Vocaloid ~Artis Dunia Digital~



Sempena tertubuhnya XLAWS MUSIC SEKAI, Qz nak rekomenkan pembaca sekalian layan PV vocaloid, Xlaws dah pun sediakan link-link di XMS, cuma nak tunggu pembaca mendapatkannya sahaja, hanya di:



Vocaloid?
Kepada yang masih tidak tahu, pembaca boleh dapatkan maklumat tersebut di sini:

http://xlawsknowledges.blogspot.com/2011/08/konsert-hologram-vocaloid-jepun-hatsune.html
http://xlawsknowledges.blogspot.com/2011/08/vocaloid-2.html

Kalau pembaca mahukan lebih banyak maklumat mengenai Vocaloid, taip sahaja vocaloid pasti
banyak maklumat yang boleh didapati.


Qz sebenarnya nak umumkan Vocaloid 3 akan bakal dipasarkan pada 21 hari bulan oktober, tahun 2011, walaubagaimanapun Qz masih belum dapat tarikh official release yang sebenarnya, dengan ini, Vocaloid 3 akan mengantikan perisian Vocaloid 2:
  • Audio lebih berkualiti;  sampel suara lebih panjang serta menggunakan bank suara yang hampir sama dengan UTAU VCV,  sebutan seperti /s/w/ diperbaiki menjadikan suara lebih lembut dan lancar.
  • Senang digunakan; papan antara muka yang diperbaruhui, lebih banyak file format audio boleh digunakan.
  • Fungsi seperti Undo atau Redo boleh digunakan dalam editor.
  • Sokongan bahasa selain bahasa jepun; antaranya bahasa korea,china dan sepanyol, yang tukang editnya pun adalah orang tempatan.
  • Boleh digunakan di windows Xp/Vista/7.
  • Satu perisian akan mengabungkan bank suara VY1 atau Mew, mungkin VY2 juga akan digabungkan bersama, selain itu, Gumi Extended telah pun disahkan akan dijual bersama sebagai edisi permulaan.

Di bawah adalah pek yang berbeza yang ditawarkan serta harga perisaian tersebut. Sila ambil perhatian bahawa editor VOCALOID3 Tiny adalah versi percubaan.


VOCALOID3 Libraries (with Tiny VOCALOID3 Editor)
  • VOCALOID3 Megpoid Power: 10,800 yen (berserta cukai: 11,340 yen)
  • VOCALOID3 Megpoid Whisper: 10,800 yen (berserta cukai: 11,340 yen)
  • VOCALOID3 Megpoid Adult:10,800 yen (berserta cukai: 11,340 yen)
  • VOCALOID3 Megpoid Sweet: 10,800 yen (berserta cukai: 11,340 yen)
  • VOCALOID3 Megpoid Complete (all voices): 25,000yen (berserta cukai: 26,250 yen)

VOCALOID3 Starter Pack (with Libraries & full VOCALOID3 Editor)
  • VOCALOID3 Starter Pack Megpoid Power: 16,800 yen (berserta cukai: 17,640 yen)
  • VOCALOID3 Starter Pack Megpoid Whisper: 16,800 yen (berserta cukai: 17,640 yen)
  • VOCALOID3 Starter Pack Megpoid Adult: 16,800 yen (berserta cukai: 17,640 yen)
  • VOCALOID3 Starter Pack Megpoid Sweet: 16,800 yen (berserta cukai: 17,640 yen)
  • VOCALOID3 Starter Pack Megpoid Complete (all voices): 29,800 yen (berserta cukai: 31,290 yen)

Masih terdapat pek yang lain namun kata putus harga masih belum ditetapkan, selain itu, pengguna tidak perlu membeli perisian vocaloid 1&2 kerana ianya datang bersama dengan Vocaloid 3. Jika ada yang berminat, pembaca boleh dapatkan diskaun dengan mendaftar di lawan web rasmi vocaloid.


Sejak daripada tahun 2004 sehingga sekarang, Yamaha telah menghasilkan 17 belas Vocaloid jepun, salah satunya, Miku, Luka dan Ren serta Rei, dan terdapat khabar angin mengatakan Yamaha akan mencipta lagu solo untuk kesemua vocaloid tersebut sempena pengeluaran Vocaloid 3, dan yang terbaik sekali ialah dalam album tersebut, vocaloid ke 18, vocaloid yang terbaru, Mew (disuarakan oleh Sakamoto Miu), dengan menggunakan software Vocaloid 3. Dengan itu, akan terbukanya lembaran sejarah baru buat Vocaloid.


Senarai Lagu yang akan dikeluarkan pada bulan september, 14 haribulan tahun 2011, korang boleh buat pra-pesanan di CDJapan dan YesAsia:

  1. “Nostalogic (THE VOCALOID edit)” by yuukiss feat. MEIKO (NND, YT)
  2. “Sen’nen no Dokusouka (d.g.mix)” by yanagi-P feat. KAITO (NND, YT) (VocaListener)
  3. “Miku Miku ni Shite Ageru♪” by ika feat. Hatsune Miku (NND, YT) (VocaListener)
  4. “Kokoro” by Toraboruta-P feat. Kagamine Rin (NND, YT) (VocaListener)
  5. “Aku no Meshitsukai” by mothy(Akuno-P) feat. Kagamine Len (NND, YT)
  6. “Dancing☆Samurai” by Kanimiso-P feat. Kamui Gakupo (NND, YT)
  7. “Just Be Friends” by Dixie Flatline feat. Megurine Luka (NND (the video has been set to private), YT) (VocaListener)
  8. “Mozaik Role” by DECO*27 feat. GUMI (NND, YT)
  9. “Kaze no Tadaima” by Tsuyatsuya-P feat. Kaai Yuki (NND, YT)
  10. “Guilty Verse” by Peperon-P feat. Hiyama Kiyoteru (NND, YT)
  11. “Satellite” by Peperon-P feat. Miki (NND, YT) (VocaListener)
  12. “Lily Lily★Burning Night” by SAM(samfree) feat. Lily (NND, YT) (VocaListener)
  13. “Tsukihane” by Seiko-P feat. VY1 (NND, YT)
  14. “GAJAPINAX” by renton-P feat. Ryuto (NND, YT)
  15. “Tobira no Mukou” by Hinayukki@Shigotoshite-P feat. Nekomura Iroha (NND,YT)
  16. “Kotoba Meteo” by HYBRID SENSE feat. Utatane Piko (NND, YT)
  17. “Garasu no Hana” by Machigerita-P feat. VY2 (NND, YT)
  18. “Line” by Yuyoyuppe feat. Mew

    Akhir kata, Qz ucapkan terima kasih kat Yamaha dan sekutu-sekutunya dalam perjuangan mereka menghasilkan vocaloid, dan Ganbate, teruskan usaha anda, kami akan terus menyokong Vocaloid. Jadi, sila beli CD original Vocaloid, sayonara.


    Cara Buka File .ISO



    Lama XLAWS tak buat tutorial. Maklumlah Final Exam skang nie. Yang info pasal H tu pun bukan XLAWS punya post, tetapi Qz. Beliau memang expert dalam bidang-bidang anime ni. Terima Kasih Qz ^_^.

    OK. Tutorial kali ni khas untuk abang Zul kerana beliau buntu macam mana nak guna file .ISO. Sila ikuti langkah-langkah ni yo. Nak buka ISO ni ada 2 cara (yang setakat XLAWS tahu la) dengan menggunakan software WinRAR dan Power ISO.

    WinRAR

    Pertama sekali, pilih Extract Files...


    Selepas tu, buat satu folder baru untuk simpan file yang nak di"extract"kan. Standard XLAWS letak kat desktop je. Jangan lupa tick keep broken files. (Mana tahu kalau file korang ada rosak sikit, proses extract masih boleh berfungsi dengan biasa). Selepas extract, korang boleh lah install game tu seperti biasa.


    DOWNLOAD
    (Mediafire)


    Power ISO

    Korang ikut je step macam gambar di bawah. Ianya untuk mewujudkan 2 Virtual DVD Drive. Nanti korang boleh mount kat situ. Kalau korang ada 3 DVD installer, korang set la DVD drive tu 3.


    2 Virtual DVD Drive telah diwujudkan.


    Selepas tu, korang mount setiap DVD tu untuk 1 DVD drive. Contoh Fable III (Disc 1) mount ke Drive (F:), Fable III (Disc 2) mount ke Drive (G:). Nanti bila korang install, tak ada keluar amaran nak suruh masukkan Disc 2.


    Kesimpulannya Power ISO lebih senang digunakan berbanding WinRAR kerana WinRAR perlukan masa untuk extract (mengambil masa yang lama untuk extract) dan install. Power ISO pula, mount (tak sampai seminit) dan terus install.

    DOWNLOAD
    (Mediafire)


    Makna Cukcold




    Dibawah adalah penjelasan yang digunakn untuk menerangkan Cuckold.

    • Pasangan tidak berpuas hati dengan hubungan seksual lalu membuat keputusan melakukan hubungan seksual dengan lelaki lain walaupun tidak mendapat persetujuan pasangannya. Pasangannya hanyalah untuk membersihkan kemaluannya daripada air mani lelaki lain. Pilihan yang ada pada pasangannya sama ada menjadi cuckold atau berpisah.

    • Suami yang menerima perbuatan isterinya melakukan hubungan romantis dengan lelaki lain dan keseronokan seksual isterinya adalah kebahagiaanya dan berimaginasi liar dengan pemikiran seksual semasa menyediakan minuman untuk isteri dan kekasih barunya.

    • Lelaki yang mengalami keseronokan seksual apabila isterinya mempunyai hubungan romantis dan seksual dengan lelaki lain kerana tidak dapat memuaskan isterinya disebabkan masalah zakar kecil, pancutan pramatang dan "menikmati" penghinaan seksual (M).

    • Pasangan yang saling cinta menyintai tetapi pasangannya memilih kebebasan dan mempunyai kekasih.

    • Suami atau teman lelaki yang menikmati hubungan seksual pasangannya dengan lelaki lain atau dipaksa melihat hubungan tersebut. Melibatkan penghinaan seperti kesucian, kewangan dan kepuasan.

    • Menyedari bahawa isterinya tidak setia dan sedih kerana kelemahan dirinya kerana tidak dapat memuaskan isterinya dan isterinya telah berkahwin dengan orang kenamaan kerana kemiskinan yang di alami olehnya.

    • Digunakn untuk menggambarkan lelaki yang berkahwin dengan wanita yang sanggup tidur dengan lelaki lain walaupun selepas berkahwin.

    • Suami yang mengalami masalah seksual dan tidak dapat memuaskan keinginan isterinya lalu membuat keputusan membenarkan isterinya melakukan hubungan seksual dengan lelaki lain dengan harapan isterinya terus menjalankan tanggung jawabnya sebagai seorang ibu dan tidak akan meniggalkannya walau hatinya perit.

    • Istilah yang digunakan untuk menghina lelaki yang mempunyai isteri yang curang.

    • Berasal daripada tabiat burung yang gemar bertelur didalam sarang burung lain dan meningalkanya untuk dijaga oleh perumah.

    • Seseorang yang membiarkan orang lain melakukan hubungan seksual dan romantis dengan isterinya kerana beliau adalah pengecut.

    • Lelaki yang telah ditipu oleh rakan baiknya, dimana dia ditipu untuk melakukan cuckold.

    • Lelaki tunduk patuh pada isterinya dan bersifat dominan manakala suaminya hanya melihat dan kadang-kala membayar mereka.

    • Lelaki tersebut menerima bayaran dan segala bil hutang akan dibayar dan dia harus membiarkan isterinya bermain dengan lelaki lain dan melihat isterinya menerima kemaluan lelaki tersebut memasuki bahagian sulit isterinya.

    • Apabila lelaki tersebut menerima keseronokan seksual dengan membenarkan lelaki daripada kaum yang berbeza seperti orang kulit hitam mengadakan hubungan intim dengan isterinya atau teman wanitanya, keinginan seksual yang berbentuk perkauman dan percaya dapat menjatuhkan maruah pasangannya kerana mengadakan hubungan seksual dengan orang kulit hitam, selalunya berakihir denga penceraian kerana telah hilang kepercayaan.


    Si Dia Curang??




    Dalam hubungan romantis antara anda dan si dia apabila salah seorang melanggar kepercayaan dan amanah tersebut maka ianya dianggap curang. Ini kerana hubungan ini melibatkan kepercayaan dan amanah, kebiasaanya pengkhianatan dalam hubungan dianggap tidak boleh dimaafkan.


    Tanda-tanda keberangkalian si dia curang:


    1. Si dia tidak lagi memerlukan anda
    Si dia mula mula jarang menghabiskan masa dengan anda, selalunya si dia memerlukan anda untuk menemaninya pergi ke pusat membeli-belah , bersenam atau berjalan-jalan tetapi kali ini si dia tidak lagi memerlukan anda, terdapat kebarangkalian seseorang telah menggantikan tugas anda, di mana si dia yang selalunya bergantung kepada anda, mula berdikari secara drastik, ianya salah satu flag yang menunjukkan dia tidak lagi memerlukan..anda.


    2.Si dia tidak cepat naik marah
    Si dia selalu marah apabila anda terlewat atau tidak menepati janji serta apabila mengetahui anda keluar berjalan-jalan bersama perempuan lain, sekarang tiada pula yang ingin ditegur atau dimarahkan seakan-akan si dia tidak lagi peduli pada anda. Masa dulu-dulu, segala pergerakan anda akan diperhatikan, namun sekarang segala silap dan masalah yang anda buat tiada satu pun menaikkan kemarahannya. Mungkin pekara ini baik untuk anda namun anda seharusnya sepatutnya berhati-hati dan perlu mengenal pasti kenapa dia tidak lagi peduli?


    3.Si dia jarang menelefon anda.
    Si dia tidak lagi berkongsi kehidupan sehariannya kerana dia tidak lagi berkongsi mengenai kehidupan sehariannya dengan anda, malah si dia memarihi anda apabila anda bertanya mengenai apa yang telah si dia buat pada hari tersebut dan akhirnya untuk mengetahui apa yang si dia buat pada hari tersebut anda terpaksa mencuri-curi melihat didalam BlackBerry sebabnya si dia tidak lagi membenarkan anda menyentuh telefonnya, namun telefonnya telah pun bertukar password. Selain itu, si dia mula meluangkan hanya sedikit masa terhadap anda di dalam telefon, namun bilnya melambung tinggi.

    4.Si dia memfocuskan anda sebagai subject.
    Apabila anda bertanya si dia, si dia menukar topik, si dia yang selalu bercakap dan berkongsi cerita dengan anda mula berubah, kalau anda tanya si dia bagaimana keadaan si dia pada hari ini anda hanya mendapat respon "mmhh", sekarang setiap kali topik dibuka, ianya adalah tentang anda dan anda sahaja, kemana perginya si dia yang selalu bercerita "hari ini saya.." dan "saya pergi...".


    5.Si dia memberikan perhatian luar biasa kepada anda lebih daripada kebiasaanya.
    Si dia memfokuskan segala-galanya kepada anda, memuji anda, kerap mengajak keluar, dan asyik menyebut "i love you" tanpa sebab, malah membuat pekara yang luar daripda kebiasaannya. Malah tindak- tanduknya mula membuatkan anda curiga, mungkin anda akan menenangkan diri anda dengan seribu alasan namun adalah  lebih baik anda menyiasat apa yang sebernarnya yang telah berlaku.

    6.Si dia berahsia kepada anda
    Apabila si dia cuba menyembunyikan sesuatu daripada anda, segala masalah akan dipendam oleh si dia, perkara yang merungsingkan si dia, masalah yang si dia tidak sanggup berkongsi dengan anda, si dia akan mengalami kerisaun kerana tidak mahu rahsia tersebut terbongkar, apatah lagi jika anda bertanya apa yang merisaukannya, si dia hanya menjawab sepatah dua dan alasannya adalah samar-samar dan tidak kukuh, jawapannya yang hanya akan menambah lebih banyak persoalan.

    7.Perubahan gaya hidup
     Si dia yang jarang berpakaian lawa dan mengemaskan diri kini cerewet di dalam pemilihan berpakaian, gayanya tidak kena dengan cita rasa anda malah kini penampilan si dia jauh berbeza daripada sebelum ini, si dia mula memperbaiki gaya pakaian, rambut  atau kulitnya, malah membeli seluardalam/bra atau baju baru namun kesemua ini bukannya dilakukan untuk mendapat perhatian anda. Selain itu, cara gayanya berjalan dan prosturer bentuk badannya mula berubah, segala perubahannya adalah jauh daripada dugaan anda dan berlaku secara drastik. Si dia juga mula melyani anda yidak seperti sebelum ini.

    8. Kerap mengelak daripada pandangan mata
    Si dia mula mengelak daripada bertembung dengan mata anda, ianya mungkin kerana si dia tidak mahu melihat mata anda kerana perasaan bersalah, si dia juga mula mengelak daripada bertembung dan bertemu dengan anda dan kerap menolak pelawaan anda untuk bertemu dengan 1001 alasan, malah si dia mula tidak meyentuh anda(skinship). Kiranya anda akan mengalami kesukaran untuk bertemu dengan si dia, segala perbuatannya menimbulkan syak kepada anda. Selain itu, kawan-kawannya mula menjauhkan diri daripada anda malah mukan kawan anda melakukan pekara yang sama, ini kerana tidak mahu rahsia terbingkar.

    9. Tidak memakai cincin, gelang atau rantai
    Jika anda pernah membeli si dia cincin, rantai atau gelang kepadanya, si dia sebelum ini kerap memakainya, barang-barang tersebut mengalami sentimental "value", yakini mengingatkan hubungan anda dan si dia, kini si dia tidak kerap memakainya lagi, jika ianya cincin atau gelang tempatnya berubah-ubah, bukan itu sahaja, si dia memakai rantai, cincin atau gelang bukannya daripada anda, lebih teruk lagi si dia memakai "choker", bila ditanya daripada siapa, alasan diberikan adalah tidak jelas.


    Bagaimana harus anda menguruskan pekara ini:
    Qz nak ingatkan tiada sebab untuk anda panik dengan tanda-tanda yang ditunjukkan oleh si dia, jika anda merasa pelik dengan tingkah lakunya atau anda mendapati si dia menipu anda dan merahsiakan sesuatu itu tidak bermakna si dia curang dengan anda. Pada saat ini, perasaan anda yang tidak mahu kehilangan si dia akan menyebabkan anda hilang kewarasan dan tidak dapat berfikir secara logik jika anda tidak menguruskan perasaan anda dengan baik.

    Tips menguruskan perasaan curiga anda:
    Anda mendapat firasat
    Jika anda merasakan si dia curang dengan anda, dekati si dia terlebih dahulu dan jangan sekali-kali bangkitkan isu curang, tanya terlebih dahulu jika si dia ada masalah dan beritahu si dia anda risau dengan tingkah lakunya, bangkitkan tengtang perbezaan tingkah lakunya daripada kebiasaannya dan katakan kepadanya anda ingin mengetahui punca dan sebabnya.


    Anda telah membuka topik perbincangan, jika si dia mempunyai masalah dalam hubungan, dan bermula daripada situ, adanya tanda-tanda si dia curang, untuk meneruskan topik mula menjadi sukar untuk anda.

    Anda mula merasakan firasat anda adalah betul
    Jadi, walaupun anda mempunya sebab untuk percaya si dia curang, jangan terus menuduh atau mengungutnya kerana jika firasat anda salah, si dia akan merasakan anda tidak mempunyai kepercayaan terhadapnya dan ini akan menjejaskan hubungan anda. Jadi anda tidak boleh menggunakan ayat "Saya tahu.." atau "Awak dengan siapa?" sebaliknya gunakan ayat seperti ini "ada apa-apa yang awak ingin beritahu saya" atau "saya rasa awak masih tidak percayakan saya, saya mahu awak berkongsi sepenuhnya dengan saya".

    Anda mungkin merasakan ianya agak passive kerana anda mahu berhati-hati dan tidak mahu masalah besar timbul jika anda salah tetapi jika anda betul, anda mendapat lesen untuk marah.


    Anda mempunyai bukti kukuh
    Jika anda telah pun mempunyai bukti bahawa si dia bersama dengan lelaki lain, dekati dia dengan penuh kesabaran, beritahu si dia perasaan anda, bagamana perasaan sebenar anda terhadap si dia, bagaimana perasaan anda apabila melihat si dia bersama dengan lelaki lain, dan apakah perancangan anda selepas ini?

    Memaafkan atau melupakan
    Anda mungkin merasakan curang adalah satu pengkianatan dalam hubungan si dia dan anda, tetapi cuba lihat dari sudut yan berbeza, anda perlu sedar pekara ini berlaku disebabkan kelemahan diri anda sendiri, si dia telah memperdayakan anda dan menikmati hubungan dengan lelaki lain, ianya mungkin disebabkan si dia tidak berpuas hati dengan anda.


    Sekarang soalan akan mula timbul:
    Bolehkan anda terus percayakan si dia?

    Jika jawapannya ialah tidak: Hubungan anda tidak dapat dipulihkan.Segala-galanya akan menjadi satu kenangan dan keadaan mungkin menjadi lebih teruk jika ianya menjadi satu trauma kepada anda.

    Jika jawapannya ialah ya: Ianya mungkin mengambil masa tetapi anda boleh berusaha memperbaiki hubungan anda dengan si dia, anda mungkin merasakan agak sukar untuk percayakan si dia semula tetapi anda tidak mahu kehilangan si dia, beritahu si dia, anda memerlukan bantuan daripada si dia membaiki hubungan bersama-sama, jika dilakukan dengan betul, masanya akan tiba, hubungan anda dapat dipulihkan.

    Tanya si dia kenapa dia melakukannya:
    Jika si dia tidak mahu beritahu: Anda perlu membuat keputusan sama ada anda masih boleh memaafkannya atau tidak.

    Jika ianya berkait rapat dengan masalah tidak puas hati dengan keadaan hubungan si dia dan anda:
    Apabila anda bersedia dan mempunyai jalan penyelesaiannya setelah memahami situasi tersebut, maka bolehlah anda dan si dia bersama-sama mengatasi masalah tersebut.

    Adakah ianya berbaloi:
    Jika anda rasa ianya berbaloi untuk mencuba dan meberikannya satu peluang untuk anda dan si dia memperbaiki hubungan tersebut, duduk dan berbincang dengan si dia, cuba fahami, mengapa dan kenapa si dia melakukannya, anda harus memberi perhatian terhadap "sebab" dan "punca" kenapa pekara tersebut boleh berlaku supaya pekara ini tidak berulang lagi.

    Anda mungkin boleh menganggap semua orang melakukan kesilapan, walaubagaimanapun  ianya tidak bermaksud curang boleh dimaafkan, tetapi jika si dia ingin berubah dan menyesal dengan perbuatannya, oleh itu, anda mungkin memaafkannya dan cuba membaiki hubungan anda dengan si dia walaupun ianya mengambil masa. Perlu diingatkan di dalam pekara ini, anda dan si dia sama-sama disakiti, anda merasa sakit kerana dikhianati tetapi si dia juga merasa sakit kerana mengkhianati, pada masa ini, anda dan si dia perlu jujur dan harus mengatasi masalah ini bersama- sama.


    Mungkin ramai pembaca berpendapat kenapa Qz harus menimbulkan isu ini, tetapi kita harus berhadapan dengan pekara ini, mengetahui pekara ini supaya kita dapat melihat kelemahan diri. Kepada golongan lelaki anda mungkin merasakan anda tidak dapat menerimanya, ini adalah kerana anda sedar anda tidak dapat memenuhi kehendaknya, daripada anda marah dan benci, adalah lebih anda perbaiki masalah anda terlebih dahulu, jangan jadi pengecut, hadapi masalah ini. Anda cuma takut dan bencikan diri anda, anda sebenarnya benci terhadap kelemahan, perasaan tidak berdaya dan merasakan diri anda tidak berguna kemudian anda mula merasakan dunia bagaikan sudah kiamat, malah anda berfantasi bagaimana si dia dan lelaki lain berada di atas katil ditelan dalam gelombang nafsu, tetapi semua hanyalah perasaan anda, jangan disebabkan anda ingin melarikan diri daripada masalah ini anda menyalahkan dan membenci si dia, ingat balik perasaan cinta anda kepada si dia, adakah selemah itu cinta anda kepada si dia.


    Mengatasi masalah bersama
    Anda dan si dia akan mengalami ketidak stabilan emosi, dalam proses membaiki hubungan adalah penting kedua-dua pihak bersabar dan jujur antara sama lain, anda perlu belajar untuk percayakan si dia, supaya si dia dapat membuka hatinya kepada anda dan cuba terima si dia seadanya. Wujudkan zon selesa, letakkan matlamat bersama-sama supaya anda dan si dia merasa selesa apabila bersama, apabila timbul masalah jangan sisihkan si dia dan kongsi masalah tersebut

    Antara pekara yang harus anda elakkan:
     
    Jangan percaya mana-mana apa yang anda dengar, si dia akan berkata-kata dalam negatif kerana si dia telah menyakiti anda dan takut. Oleh itu, jangan berputus asa tidak kira bagaimana gelap atau bagaimana buruk anda rasa. Ia "tidak akan berakhir sehingga ia sudah berakhir!" , yakinkan si dia.

    Berhenti daripada berahsia dan berbohong dalam mendapatkan semula kepercayaan si dia, anda terlebih dahulu perlu jujur dan mengakui kesilapan yang telah dilakukan, perbuatan cuba menipu, mengelak dan menafikan hanya akan menambahkan lagi kecederaan mental pada pasangan anda, malah ianya adalah satu penghinaan kepadanya Hidup anda sekarang mestilah seperti buku yang boleh dibaca oleh si dia tanpa adanya kekangan kerana si dia ada hak untuk mengetahui.

    Meminta nasihat daripada orang ketiga, mereka mungkin mengambil kesempatan diatas situasi tersebut untuk merampas si dia atau mempergunakan anda. Yang paling jangan di minta bantuan adalah keluarga sendiri.

    Berjanji untuk berubah,Jangan terlalu cepat untuk berjanji, anda mungkin gagal dalam menepati janji tersebut dan ini boleh menjejaskan hubungan yang baru hendak dibina semula. Sebaliknya tonjolkan diri anda, ceritakan bagaiman anda merasa bahagia hanya dengan si dia bersama dengan anda. Tunjukkan anda bukannya individu yang sedih dan suram tetapi jangan terlalu ghairah.

    Memaksa diri anda,Jangan! tiada perlunya untuk terlalu memaksa diri anda, tiada apa yang perlu anda kejar, si dia telah pun ingin terus bersama dengan anda, daripada anda berusaha seorang diri adalah lebih baik anda percayakan si dia dan berkongsi beban tersebut bersama-sama. Anda dan si dia tidak perlu meletakkan had masa kerana ianya bukan kontrak di dalam dunia perniagaan, ini adalah soal masa dan emosi.

    Anda cuba menggunakan kekerasan dalam hubungan, ianya disebabkan anda masih belum boleh mempercayai si dia sepenuhnya, anda mengalami superior complex, anda akan bersifat possesive, anda mahu mengikat si dia kerana anda mahu si dia sentiasa dengan ada, dan akhirnya anda menggunakan kekerasan untuk memastikan si dia terus bersama dengan anda.


    Jangan terlalu mudah ikutkan perasaan, jangan terlalu mudah cepat kecewa dan jangan cuba melemahkan diri anda, anda harus kuatkan semangat kerana si dia paling memerlukan anda, ini kerana si dia mengalami perasaan kecewa terhadap dirinya sendiri disebabkan kelemahan dalam gagal mengawal dirinya, si dia mungkin mengangap anda tidak memerlukan dirinya lagi, "ada perempuan yang lebih baik", "aku tidak layak untuk dia", jadi pada masa ini, anda harus tunjukkan kepada si dia yang ada memerlukan si dia bukan kerana simpati atau belas kasihan tetapi kerana anda tidak dapat hidup tanpa dia,contohnya, "saya perlukan awak", "awak milik saya" dan "saya tidak mahu kehilangan awak".

    Jangan ego, sekarang bukannya untuk menayangkan pride anda, sekarang adalah masa untuk menyeseal, empati, belas kasihan, jujur dan emosi.Untuk mengembalikan kepercayaan, anda memerlukan "control" sepenuhnya terhadap sifat mementingkan diri, ketidakmatangan atau apa-apa sifat yang boleh menjejaskan hubungan.Yang paling penting, jangan menunding jari.

    Jangan menghubungi atau bertemu dengan lelaki atau perempuan daripada hubungan sebelum si dia, ianya akan mengelirukan si dia, tidak kira anda mengenalnya sejak kecil atau macam mana sekalipun, berhenti menghubungi mereka, ini akan melemahkan hubungan anda dan kepercayaan si dia.

    Konklusinya, Qz percaya jika masalah ini tidak di atasi, fonomena ini akan menjadi kebiasaan di mana Malaysia sebagamana di negara barat, oleh itu, Qz harap pada pasangan di luar jangan terlalu cepat membuat keputusan, jangan musnahkan hubungan anda dan si dia hanya semata-mata anda telah dikhianati.


    NTR: Mitos atau Realiti




    Apa Khabar? Kali Qz nak bangkitkan semula isu genre Netorare atau singkatannya NTR, manakala di barat ianya digelar sebagai cuckold, apa yang ingin disentuh oleh Qz ialah adakah NTR hanyalah satu genre didalam dunia Hentai atau secara realitinya ianya bukan mitos. NTR didalam dunia hentai menggambarkan keadaan MC (Main Character) lelaki "cuckoldry" atau perempuaan"hotwife/cuckoldress" atau kedua-duanya sekali dirampas atau diambil oleh orang lain, selalunya peraturannya adalah begini:


    "Pasangan MC melakukan hubungan seksual dengan orang lain, situasi yang membuatkan pasangan marah, kecewa, lemah, tidak berdaya, tidak berguna dan hilang arah seakan-akan dunia telah berakhir, ianya juga melibatkan situasi rogol, BDSM, peras ugut, orgy, gang bang, kerosakan mental, penghinaan, penghambaan seks, kadang-kala bunuh, mereka yang telah berkahwin dan mempunyai keluarga musnah, pasangan yang setia dan menjaga kehormatannya mengalami perubahan kesetiaan dan tunduk kepada nafsu dan tidak dapat kembali semula kerana ketagihan seks (ahegao), mencemar dan menghina bekas pasangan sama ada secara rela  atau tidak  setelah diarah oleh pasangan baru supaya mereka terjejas dan tidak dapat kembali secara tidak langsung menjamin kelangsungan NTR ,biasanya MC adalah orang yang terakhir mengetahui kebenaran situasi dan biasanya ianya sudah terlambat, pasangannya akan dianggap ketagihan terhadap seks setelah merasai hubungan seksual dengan lelaki lain dan fonemana ini dipanggil 'virgin-whore dichotomy' manakala Greg Stolze memanggilnya WECHBY: Perempuan yang semua orang boleh sentuh kecuali anda, watak perempuan yang asalnya manis setelah dicemari menganggap dirinya menjadi busuk dan memutuskan hubungan, kemudian terpaksa mengikut segala arahan kerana diperas ugut serta tidak mempunyai tempa untuk bergantung dan akhirnya mengalami perubahan fisiologi dan mental dan kemudiannya menjadi rosak(ahegao)..."


    Jika mahu diteruskan pasti harinya tidak akan kunjung tiba, jadi mengapa Qz menulis catatan diatas, rasanya pembaca mesti sedar sekarang tidak ada satu pun situasi menunjukkan MC bangkit semula melawan untuk merampas kembali pasangannya!. Ini kerana ianya adalah dunia hentai yang mengikut skrip untuk memenuhi kehendak pasaran semata-mata demi melariskan produk mereka. Ini adalah dunia bisnes kepada mereka, jadi mereka merasakan mereka tidak perlu ambil kisah!.


    Sekarang, Qz nak jelaskan bahawa NTR adalah benar-benar wujud tetapi tidaklah seperti apa yang digambarkan di dalam dunia Hentai, NTR atau Cukcold dalam sejarah adalah satu bentuk penghinaan yang menjejaskan maruah kerana isterinya bersama dengan lelaki lain, perkataan ini direkodkan sejak abad ke-13 diambil daripada nama sejenis burung yang menetas telurnya didalam sarang burung lain. Walaubagaimanapun dalam istilah moden, cokcold bermakna lelaki yang mempunyai fetish, menerima kenikmatan seksual dengan menonton pasangannya melakukan hubungan seksual dengan lelaki lain. Rekod berkaitan cukcold telah dicatatkan di seluruh dunia, dari dunia eropah sehingga ke dunia islam, menurut pandangan Sheikh Muhammad bin Uthman Adh-Dhahabi, perbuatan ini adalah salah satu dosa utama daripada tujuh puluh dosa, catatan beliau didalam buku yang berjudul "AL kaba'ir" (Dosa Utama), cukcold menduduki tempat ke-34 dalam senarai tersebut.


    Qz juga ingin menyentuh sedikit mengenai teori psikologi yang berkaitan dengan NTR untuk lebih memahami sifat NTR yang sebenarnya, oleh itu, saya perkenalkan Robin Baker dan bukunya yang penuh kontroversi "Sperm Wars", beliau telah membuat spekulasi bahawa rasangan dan kenikmatan cukcold berkait rapat dengan biologi seksual dan rasangan seksual kepada otak. Teori beliau menjelaskan apabila MC percaya pasangannya melakukan hubungan seksual dengan orang lain, maka satu tindak balas akan berlaku menggesa dirinya untuk bersetubuh dengan pasangannya, demi untuk bersaing" dengan sperma lelaki lain, bukan itu sahaja, apabila memulakan hubungan seksual, pasangan lelaki menekan lebih dalam dan kuat demi mengeluarkan sperma lelaki lain dan melakukan hubungan seksual berulang kali sedangkan pada waktu biasa, pasangan lelaki tidak cenderung untuk melakunya berulang kali namun kali ini MC berusaha dan berusaha melakukan hubungan seksual berulang kali. Sementara itu, didalam buku tersebut mencatatkan, pasangan MC akan menikmati rangsangan seksual yang luar biasa, ini kerana neurochemical "tinggi" dicetuskan kerana hubungan romantik atau hubungan fizikal selain kekasihnya (MC) dan kesannya pasangan MC dapat menikmati hubungan seksual yang luar biasa kerana dapat pula melakukan hubungan seksual pula dengan MC setelah melakukannya dengan lelaki lain. Ini adalah kerana kesan oxytocin yang tinggi serta neurochemical lain yang mencetuskan keseronokkan, kegairahan dan perasaan yang luar biasa yang selalu dilepaskan sebelum melakukan hubungan seksual. Namun, ianya memberi kesan negatif terhadap fizikal seperti sakit badan, sakit kepala, dan kebimbangan. Neurochemical pasangan MC akan berubah dari semasa ke semasa sementara hubungan MC dan pasangannya masih berterusan, perubahan neurochemicals yang di alami oleh pasangan MC akan menggalakan ikatan, perancangan, dan memupuk. Selepas itu, apabila pasangan MC melakukan hubungan seksual dengan lelaki baru, ianya akan mencetuskan tindak balas neorochemicals mewujudkan   kenikmatan  seksual yang baru, membawa kebahagiaan kepada suaminya.


    Konsep di atas menerangkan hipotesis asas bahawa perasaan cemburu akan menyebabkan MC mengalami konflik didalam dirinya, perasaan superior dan kebanggannya sebagai kekasih pasangannya lalu menimbulkan merasa cemburu kerana pasangannya disentuh oleh lelaki lain selain daripada dirinya. Dalam sudut  hatinya, MC menjerit "Anda adalah milik saya! Milik saya sahaja semata-mata". Walaubagaimanapun, ini hanya sedikit sebanyak menerangkan apa itu cuckold! Jika dikaji secara teliti, antara cuckold dan NTR terdapat perbezaan yang besar.


    Qz telah mengkaji NTR dan Qz percaya NTR adalah genre yang pada asalnya digunakan untuk eroge yang kemudiannya berkembang memasuki dunia anime dan manga, situasi permainan eroge biasanya "pasangan MC akan dirampas atau digoda sama ada pasangan MC rela atau tidak, dimana peraturan asasnya mestilah ianya adalah orang yang terdekat dengan MC dan mempunyai hubungan romantis serta bertujuan membuat perasaan marah terhadap pengguna," sedikit sebanyak telah berubah pada masa kini, kerana terdapat genre NTR yang meletakkan "MC perlu berusaha mempertahankan pasangannya dengan cara apa sekali pun". Oleh itu, jika kita lihat pada sifat cuckold pula dimana kebiasaanya pasangan MC adalah bersifat dominan manakala MC adalah submassive serta lebih banyak merujuk kepada hubungan suami isteri maka jelas terdapat perbezaan disini, diantara cuckold dan NTR.


    Kesimpulannya, NTR yang pada asalnya mempunyai persamaan dengan cukcold telah mengalami evolusinya tersendiri memberikannya lebih makna dan sifat dan berkembang lalu menjadi satu sub yang berbeza daripada cukcold. Dimana di dalam NTR, MC masih diberi peluang membolehkannya melawan balik menyelamatkan pasangannya, dalam erti kata lain "Take or be taken" dan tidak kira apa sekali peraturannya atau keadaannya, NTR masih terdapat "loop hole" untuk MC menggunakannya untuk mempertahankan pasangannya.


    5 Senjata Tercanggih Dimiliki USA



    Sebagai negara yang memiliki kuasa besar, mereka banyak mengkaji bidang teknologi yang baru sehinggakan dapat menghasilkan suatu benda baru yang tidak pernah dimiliki oleh negara-negara lain. Ada di antaranya menggunakan teknologi yang luar biasa. Website Silicon Alley Insider telah mengungkap beberapa teknologi yang unik dimiliki oleh kerajaan USA.

    1. Senapang PHASR (The Personnel Halting And Simulation Response)


    Senapang ini tidak melukakan orang, tetapi senapang ini menggunakan sistem laser yang direka hanya untuk membuat seseorang itu tidak sedarkan diri dan melihat. Senjata ini sempat digunakan di Iraq untuk melumpuhkan musuh yang tidak mahu berhenti semasa pemeriksaan.

    2. Active Denial System


    Lori ini memancarkan gelombang elektromagnet kepada seseorang itu lalu mengalami gangguan mental serta berasa lemah dan kesakitan.

    3. Railgun


    Senjata ini berfungsi dengan medan magnet untuk menembak dengan sangat cepat sehingga 7 kali ganda dari kecepatan suara. Pada asalnya senjata ini hanya ada di cerita sains fiksyen. Kemudian, Tentera AS mengkaji, menguji dan mengembangkan pada 2008. Difahamkan, teknologi ini akan siap sepenuhnya antara 2020-2025.

    4. Serangga Hybrida MEMS


    Senjata ini lebih canggih daripada kenderaan yang mempunyai remote control. Dengan menggantikan otak serangga dengan chip komputer yang boleh mengendalikan sistem saraf serangga tersebut. Serangga ini dilengkapi dengan kamera video dan mikrofon. Ianya digunakan untuk tujuan mengintip musuh.

    5. Mikrofon Laser


    Teknologi ini sudah ada di pasaran. Senjata ini mampu merekod perbualan seseorang dari jarak jauh. Getaran perbualan mereka akan direkod dari pantulan laser dari jendela. Kemudian, gelombang tadi akan diterjemahkan menjadi bentuk percakapan suara dari mangsa tersebut.


    Superbike Prototaip Dari Iran




    Kebiasaannya hanya pereka Jepun, Itali dan Amerika yang cukup menonjol dalam menghasilkan superbike. Tetapi, Seorang pereka dari Iran, Mohammad Reza Shojaie juga tidak ketinggalan untuk menghasilkan reka bentuk superbike yang stylish yang bernama Ostoure ("Lagenda" dalam bahasa Parsi) yang berkongsepkan prototaip. Superbike ini juga dilengkapi 2WD, topi keledar yang dilengkapi bluetooth, HUD, tiga radiator serta sistem AC.


    Katakanlah kalau korang tengah memandu superbike ni, korang mesti memakai tali pinggang kerana kelajuan superbike ni seakan seperti pesawat. Konsep Ostoure juga ada kena mengena dengan MotoCzysz E1pc, iaitu syarikat elektrik yang bertaraf antarabangsa utama di dunia, kerana disebabkan reka bentuk yang menakjubkan, dan membuatkan korang berasa kagum untuk naik superbike berkonsep futusristik ini. Walaubagaimanapun, kelajuan superbike ini masih belum diketahui.



    Air Yang Boleh Memotong




    Semua orang tahu air. Selama berabad-abad lamanya manusia selalu bergantung pada air. Di mana ada air, di situ la ada tamadun seperti tamadun Mesopotamia. Air sangat bermanfaat untuk manusia menjaga kesihatan, membuat rawatan dan juga untuk terus hidup. Tetapi, air juga boleh menimbulkan masalah bencana alam seperti tsunami dan banjir.

    (Dr. Masaru Emoto)

    Banyak lagi manfaat air sebenarnya. Tetapi, apa yang paling unik ditemui oleh Dr. Masaru Emoto ialah air boleh memotong apa-apa benda keras seperti besi, kayu, getah dan banyak lagi dengan menggunakan satu alat yang menghasilkan air bertekanan sangat tinggi. Air juga sebagai bahan pelarut yang baik, air juga boleh menyebabkan hakisan sesuatu material tersebut sedikit demi sedikit.







    Restoran Tanpa Cahaya




    Restoran gelap pertama di Asia dibuka secara rasmi pada 23 Disember 2006. Restoran ini terletak di Beijing, China. Bahagian dalam restoran tersebut dicat hitam sepenuhnya. Para pelanggan yang datang disambut dengan pelayan yang memakai teropong Nightvision di sebuah lorong pintu masuk yang terang serta membantu mencari tempat duduk pelanggan mereka. Difahamkan, benda-benda yang bercahaya seperti telefon, rokok, pemetik api dan jam tangan dilarang sama sekali.


    Sebelum memasuki ruang makan, tetamu dipersilakan memilih hidangan dari senarai menu. Mereka juga boleh memilih menu secara kejutan ketika berada di ruang makan yang gelap gelita.


    Untuk mengelakkan tetamu daripada tersesat atau bertembung. Mereka tidak dibenarkan meninggalkan kerusi tanpa dilayan oleh pelayannya. Para pelayan bukan sahaja membuat pesanan dan menghantar makanan sahaja. Malah, mereka juga boleh menghantar tetamu ke kerusi masing-masing mahupun ke bilik lain.




    Blog Fansub XLAWS

    J-Rock | J-Pop | Visual-Kei Fansub
     
    Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Edited By XLAWS