ceritakan bagaiman anda merasa bahagia hanya dengan si dia bersama dengan anda. Tunjukkan anda bukannya individu yang sedih dan suram tetapi jangan terlalu ghairah.

Memaksa diri anda,Jangan! tiada perlunya untuk terlalu memaksa diri anda, tiada apa yang perlu anda kejar, si dia telah pun ingin terus bersama dengan anda, daripada anda berusaha seorang diri adalah lebih baik anda percayakan si dia dan berkongsi beban tersebut bersama-sama. Anda dan si dia tidak perlu meletakkan had masa kerana ianya bukan kontrak di dalam dunia perniagaan, ini adalah soal masa dan emosi.

Anda cuba menggunakan kekerasan dalam hubungan, ianya disebabkan anda masih belum boleh mempercayai si dia sepenuhnya, anda mengalami superior complex, anda akan bersifat possesive, anda mahu mengikat si dia kerana anda mahu si dia sentiasa dengan ada, dan akhirnya anda menggunakan kekerasan untuk memastikan si dia terus bersama dengan anda.


Jangan terlalu mudah ikutkan perasaan, jangan terlalu mudah cepat kecewa dan jangan cuba melemahkan diri anda, anda harus kuatkan semangat kerana si dia paling memerlukan anda, ini kerana si dia mengalami perasaan kecewa terhadap dirinya sendiri disebabkan kelemahan dalam gagal mengawal dirinya, si dia mungkin mengangap anda tidak memerlukan dirinya lagi, "ada perempuan yang lebih baik", "aku tidak layak untuk dia", jadi pada masa ini, anda harus tunjukkan kepada si dia yang ada memerlukan si dia bukan kerana simpati atau belas kasihan tetapi kerana anda tidak dapat hidup tanpa dia,contohnya, "saya perlukan awak", "awak milik saya" dan "saya tidak mahu kehilangan awak".

Jangan ego, sekarang bukannya untuk menayangkan pride anda, sekarang adalah masa untuk menyeseal, empati, belas kasihan, jujur dan emosi.Untuk mengembalikan kepercayaan, anda memerlukan "control" sepenuhnya terhadap sifat mementingkan diri, ketidakmatangan atau apa-apa sifat yang boleh menjejaskan hubungan.Yang paling penting, jangan menunding jari.

Jangan menghubungi atau bertemu dengan lelaki atau perempuan daripada hubungan sebelum si dia, ianya akan mengelirukan si dia, tidak kira anda mengenalnya sejak kecil atau macam mana sekalipun, berhenti menghubungi mereka, ini akan melemahkan hubungan anda dan kepercayaan si dia.

Konklusinya, Qz percaya jika masalah ini tidak di atasi, fonomena ini akan menjadi kebiasaan di mana Malaysia sebagamana di negara barat, oleh itu, Qz harap pada pasangan di luar jangan terlalu cepat membuat keputusan, jangan musnahkan hubungan anda dan si dia hanya semata-mata anda telah dikhianati.


We Appreciate Your Comments

2 Respones to "Si Dia Curang??"

Qz said...

kalu aku bunuh je!!


November 21, 2011 at 10:15 PM
laila ameera said...

Apa tajuk manga ni?


September 18, 2014 at 2:58 AM

Post a Comment

Blog Fansub XLAWS

J-Rock | J-Pop | Visual-Kei Fansub
 
Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Edited By XLAWS