Kereta Api Berpesawat?



Para penyelidik Jepun di Universiti Tohoku sedang membina sebuah kemudahan pengangkutan yang luar biasa. Iaitu, kereta api berpesawat.


Mereka telah bekerja keras sejak tahun 2001 untuk membina sebuah prototaip kereta api masa depan yang sangat aerodinamik sehinggakan reka bentuknya menyerupai kapal terbang.

Teknologi yang mereka sebut "Wing-In-Ground Effect" dicipta berdasarkan konsep teknologi kereta api Maglev (Magnet Levitate) iaitu kereta yang menggunakan kuasa magnet untuk bergerak. Kereta api ini tidak menyentuh rel dan terapung di udara.

Mereka menamakan kenderaan pengangkutan ini Aero-Train yang bakal siap sepenuhnya pada tahun 2020 dan mampu memecut sehingga 500 KM/H dengan muatan 325 penumpang.





We Appreciate Your Comments

0 Respones to "Kereta Api Berpesawat?"

Post a Comment

Blog Fansub XLAWS

J-Rock | J-Pop | Visual-Kei Fansub
 
Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Edited By XLAWS