S&M



Apa Khabar? Kali ini Qz nak cerita sikit pasal S/M, harap info ini berguna kepada sesiapa yang ingin tahu. Pertama sekali kita kena tahu, S/M ialah singkatan kepada Sadomasochism, jadi apakah itu Sadomasochism?


Sadomasochism ialah seseorang yang menikmati keseronokan secara seksual melalui menyakiti (pemberi) atau disakiti (penerima) dan memalukan (pemberi) dan dimalukan (penerima).


Terma sadis digunakan kepada golongan pemberi manakala masochist adalah golongan yang  penerima. Kebiasaanya, penerima adalah lebih ramai daripada pemberi, Qz menganggap Sadomasochism adalah golongan yang mengalami masalah psikologi, namun mereka bukanlah golongan yang berbahaya, apa yang dimaksud oleh Qz ialah dari segi perubatan, masih tiada kajian terperinci dibuat terhadap Sadomasochism dan dalam sejarah dan budaya Sadomasochism ianya hanyalah amalan erotik antara pasangan mereka sebagai lambang cinta.
 

Jadi perlu diingatkan, sadism melibatkan persetujuan pasangan tidak boleh disamakan dengan keganasan seksual!! Dalam erti kata lain, salah seorang daripada pasangan tersebut akan memainkan peranan sebagai pemberi dan seorang lagi akan menerima peranan sebagai penerima, peranan antara pasangan boleh diubah mengikut persetujuan yang telah dibuat.

Antara Amalan erotik yang wujud dalam budaya Sadomasochism ialah BDSM, BDSM adalah ringkasan kepada 3 cabang iaitu B/D (Bondage/Displince), D/S(Dominance/Submission) dan S/M (Sadism/Masochist).
Jadi,ini adalah asas yang perlu diketahui.


P/S:
Disebabkan pekara asas tentang S/M telah pun Qz utarakan, nanti Qz nak cerita lain hari pula pasal BDSM, Qz juga nak menyentuh pekara berkaitan "fetish" dan "hentai", itupun jika ada yang berminat, Sekian.



We Appreciate Your Comments

1 Respones to "S&M"

Anonymous said...

ganas . . .


September 20, 2011 at 9:08 AM

Post a Comment

Blog Fansub XLAWS

J-Rock | J-Pop | Visual-Kei Fansub
 
Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Edited By XLAWS