Anime: Antara Ecchi dan Hentai




Apa khabar? Kali ini Qz nak sentuh sikit mengenai Anime: antara ecchi dan hentai. Anime adalah sebutan yang digunakan oleh orang jepun untuk merujuk kepada kartun dan animasi, ianya diambil daripada perkataan animation. Anime mempunyai pengaruh dan peminat daripada jepun dan luar negara, malah barat mula menerima gaya anime, walaubagaimanapun animasi yang dihasilkan di luar negara dianggap bukan anime. Setiap anime mempunyai tema mereka sendiri dan pasti ramai sedar terdapat banyak elemen yang digunakan dalam anime, antaranya ialah ecchi, penyeri dunia anime namun bagaimana penonton ingin membezakan antara ecchi dan hentai?


Ecchi (エッチ, etchi?)  adalah sebutan huruf "H" dalam rumi jepun dan sebutan "H" ialah huruf pertama diambil daripada perkataan "Hentai". Ecchi merujuk kepada manga dan anime yang mengandungi unsur-unsur seksual namun dalam keadaan terkawal. Ianya terpulang kepada imaginasi penonton kerana kebiasaanya unsur-unsur seksual digabungkan dengan situasi lucu untuk mewujudkan keadaan yang erotik. Contohnya, salah faham dalam dialog, ianya selalu digunakan untuk mewujudkan situasi lucu. konsep ini boleh dianggap sebagai tanda terima kasih kepada penonton dengan menggunakan tema berkaitan dengan unsur seks dan dibenarkan setelah mengikut batas-batas tertentu malah ianya juga menarik lebih ramai peminat untuk membeli anime tersebut. Salah satu adengan yang selalu digunakan ialah protagonis lelaki tidak sengaja memasuki tempat mandi dan perempuan akan mula menjerit lalu membelasah protagonis sampai separuh mati.

Jadi apa yang dapat membezakan antara ecchi dan hentai sedangkan ianya tidak jauh berbeza antara satu sama lain. Ecchi dapat dibezakan dengan mengikut sifat-sifat dibawah:


Mengikut gambar grafik yang selalu menunjukkan gambar-gambar seksi(mendedahkan bahagian badan wanita), konsep ini sentiasa berulang kali digunakan, antara scene yang popular seperti bilik mandi, onsen, pakaian seksi dan pakaian koyak terkena senjata semasa berlawan serta sewaktu watak bertukar memakai kostum,contohnya sailor moon. Antara anggota yang selalu didedahkan ialah punggung ataupun payudara dan panchira. Selain itu, imaginasi pratoganist terhadap watak perempuan dalam fantasi seksual dan akhirnya dengan pelbagai alasan digunakan untuk mewujudkan adengan erotik.


Setiap anime mempunyai batasannya yang tersendiri, maksud Qz kat sini, contoh yang paling terbaik ialah To Love-Ru mesti dah biasa dengan adengan bogel, jadi antara batasan yang digunakan ialah asap, lumut, rambut, pakaian, elemen hiasan, kesan cahaya, dan lain-lain. Namun ada anime yang tidak meletakan batasan yang jelas menampakkan bahagian-bahagian tubuh badan. Seluar dalam atau panties atau pantsu memang popular dalam anime, tidak satu genre atau tema anime yang terlepas daripada adengan ini, selalunya pratoganist tidak sengaja terlihat, dalam erti kata lain ternampak dan pratogonist tidak dapat melarikan diri, ada yang hidung berdarah untuk "punch line". Seluar dalam sentiasa berbeza dengan bentuk, jenis dan warna dan pemakainya kebiasaanya adalah pemalu, memakai warna putih bertemakan stawbery, haiwan dan hati atau berjalur.


Kebiasaanya tiada elemen hubungan seksual di dalam anime dan manga yang dianggap ecchi, jika tidak ianya akan dipanggil hentai, ini bahagian kritikal yang menentukan sama ada anime tersubet 18-kin atau tidak. Jika anime tersebut menunjukan adengan pratogonist melakukan hubungan seksual, hanya bahagian tertentu ditayangkan seperti bercumbu-cumbuan dan mungkin menggunakan bayangan hitam, dalam erti kata lain ianya tidak menunjukan sepenuhnya adengan tersebut serta bahagian-bahagian tubuh badan terutama kemaluan. Kebiasaannya ianya tidak mengambil masa selama 1 minit. Semua ini kerana untuk mengekalkan anime dan bukannya menjadikannya hentai.

Qz percaya ada yang mula faham dan ada yang masih kurang faham, jadi sekarang Qz nak sentuh pula pasal hentai. Hentai dalam erti kata lain adalah pornografi, kiranya bahan yang digunakan untuk berfantasi sama ada untuk kepuasan seksual atau apa sebab tujuannya. Di jepun, bahan-bahan pornografi seperti anime diberi gelaran ero anime,manga diberi gelaran seijin manga dan game diberi gelaran eroge dan AV singkatan kepada Adult Video serta terma 18-kin digunakan sebagai "18 kebawah dilarang ". Selain itu, H turut digunakan, contohnya, H anime, H manga dan H doujinshi.


Kesimpulannya, ecchi ialah adengan fantasi seksual yang digunakan oleh pembuat anime untuk menarik peminat membeli produk mereka,contohnya, terdapat versi "censored" dan "uncensored", biasanya blu-ray. Keadaan ini tidak berlaku terhadap hentai. Disini, Qz harap peminat anime tidak menyamakan hentai dengan ecchi walaupun keadaannya hampir sama namun ianya masih jauh berbeza kerana anime seharusnya dilihat dari kualiti cerita,seni lukisan, gaya, watak dan perkembangannya. Sedangakan, hentai walaupun cerita mahupun pengayaan persembahannya adalah berkualiti namun tujuan asal produksi adalah untuk dijual sebagai bahan pornografi.


We Appreciate Your Comments

0 Respones to "Anime: Antara Ecchi dan Hentai"

Post a Comment

Blog Fansub XLAWS

J-Rock | J-Pop | Visual-Kei Fansub
 
Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Edited By XLAWS