5 Senjata Tercanggih Dimiliki USA



Sebagai negara yang memiliki kuasa besar, mereka banyak mengkaji bidang teknologi yang baru sehinggakan dapat menghasilkan suatu benda baru yang tidak pernah dimiliki oleh negara-negara lain. Ada di antaranya menggunakan teknologi yang luar biasa. Website Silicon Alley Insider telah mengungkap beberapa teknologi yang unik dimiliki oleh kerajaan USA.

1. Senapang PHASR (The Personnel Halting And Simulation Response)


Senapang ini tidak melukakan orang, tetapi senapang ini menggunakan sistem laser yang direka hanya untuk membuat seseorang itu tidak sedarkan diri dan melihat. Senjata ini sempat digunakan di Iraq untuk melumpuhkan musuh yang tidak mahu berhenti semasa pemeriksaan.

2. Active Denial System


Lori ini memancarkan gelombang elektromagnet kepada seseorang itu lalu mengalami gangguan mental serta berasa lemah dan kesakitan.

3. Railgun


Senjata ini berfungsi dengan medan magnet untuk menembak dengan sangat cepat sehingga 7 kali ganda dari kecepatan suara. Pada asalnya senjata ini hanya ada di cerita sains fiksyen. Kemudian, Tentera AS mengkaji, menguji dan mengembangkan pada 2008. Difahamkan, teknologi ini akan siap sepenuhnya antara 2020-2025.

4. Serangga Hybrida MEMS


Senjata ini lebih canggih daripada kenderaan yang mempunyai remote control. Dengan menggantikan otak serangga dengan chip komputer yang boleh mengendalikan sistem saraf serangga tersebut. Serangga ini dilengkapi dengan kamera video dan mikrofon. Ianya digunakan untuk tujuan mengintip musuh.

5. Mikrofon Laser


Teknologi ini sudah ada di pasaran. Senjata ini mampu merekod perbualan seseorang dari jarak jauh. Getaran perbualan mereka akan direkod dari pantulan laser dari jendela. Kemudian, gelombang tadi akan diterjemahkan menjadi bentuk percakapan suara dari mangsa tersebut.



We Appreciate Your Comments

2 Respones to "5 Senjata Tercanggih Dimiliki USA"

nKhaR said...

pergh ! Serangga Hybrida MEMS !


September 20, 2011 at 7:38 PM
Qz said...

aku nak railgun
x pun gunblade


November 21, 2011 at 10:16 PM

Post a Comment

Blog Fansub XLAWS

J-Rock | J-Pop | Visual-Kei Fansub
 
Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Edited By XLAWS