Apa Itu Anti-Aliasing (AA)



Bila berbual mengenai graphic card atau games, mungkin korang pernah terdengar mengenai AA, jadi apa sebenarnya Anti-Aliasing ini?. Jadi di sini saya akan menerangkan serba sedikit mengenai AA ini.

Anti-Aliasing ini adalah sebagai kaedah ataupun cara untuk menjadikan melihat sesuatu benda itu menjadi licin/halus atau di dalam bahasa inggeris disebut sebagai "smooth". Jadi Anti-Aliasing ini adalah selalu dikaitkan dengan graphic card yang ada di pasaran sekarang. Sudah tentunya untuk games komputer yang selalunya menjadikan 3D lebih realistic. Jadi di sini ada contoh apakah sebenarnya AA itu.


Jika di lihat di gambarajah di atas, A di bahagian atas nampak seperti tidak smooth, dan jika ada fungsi Anti-Aliasing ini, ia akan menjadikan lebih smooth, contoh seperti A di bahagian bawah.

Apakah itu FSAA?
Nama penuh untuk FSAA adalah "Full Scene Anti Aliasing". FSAA adalah selalu digunakan untuk games komputer. Bila bermain sesuatu permainan, dan FSAA ini di aktifkan, FSAA bertindak untuk smoothkan keseluruhan gambar di dalam permainan itu, bukan sahaja untuk karekter utama, malah juga untuk bangunan dan sebagainya. Sample rate untuk FSAA ini adalah 2x, 4x, 6x dan sebagainya, semakin tinggi rate itu, semakin menarik gambar yang akan dipaparkan. Ini semua bergantung kepada graphic card yang digunakan.

Kesan Yang Terjadi Jika FSAA/AA Diaktifkan
Jika diaktifkan, ada kesan yang akan terjadi kepada prestasi/performance komputer anda, iaitu frame rate akan turun dari yang sebelumnya, kerana ketika FSAA/AA ini diaktifkan, graphic card anda akan bekerja lebih keras, jadi untuk menjadikan ia tidak jatuh frame rate dengan teruk, hardware lain harus diutamakan, seperti CPU, Processor dan RAM yang bagus. CPU, Processor dan RAM yang bagus ini membolehkan untuk menyokong graphic card korang untuk menampung FSAA/AA yang sudah diaktifkan . Resolution skrin juga adalah berkait rapat, semakin besar resolution mungkin 1920x1080 dan ke atas, memerlukan hardware komputer yang bagus untuk menampung keseluruhan prestasi/performance komputer korang tu.

Credit To: mp3


Counter Strike 1.6 Modern Warfare 2



Kali ni XLAWS nak memperkenalkan lagi satu game CS yang paling best iaitu Counter Strike 1.6 Modern Warfare 2. XLAWS pun dah lama main CS ni. Memang dijamin best! XLAWS tak tipu. Pertama kali main game ni XLAWS rasa tergamam dan pelik, "eh aku ni tengah main CS ke atau tengah main Modern Warfare 2 ni???" haa macam tu lah perasaannya. Sistem permainan dia hampir sama  dengan MW2. Kalau korang tak percaya cuba la main dulu. hahaha

Keistimewaan CS 1.6 MW 2
  • Boleh dimainkan sekaligus 15 VS 16 dalam satu game dengan kurang lag. (Bergantung pada spec PC korang).
  • HP regenerate balik selepas menerima damage.
  • Semua senjata di ubah seperti Modern Warfare 2.
  • Texture map, weapon, effect kelihatan real.
  • Banyak map baru di tambah.
  • Banyak sound effect baru dan radio.
  • Model karakter di ambil dari model MW2.
  • LAN & Online support.
  • Lagi bagus dari CS Xtreme V6.

Screenshot


DOWNLOAD


Misteri QR Code




Korang pernah tengok gambar di atas ni tak?. Gambar tersebut adalah QR Code. QR Code adalah seperti Matrix Code atau Bar Code dua dimensi (2D) yang dicipta dan dikembangkan oleh Denzo Wave di Denso Corporation iaitu, sebuah perusahaan Jepun yang masih merupakan sebahagian dari Toyota Group.

QR Code atau lebih dikenali QR Code (Quick Response Code) banyak didapati di barcode yang korang lihat dalam kebanyakan produk. QR Code adalah cara yang bagus untuk berkongsi maklumat seperti website dan info kenalan. Code ini boleh diimbas menggunakan kamera dilengkapi peranti dan software untuk membaca QR Code serta melalui online. Kali ini XLAWS akan berkongsi dengan pembaca sekalian, bagaimana nak menggunakan QR Code ini. Selain itu, QR Code juga boleh menyimpan URL,  perkataan, nombor dan pelbagai lagi.



Tapi sebelum itu, apa kegunaan asalnya?

Digunakan Dalam Artwork
Seni hasil kerja korang dengan memasukkan ciri-ciri kod QR ini di gambar wallpaper, muzik dan sebagainya.

Digunakan Dalam Pemasaran
Teknologi sekarang makin canggih dan dengan penggunaan kod QR, ianya menjadi lebih umum dikalangan pemasaran dan telah diintegrasikan kedalam kedua-dua kempen tradisional dan interaktif.

Digunakan Dalam Tafsiran
Kod QR telah digunakan untuk menafsirkan alam  dan sejarah yang menarik pada pusat alam dan pelancongan berjalan, menambah atau menggantikan expensive sign.

Digunakan Dalam Hiburan & Pelbagai Lagi

Untuk menghasilkan gambar QR Code, korang mestilah encode melalui suatu software ataupun secara online. XLAWS sertakan sekali website untuk generate QR Code di bawah. 

Dan untuk decode code tersebut gunakan website di bawah ini.

Cara Menggunakannya

1. Ambil mana-mana QR Code, klik kanan dan pilih (Save Image As...) code tersebut ke desktop korang.
2. Buka website ZXing Decoder.
3. Tekan button Browse dan pilih gambar yang korang save tadi.
4. Klik button Submit Query.
5. Tahniah! sebab korang dapat membaca apa yang tersirat pada gambar QR code tadi.


Cube korang decode QR Code di atas ni.
Selamat Mencuba! =D


Jom Tukar Theme Facebook!




Teringin nak jadikan Facebook korang macam gambar di atas?. Senang je!. Memang banyak theme Facebook yang stylish. Apa yang korang perlukan adalah Mozilla Addon: Stylish. Download link XLAWS sediakan di bawah.

https://addons.mozilla.org/en-US/firefox/addon/stylish/

Lepas install je, korang pergi ke website ni pula.
http://userstyles.org/stylish

Kat website tu macam-macam theme cantik ada. Korang pilih je mana yang korang nak. Dalam tutorial ni XLAWS pilih theme Facebook Dark Shiny Green Galaxy, Transparent. Selepas itu klik button Install with Stylish.


Lepas tu dia akan keluar macam gambar di bawah ni. Korang tekan Install je OK.


Selepas itu theme Facebook korang siap di Install!. Kalau nak disable/enable theme ni pergi ke Tools>Add-ons dan pilih Stylish, seterusnya tekan button Options.


Seterusnya korang boleh tekan button Disable untuk kembalikan theme Facebook kepada asal. Kalau korang nak guna theme yang lain pula, caranya sama macam di atas, tapi pastikan hanya satu theme untuk sesuatu website je boleh aktif. Sebabnya kalau banyak theme Facebook aktif dalam satu masa boleh buat web browser korang jadi berat dan sangkut masa nak layari website tersebut.


iPhone 5 Palsu Dari China




Walaupun reka bentuk iPhone 5 masih dalam proses. China dengan hebatnya sudah mengeluarkan dahulu versi iPhone palsu untuk pasaran yang akan datang. Tidak pasti sama ada iPhone 5 ini adalah design yang terakhir atau tidak, tetapi ia mengejutkan bahawa orang China sudah mampu mengeluarkan iPhone 5 lebih awal dari syarikat sebenar Apple.

Sebelum iPad 2 dilancarkan, China telah membuat alat yang dilengkapi dengan saluran dan lubang yang diperlukan untuk butang kamera dan pembesar suara. iPhone palsu di atas kelihatan agak  baik dan mempunyai ketebalan 7mm, skrin yang lebih besar dan butang Home yang lebih besar.

Agak-agak korang sesuai tak design iPhone 5 di bawah ni?



Kelebihan Android




Skrin Sesentuh Yang Lebih Sensitif


Jika korang pengguna telefon skrin sentuh, selain Android, korang mungkin mengalami masalah dengan skrin sentuhnya yang kurang sensitif dan agak susah terutamanya untuk orang yang berjari besar. Tetapi dengan Android, ia memberikan kelainan kepada pengguna dengan kecekapan sesentuhnya yang lebih sensitif dan peka kepada jari/kulit kita.

Kemudahan Download Games Dan Software


Dengan Android, korang boleh memuat turun beribu-ribu software dan games di Android Market dengan Percuma!!. Mudah dan senang. Jadi, korang boleh download pelbagai software setiap hari tanpa memikirkan masalah kewangan.

Internet Yang Laju


Satu lagi kelebihan Android, korang boleh mengakses internet tanpa sebarang gangguan kerana kelajuannya sama seperti anda melayari internet menggunakan laptop korang. Tak percaya? cubalah sendiri berbanding dengan menggunakan telefon biasa, korang mesti kagum.

Rangkaian Sosial Di Hujung Jari


Facebook, twitter, tagged, dan lain-lain. Semua itu korang boleh bersosial menggunakan Android. Tap ikon di skrin telefon korang dan terus boleh guna. Senang!.

Kelainan Yang Nyata


Kalau sebelum ni korang menggunakan telefon QWERTY, atau telefon slide dan sebagainya, apa kata korang cuba telefon Android yang memberikan kelainan dengan menawarkan skrin sentuh. Jangan membuat spekulasi yang telefon skrin sentuh leceh sehingga korang belum mencubanya sendiri. Ingat!, telefon skrin sentuh biasa dengan Android amat berbeza!!.


Teknologi OLED



(OLED yang dilentur)

Jika anda perasan, sudah banyak smartphone yang menggunakan teknologi OLED iaitu organic light-emitting diode yang nipis dan tahan lasak. OLED merupakan satu Diod pemancar cahaya (LED) dimana lapisan electroluminescent yang terdiri dari sebatian organik akan memancarkan cahaya apabila terdapat respons dari arus elektrik. Sebatian tersebut adalah semikonduktor organik.

OLED mempunyai ketahanan yang tinggi dan diketahui adalah fleksibel dan boleh di lenturkan tidak seperti skrin LCD (Liquid crystal display) yang boleh pecah jika dilenturkan. LCD juga boleh pecah jika dijatuhkan pada ketinggian yang lebih dari spesifikasi yang ditetapkan.


Beberapa ujian telah dijalankan oleh sesetengah pihak untuk menguji ketahanan sebenar skrin OLED ini. Ternyata ianya memang tahan dan tak lut diketuk tukul. Jika terdapat calar tu memang normal. Cuma disini nak dikatakan yang skrin OLED ini masih boleh berfungsi dengan jayanya walaupun diketuk tukul berkali-kali.

OLED juga lebih nipis dari LCD membolehkan komputer atau gajet yang lebih nipis dapat dihasilkan. Antara pengeluar gajet yang mula menggunakan OLED adalah Samsung yang telah meningkatkan keupayaan OLED dengan teknologi mereka yang dipanggil Super AMOLED. Selain itu juga, Motorola telah mengimpliment teknologi ini pada smartfon mereka. Tidak ketinggalan juga HTC, Sony Ericsson dan Nokia.



Bateri Lithium Bakal Mengganti Minyak Pada Tahun 2020





Laporan dari Sinolatin menyebut bahawa bahan lithium diperlukan 2 kali ganda pada tahun 2020. Bahan ini kebanyakannya sekarang didapati di negara Amerika Latin, seperti Argentina, Chili dan Bolivia. Ketiga-tiga negara tersebut memonopoli 75% pasaran lithium dunia. Ia adalah salah satu elemen padat yang paling ringan di dunia dan sangat reaktif jika bertindakbalas dengan logam perak.

Lithium ditemui pertama kali oleh ahli kimia Brazil. Jose Bonifacio de Andrade pada tahun 1800. 7 tahun kemudian, iaitu pada tahun 1817, ia dapat dipecahkan menjadi lithium bersih oleh Johan August Arfwedson. Lithium telah lama dikaji di makmal, tetapi sekarang baru ia digunakan sebagai bahan bateri baru.

Mengapa Bateri Lithium Lebih Bagus?

Lithium bukan saja lebih ringan, malah ia membuatkan saiz bateri menjadi lebih kecil. Dari segi kesan sampingan, bateri Lithium tidak memiliki kesan bahaya seperti bateri NiMH atau NiCD.

Kuasa pada bateri lithium hanya akan hilang sekitar 5% sebulan, berbeza dengan kuasa pada bateri NIMH dan NICD yang hilang sehingga 30% & 10% sebulan. Dengan menggunakan teknologi tertentu, kekuatan 5 gram lithium adalah bersamaan dengan 150 gram bateri biasa.

Dengan kelebihannya yang lebih padat dan ringan, tidak hairanlah, ia amat sesuai digunakan dalam kereta hybrid. Seperti Toyota, bateri NiMH telah digantikan dengan bateri lithium pada kereta Toyota Prius. Alasannya, bateri NiMH terlalu berat, tetapi kekuatan kuasanya hanya 50% daripada bateri lithium.


Hatsune Miku 39's Giving Day Concert




File Information
Type: MKV
Subs: Japanese + English
Video: MPEG4 Video (H264) 1280x720 29.97fps
Audio: Dolby AC3 48000Hz 6ch
Size: 4.4 GB
Credits: NNH Team


DOWNLOAD
(Filesonic)

1080p

Video: BD 1920x1080 x264
Audio: 5.1 AC3
Released By: ANK-Raws

Filesonic

Backstage Footage

Video: BD 1920x1080 x264
Audio: 5.1 AC3
Released By: Zero-Raws

Filesonic


Vocaloid 2




Biar XLAWS terangkan dahulu. Vocaloid bukanlah anime atau manga, tetapi Vocaloid adalah sebuah software Voice Syntheziser buatan Yamaha yang menghasilkan suara nyanyian manusia dan sangat popular di seluruh dunia. Voice Syntheziser ialah software untuk membuat lagu dari data suara tiruan dalam software tersebut dengan hanya memasukan lirik (biasanya dinyanyikan dalam bahasa Inggeris atau bahasa Jepun). Selain itu kita juga boleh memasukan melodi, tempo, intonasi, dinamika, dengan setting Domain Frequency (Frequency-Domain Singing Articulation Splicing and Shaping) dan pelbagai lagi untuk menghasilkan sebuah lagu daripada data-data tadi.

Tentang Vocaloid
Vocaloid merupakan sebuah program Voice Syntheziser yang dikembangkan oleh Pompei Fabra University di Spanyol yang ditaja secara rasmi oleh Yamaha. Vocaloid berasal dari perkataan "Vocal" dan "Android". Pada peringkat pertama software ini telah di keluarkan oleh Yamaha pada 26 Februari 2003. Yamaha tidak menjual Vocaloid secara berasingan.  Sampling rekaman suara penyanyi profesional diolah dengan metode domain frekuensi. Hasilnya dimasukkan ke dalam basis data "artikulasi nyanyian" yang berisi potongan suara dan teknik bernyanyi.


Software Vocaloid memang tersedia dalam bahasa Jepun, tetapi pada siri pertama Vocaloid di keluarkan dalam Bahasa Inggeris. Software ini sebenarnya tidak hanya ditujukan untuk professional, orang awam macam XLAWS pun dapat menggunakan software Vocaloid ini, tetapi apa yang penting korang mesti kreatif!.

Di bawah ni XLAWS sertakan sekali download link Vocaloid 2. Tapi torrent la ye. Seeders memang sikit, tapi kalau nak cepat gunalah Torrific.

(Torrent)
Vocaloid 2 (English - Miku/Rin/Len/Prima)

Seterusnya untuk membuat animasi karakter Vocaloid ni kena pakai MikuMikuDance. Korang juga boleh dapati pada link di bawah ni.


Untuk tutorial pula korang boleh cari di youtube.com


Konsert Hologram Vocaloid Jepun: Hatsune Miku




Rugi la korang kalau tak kenal karakter Hatsune Miku ni. Dia seorang yang comel, stylish, dan merupakan antara karakter anime paling top kat Jepun!. Hatsune Miku ni pun ada beraksi di anime movie Black Rock Shooter, tetapi versi lain sedikit.

Setiap kali apa-apa mengenai Hatsune Miku ni seperti album dan tiket konsert kerap habis dijual, kerana terlalu popular di seluruh dunia.

Miku adalah avatar digital yang dihasilkan oleh Media teknologi Jepun Crypton Future dan pelanggan boleh membeli software Vocaloid dan kemudian dan boleh membuat lagu dan animasi Miku di komputer mereka sendiri. Crypton menggunakan suara yang direkodkan oleh pelakon dan kemudian meletakkan suara tersebut ke software Vocaloid Yamaha untuk mencipta karakter. Suara Miku telah dicipta dengan mengambil sampel vokal dari suara pelakon Saki Fujita. Semua sampel mengandungi ayat bunyi tunggal Jepun yang apabila digantung bersama-sama akan mewujudkan perkataan-perkataan dan ungkapan-ungkapan yang penuh. Muzik dan penampilan Miku telah terbukti begitu popular bahawa album Miku kini telah dijual di seluruh dunia. Ramai peminat menjerit-jerit seolah-olah dia adalah bintang pop sebenar.

(Software Vocaloid Istimewa Untuk 3 Karakter)

Sebenarnya banyak lagi karakter Vocaloid ni.


Tetapi yang paling popular antara kesemua karakter itu ialah Megurine Luka, Rin Kagamine, Miku Hatsune & Kagamine Ren.


Di Jepun telah mengadakan konsert "Hatsune Miku 39's Giving Day Concert" yang dibintangi oleh karakter Vocaloid popular tersebut. Teknologi Jepun lebih jauh hebat berbanding dengan teknologi negara-negara yang lain. Kalau korang tengok nampak macam real!. XLAWS paling minat Miku!

(Ni bukan patung, tapi Hologram! memang nampak real)

Miku telah melakukan konsert pertamanya 'Live' pada tahun 2009. Ia merupakan kali pertama konsert hologram telah digunakan, bergerak seolah-olah seperti bintang pop yang sebenar. Miku telah menjadi bintang bahawa dia sudah mempunyai kelab peminat, halaman Facebook dan telah menubuhkan label rekod sendiri. Beliau juga telah muncul dalam beberapa episod program TV anime Jepun popular.

Hatsune Miku - World Is Mine



Blog Fansub XLAWS

J-Rock | J-Pop | Visual-Kei Fansub
 
Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Edited By XLAWS