BAHASA MELAYU Bahagian 1




Dalam menghadapi arus pemodenan dan demi mencapai wawasan 2020 untuk menjamin kemajuan negara, kerajaan telah mengambil kira banyak faktor termasuk kedudukan bahasa kebangsaan. Maka timbulnya persoalan, adakah kedaulatan bahasa melayu sebagai bahasa melayu akan terjamin sebagai bahasa kebangsaan termasuk nasib bahasa melayu pada masa hadapan?. Pekara ini perlu diberi perhatian kerana antara pekara yang diambil kira dalam perkembangan sesebuah tamadun adalah bahasa dan kesusteraannya. Maka mampukah bahasa Melayu membuktikan kelayakanya sebagai bahasa kebangsaan dan dapatkah bahasa melayu terus dipertahankan sebagai bahasa kebangsaan?


Antara pekara yang perlu difahami terlebih dahulu adalah kepentingan bahasa itu sendiri. Bahasa adalah penting kerana ianya digunakan sebagai komunikasi serta digunakan dalam kesusteraan dalam sesebuah tamadun dan aspek ini digunakan oleh sejarawan untuk menilai tahap pencapaian ketamadunan dan melalui sastera juga golongan sejarawan dapat memahami budaya,adat,nilai dan akar umbi kewujudan bangsa serta tamadun tersebut, maka pembaca terlebih dahulu harus mengubah anggapan bahasa hanya sebagai untuk berkominakasi sahaja. Jika dilihat dari sudut sejarah, bahasa melayu telah pun digunakan di negara ini sejak zaman kesultanan melayu Melaka, dimana pada zaman tersebut bahasa melayu digunakan sebagi "lingua franca" dan juga merupakan bahasa ilmu ketika itu. Asal-usul bahasa melayu masih lagi dikaji dan pelbagai kajian dan tesis telah diterbitkan berkaitan bahasa melayu serta pekara yang berkaitan asal-usul dan penggunaanya serta perkembangan bahasa melayu mengikut tamadun tersebut.Kalau dilihat dari segi aspek penggunaanya pula, Bahasa Melayu merupakan antara bahasa yang paling ramai penuturnya, dimana dianggarkan penggunanya berjumlah hampir 300 juta orang serta paling menakjubkan ialah jumlah bahasa di dunia adalah kira-kira 6000-6800 namun bahasa melayu terpilih dijadikan sebagai bahasa rasmi kepada 4 negara iaitu Brunei,Indonesia,singapura dan Malaysia dan tidak ditelan zaman atau tidak terancam daripada kepupusan. 


Jadi adakah rakyat negara ini masih lagi mengingati tarikh kemerdekaan tanah melayu.Pada tarikh 31 ogos 1957, Tanah Melayu telah mencapai kemerdekaan dan bebas daripada cengkaman penjajah dan terbentuklah Negara Malaysia maka secara rasminya di dalam perlembagaan Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi Negara Malaysia. Bahasa Melayu telah diterima sebagai bahasa rasmi oleh rakyat negara Malaysia walaupun terdapat banyak halangan, setelah itu, Bahasa Melayu kemudiannya mengalami proses perubahan, oleh itu, wujudlah bahasa malaysia yang mempunyai identiti tersendiri dimana dapat membezakan bahasa malaysia daripada rumpun bahasa melayu. Dimana penuturnya tidak terhad kepada orang melayu sebaliknya dipakai luas oleh rakyatnya tanpa mengira kaum. Ini kerana pelbagai insentif dan program serta aktiviti telah diusahakan dalam memperkasakan bahasa melayu sebagai bahasa rasmi dan meletaknya selaras sebagai bahasa pengantaraan dan bahasa ilmu.

Jadi ingin penulis menggunakan kata-kata Francois Valentyn yang kemudiannya diterjemahkan oleh Harvey pada tahun 1884,''Bahasa mereka, bahasa Melayu adalah bahasa Melayu yang tidak hanya digunakan di pantai-pantai, tetapi digunakan di seluruh Hindia Belanda, termasuk negeri-negeri di timur sebagai bahasa yang difahami di mana sahaja dan oleh sesiapa saja.Terlebih lagi, jika anda tidak memahami bahasa ini, anda akan dianggap sebagai orang yang sangat tidak terdidik di dunia Timur, sedangkan orang Melayu sudah terbiasa mempelajarinya, berusaha bersungguh-sungguh dengan memperluas pengetahuan tentang bahasa tersebut''.


Adalah sangat malang kerana pada masa kini, terdapat tanda-tanda bahasa melayu dipinggirkan dan dipandang remeh oleh rakyat Malaysia sendiri, sedangkan bahasa dan kesusteraan bahasa melayu mendapat pengiktirafan daripada negara luar tetapi di negara sendiri, bahasa melayu dianggap tidak cukup standard untuk digunakan, bahasa melayu dipinggirkan dan bahasa asing disanjung."Bahasa Jiwa Bangsa" telah banyak kali disiarkan dan dilaungkan namun dimanakah letaknya martabat bahasa rasmi yang telah tertakluk di bawah perlembagaan negara?. Telah sekian lama pejuang-pejuang bahasa melayu mempertahankan bahasa dan kesusteraan melayu namun ada yang tidak menghargainya malah diabaikan. Seharusnya semua pihak dinegara ini sedar bahawa bahasa melayu perlu tersemat didalam jiwa dan raga rakyat malaysia.Jika tidak, bahasa melayu akan dimamah zaman dan bahasa melayu bukan lagi bahasa Malaysia.

Adalah sangat malang kerana bahasa melayu telah pun terpahat di dalam sejarah kota melaka dan sejarah negara malaysia, bahasa melayu telah diterima pakai sebagai bahasa ilmu dan komunikasi, dapatkah khazanah negara ini terus dipertahankan oleh generasi seterusnya atau apakah perjuangan ini  akan menjadi sia-sia dan pupus begitu saja. Penulis merasa amat sedih terhadap layanan yang diterima oleh persatuan dan pejuang bahasa melayu, mereka hanya meminta kerajaan bertegas dalam isu memartabatkan bahasa melayu. Adalah ingin ditegaskan Kami menerima sesiapa sahaja yang ingin turut serta dalam perjuangan ini tanpa diambil kira asal usul mereka tapi kalau tidak mahu tidak mengapalah, tiada apa yang perlu ditakutkan.Kami cuma buat apa kami boleh buat,awak buat apa yang awak boleh buat. Kami telah dituduh dengan pelbagai gelaran antaranya language purist, language chauvinist, language extremist atau language nationalist. Ada pula yang menyatakan pejuang Bahasa Melayu sebagai kolot, provincialist atau ketinggalan zaman dan pelbagai macam kata-kata menghina. Ingatlah!bukan hanya warga emas sahaja yang berjuang mempertahankan bahasa melayu ,generasi baru juga turut serta turun padang. Kami tidak pernah mengalah,Ingatlah!"bahasa melayu mengalir dalam darah kami dan telah sebati menjadi darah daging".


Lagi ingin penulis menegaskan, jangan sekali-kali mencabar kedaulatan dan mencemarkan kehormatan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara Malaysia.Untuk apa perlu dipertikaikan tentang bahasa apa yang harus dijadikan bahasa kebangsaan?.Itulah yang akan dipersoalkan! penulis telah banyak kali menerima saolan-soalan yang diutarakan seumpama begini namun kenapa pula itu yang harus menjadi alasan untuk penulis membiarkan bahasa Melayu tergadai kerana sesetengah individu yang tidak persafahaman dengan penulis.Bagi penulis mempertahankan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Malaysia adalah amat penting untuk penulis. Sekian.

Credit To: Qz


We Appreciate Your Comments

1 Respones to "BAHASA MELAYU Bahagian 1"

Qz said...

Fakta menarik 1
Ada 20 bahasa yang diterima sebagai bahasa rasmi dan bahasa melayu adalah salah satu daripadanya.


September 16, 2011 at 4:17 PM

Post a Comment

Blog Fansub XLAWS

J-Rock | J-Pop | Visual-Kei Fansub
 
Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Edited By XLAWS