Tingkatkan Lagi Kelajuan Internet Dengan DNS



Adakah internet korang sudah cukup laju? Sebenarnya ia bergantung dengan banyak perkara termasuk penyelenggaraan komputer, perkhidmatan internet yang digunakan atau cara kita menggunakan komputer.

XLAWS pun baru-baru ni ada masalah dengan speed internet. Nak surfing internet bagai macam haram je. Dah surfing internet lambat apatah lagi nak download atau update blog ni. Memang serius menguji kesabaran. Kaedah yang XLAWS nak tunjuk kali ni adalah untuk mempercepatkan internet, mungkin tak kurang tak banyak berbezaannya. Tapi sekurang-kurangnya internet kita ni ada la perubahan kelajuaannya. XLAWS tak pasti korang buat menjadi atau tak, setakat ni XLAWS guna memang berkesan dan lebih cepat dari sebelumnya.

Tutorial kali ni kita cuma nak cari DNS mana yang lagi laju. Jadi, di bawah ni XLAWS ada sediakan pembekal DNS serta IP nya.

Google = 8.8.8.8, 8.8.4.4
Open DNS = 208.67.222.222, 208.67.220.220
Norton = 198.153.192.1, 198.153.194.1
DNS Advantage = 156.154.70.1, 156.154.71.1
Comodo = 156.154.70.22, 156.154.71.22
DNS Resolvers = 205.210.42.205, 64.68.200.200

Untuk menyemak DNS mana lagi laju, kita guna software namebench (software percuma & portable). Gambar di bawah XLAWS telah memasukkan kesemua DNS di bar Nameservers. Selepas selesai masukkan DNS, klik Start Benchmark. Proses ni agak memakan masa dan speed internet sikit. Jadi korang kena la bersabar ye.


Apabila selesai je proses tadi, terus dia akan buka result tadi di internet browser korang. IP dari DNS Google juga yang laju. Untuk cara nak tukar DNS korang sila ikut entri ni Bypass Sekatan Internet SKMM.


Inilah hasilnya, DNS Google adalah antara yang terpantas dari DNS yang lain-lain. (Sila klik kanan di gambar & pilih open new tab untuk lihat dengan lebih jelas).

Update (13/8/2011)
Kalau korang musykil nak masukkan IP DNS, korang bole copy & paste kat bar Nameservers.
8.8.8.8, 8.8.4.4, 208.67.222.222, 208.67.220.220, 198.153.192.1, 198.153.194.1, 156.154.70.1, 156.154.71.1, 156.154.70.22, 156.154.71.22, 205.210.42.205, 64.68.200.200



Korang boleh juga tukar-tukar IP DNS dengan cara mudah dengan menggunakan software DNS Jumper. Cara guna senang je. Korang mesti paham bila mencuba software ni.


DOWNLOAD





We Appreciate Your Comments

8 Respones to "Tingkatkan Lagi Kelajuan Internet Dengan DNS"

Anonymous said...

broadband bleh x?


July 27, 2011 at 7:33 PM
XLAWS said...

boleh je. try la =D


July 27, 2011 at 8:08 PM
BroZooL said...

Bro,bukan ke broadband tak ada fix IP,jadi kita xleh set DNS nya kan?


July 28, 2011 at 2:36 PM
XLAWS said...

yang nie aku tak pasti... sebab aku x guna broadband la.huhu


August 1, 2011 at 12:22 PM
Anonymous said...

perghh xlaw DNS yg mna 1 pn sya x tau nk pilih lngsng x bole wat


August 9, 2011 at 5:49 AM
Dani Gee Rawkstar said...

kalo gune dial-up boleh x ? :P


August 13, 2011 at 1:32 PM
XLAWS said...

Anon: aku da update, cuba tgk balik. hehe

Dani: boleh je. ni sesuai yg guna wireless dgn kabel.. kalo broadband aku x taw. :P


August 13, 2011 at 3:45 PM
goreng-goreng hangit said...

bos,cmane nk guna DNS jumper?
xpaham sgt...


August 16, 2011 at 4:24 AM

Post a Comment

Blog Fansub XLAWS

J-Rock | J-Pop | Visual-Kei Fansub
 
Return to top of page Copyright © 2011 | Platinum Theme Edited By XLAWS