Apa Itu Anti-Aliasing (AA)



Bila berbual mengenai graphic card atau games, mungkin korang pernah terdengar mengenai AA, jadi apa sebenarnya Anti-Aliasing ini?. Jadi di sini saya akan menerangkan serba sedikit mengenai AA ini.

Anti-Aliasing ini adalah sebagai kaedah ataupun cara untuk menjadikan melihat sesuatu benda itu menjadi licin/halus atau di dalam bahasa inggeris disebut sebagai "smooth". Jadi Anti-Aliasing ini adalah selalu dikaitkan dengan graphic card yang ada di pasaran sekarang. Sudah tentunya untuk games komputer yang selalunya menjadikan 3D lebih realistic. Jadi di sini ada contoh apakah sebenarnya AA itu.


Jika di lihat di gambarajah di atas, A di bahagian atas nampak seperti tidak smooth, dan jika ada fungsi Anti-Aliasing ini, ia akan menjadikan lebih smooth, contoh seperti A di bahagian bawah.

Apakah itu FSAA?
Nama penuh untuk FSAA adalah "Full Scene Anti Aliasing". FSAA adalah selalu digunakan untuk games komputer. Bila bermain sesuatu permainan, dan FSAA ini di aktifkan, FSAA bertindak untuk smoothkan keseluruhan gambar di dalam permainan itu, bukan sahaja untuk karekter utama, malah juga untuk bangunan dan sebagainya. Sample rate untuk FSAA ini adalah 2x, 4x, 6x dan sebagainya, semakin tinggi rate itu, semakin menarik gambar yang akan dipaparkan. Ini semua bergantung kepada graphic card yang digunakan.

Kesan Yang Terjadi Jika FSAA/AA Diaktifkan
Jika diaktifkan, ada kesan yang akan terjadi kepada prestasi/performance komputer anda, iaitu frame rate akan turun dari yang sebelumnya, kerana ketika FSAA/AA ini diaktifkan, graphic card anda akan bekerja lebih keras, jadi untuk menjadikan ia tidak jatuh frame rate dengan teruk, hardware lain harus diutamakan, seperti CPU, Processor dan RAM yang bagus. CPU, Processor dan RAM yang bagus ini membolehkan untuk menyokong graphic card korang untuk menampung FSAA/AA yang sudah diaktifkan . Resolution skrin juga adalah berkait rapat, semakin besar resolution mungkin 1920x1080 dan ke atas, memerlukan hardware komputer yang bagus untuk menampung keseluruhan prestasi/performance komputer korang tu.

Credit To: mp3



We Appreciate Your Comments

0 Respones to "Apa Itu Anti-Aliasing (AA)"

Post a Comment

Blog Fansub XLAWS

J-Rock | J-Pop | Visual-Kei Fansub
 
Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Edited By XLAWS