Vocaloid 2




Biar XLAWS terangkan dahulu. Vocaloid bukanlah anime atau manga, tetapi Vocaloid adalah sebuah software Voice Syntheziser buatan Yamaha yang menghasilkan suara nyanyian manusia dan sangat popular di seluruh dunia. Voice Syntheziser ialah software untuk membuat lagu dari data suara tiruan dalam software tersebut dengan hanya memasukan lirik (biasanya dinyanyikan dalam bahasa Inggeris atau bahasa Jepun). Selain itu kita juga boleh memasukan melodi, tempo, intonasi, dinamika, dengan setting Domain Frequency (Frequency-Domain Singing Articulation Splicing and Shaping) dan pelbagai lagi untuk menghasilkan sebuah lagu daripada data-data tadi.

Tentang Vocaloid
Vocaloid merupakan sebuah program Voice Syntheziser yang dikembangkan oleh Pompei Fabra University di Spanyol yang ditaja secara rasmi oleh Yamaha. Vocaloid berasal dari perkataan "Vocal" dan "Android". Pada peringkat pertama software ini telah di keluarkan oleh Yamaha pada 26 Februari 2003. Yamaha tidak menjual Vocaloid secara berasingan.  Sampling rekaman suara penyanyi profesional diolah dengan metode domain frekuensi. Hasilnya dimasukkan ke dalam basis data "artikulasi nyanyian" yang berisi potongan suara dan teknik bernyanyi.


Software Vocaloid memang tersedia dalam bahasa Jepun, tetapi pada siri pertama Vocaloid di keluarkan dalam Bahasa Inggeris. Software ini sebenarnya tidak hanya ditujukan untuk professional, orang awam macam XLAWS pun dapat menggunakan software Vocaloid ini, tetapi apa yang penting korang mesti kreatif!.

Di bawah ni XLAWS sertakan sekali download link Vocaloid 2. Tapi torrent la ye. Seeders memang sikit, tapi kalau nak cepat gunalah Torrific.

(Torrent)
Vocaloid 2 (English - Miku/Rin/Len/Prima)

Seterusnya untuk membuat animasi karakter Vocaloid ni kena pakai MikuMikuDance. Korang juga boleh dapati pada link di bawah ni.


Untuk tutorial pula korang boleh cari di youtube.com


We Appreciate Your Comments

1 Respones to "Vocaloid 2"

Aliya said...

boleh tunjukkan tutorial x ?


August 7, 2011 at 6:22 AM

Post a Comment

Blog Fansub XLAWS

J-Rock | J-Pop | Visual-Kei Fansub
 
Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Edited By XLAWS