Misteri QR Code




Korang pernah tengok gambar di atas ni tak?. Gambar tersebut adalah QR Code. QR Code adalah seperti Matrix Code atau Bar Code dua dimensi (2D) yang dicipta dan dikembangkan oleh Denzo Wave di Denso Corporation iaitu, sebuah perusahaan Jepun yang masih merupakan sebahagian dari Toyota Group.

QR Code atau lebih dikenali QR Code (Quick Response Code) banyak didapati di barcode yang korang lihat dalam kebanyakan produk. QR Code adalah cara yang bagus untuk berkongsi maklumat seperti website dan info kenalan. Code ini boleh diimbas menggunakan kamera dilengkapi peranti dan software untuk membaca QR Code serta melalui online. Kali ini XLAWS akan berkongsi dengan pembaca sekalian, bagaimana nak menggunakan QR Code ini. Selain itu, QR Code juga boleh menyimpan URL,  perkataan, nombor dan pelbagai lagi.



Tapi sebelum itu, apa kegunaan asalnya?

Digunakan Dalam Artwork
Seni hasil kerja korang dengan memasukkan ciri-ciri kod QR ini di gambar wallpaper, muzik dan sebagainya.

Digunakan Dalam Pemasaran
Teknologi sekarang makin canggih dan dengan penggunaan kod QR, ianya menjadi lebih umum dikalangan pemasaran dan telah diintegrasikan kedalam kedua-dua kempen tradisional dan interaktif.

Digunakan Dalam Tafsiran
Kod QR telah digunakan untuk menafsirkan alam  dan sejarah yang menarik pada pusat alam dan pelancongan berjalan, menambah atau menggantikan expensive sign.

Digunakan Dalam Hiburan & Pelbagai Lagi

Untuk menghasilkan gambar QR Code, korang mestilah encode melalui suatu software ataupun secara online. XLAWS sertakan sekali website untuk generate QR Code di bawah. 

Dan untuk decode code tersebut gunakan website di bawah ini.

Cara Menggunakannya

1. Ambil mana-mana QR Code, klik kanan dan pilih (Save Image As...) code tersebut ke desktop korang.
2. Buka website ZXing Decoder.
3. Tekan button Browse dan pilih gambar yang korang save tadi.
4. Klik button Submit Query.
5. Tahniah! sebab korang dapat membaca apa yang tersirat pada gambar QR code tadi.


Cube korang decode QR Code di atas ni.
Selamat Mencuba! =D



We Appreciate Your Comments

5 Respones to "Misteri QR Code"

EddyGeek said...

da scan guna android aku.. dapat ucapan tahniah. :-)


August 17, 2011 at 5:44 PM
Anonymous said...

cne nk buat code 2 bro??


August 17, 2011 at 5:57 PM
nKhaR said...

Q:~cne nk buat code 2 bro??

A:~Untuk menghasilkan gambar QR Code, korang mestilah encode melalui suatu software ataupun secara online. XLAWS sertakan sekali website untuk generate QR Code di bawah.

http://snapmaze.com/
http://qrcode.kaywa.com/


August 18, 2011 at 4:57 PM
nKhaR said...

tahniah kerana korang dapat decode code ni. jangan lupa singgah lagi ke www.xlawsknowledges.blogspot.com ;D

Hehe..


August 18, 2011 at 5:00 PM
Anonymous said...

dpt tahniah je?


September 6, 2011 at 4:09 PM

Post a Comment

Blog Fansub XLAWS

J-Rock | J-Pop | Visual-Kei Fansub
 
Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Edited By XLAWS